Pendahuluan Al-Imam as-Syafi‘e merupakan salah seorang tokoh kesarjanaan Islam yang terbilang sepanjang sejarah. Kehebatannya tidak mampu digambarkan dengan hanya beberapa helaian kertas. Ini kerana di dalam batas kehidupan yang ada, beliau telah meninggalkan jasa dan sumbangan yang tidak terhingga kepada Islam dan umat Islam seluruhnya. Beliau telah meninggalkan suatu khazanah ilmu yang tidak ternilai. Khazanah tersebut berbentuk anak-anak murid yang ilmuwan, karya-karya agung yang menjadi rujukan sepanjang zaman, juga budi pekerti dan suri teladan yang telah dicatat oleh para sejarawan sejak zaman berzaman. Untuk itu membicarakan tetang as-Syafi‘e, manhajnya dan sumbangannya terhadap Islam adalah suatu kemuliaan. Tulisan ini hanyalah sebahagian kecil nukilan kegemilangan as-Syafi‘e. Mudah-mudahan ia menjadi salah satu amal soleh di sisi Allah jalla wa ‘ala. Riwayat Hidup as-Syafi‘e Nasab keturunan; Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Muhammad bin Idris Bin al-‘Abbas Bin Uthman Bin Syafi‘ Bin as-Sa’ib al-Qurasyi al-Mutallibi al-Makki. Beliau digelar "as-Syafi’e" sempena nama datuknya, Syafi‘ bin as-Saib. Beliau bertemu nasab dengan Rasulullah s.a.w. pada sebelah datuknya, Abd Manaf. Ibunya bernama Fatimah, bukan dari kabilah Quraisy, tetapi dari kabilah Azd yang berasal dari Yaman. Menurut pendapat yang paling sahih, as-Syafi‘e dilahirkan pada tahun 150 Hijrah bersamaan dengan 767 Masihi di Ghazzah, Palestin (pada tahun tersebut juga al-Imam Abu Hanifah meninggal dunia di Kufah). Bapa as-Syafi‘e meninggal dunia semasa beliau masih kecil. Justeru itu beliau telah dibesarkan sebagai anak yatim yang miskin, tetapi memiliki nasab yang mulia. Ketika usianya 2 tahun, ibunya telah membawa beliau untuk berhijrah ke Makkah. Beliau kemudiannya membesar di sana, sebelum melakukan beberapa rehlah ‘ilmiyyah (pengembaraan ilmu) ke Madinah, Baghdad, Yaman dan Mesir. Pendidikan; Semasa hidupnya di Mekah as-Syafi‘e amat meminati dan mahir dalam sukan memanah. Seterusnya beliau cenderung mempelajari Bahasa Arab dan syair sehingga menguasai bidang tersebut dan telah menghasilkan himpunan syair-syairnya yang bermutu yang dipanggil Diwan as-Syafi‘e. Kemudian atas nasihat salah seorang gurunya, beliau mula menumpukan perhatian kepada ilmu-ilmu agama khususnya Fiqh. Antara guru-gurunya ketika itu ialah Muslim bin Khalid az-Zinji, mufti kota Makkah, Sufyan Bin ‘Uyaynah, Abd. Rahman Bin Abu Bakar al-Maliki, Fudhayl Bin ‘Iyadh dan ramai lagi. Dalam usianya 9 tahun beliau sudah khatam menghafaz al-Quran. Kemudian ketika berusia 10 tahun beliau telah mampu menghafaz sebuah kitab hadith yang terkemuka di zaman itu iaitu Kitab al-Muawatta’ karangan al-Imam Malik Bin Anas, Imam Dar al-Hijrah (Madinah). Atas beberapa kelebihan yang dimilikinya, as-Syafi‘e telah diizinkan oleh gurunya Muslim az-Zinji untuk mengeluarkan fatwa sedangkan ketika itu beliau baru berusia 15 tahun. As-Syafie kemudiannya berhijrah ke Madinah untuk berguru pula dengan penulis kitab itu sendiri. Ketika itu beliau sudah berusia 20 tahun. Beliau berguru dengan al-Imam Malik selama 9 tahun, berulang alik sekali sekala ke Makkah menziarahi ibunya. Atas keakraban mereka, as-Syafi’e digelar ‘Tongkat Malik’ kerana sentiasa mendampingi dan mengiringinya. Hal ini berlanjutan sehinggalah kematian al-Imam Malik pada tahun 179H/796M. Semasa di sisi Malik jugalah beliau telah sempat bertemu dan berkenalan dengan salah serang murid utama al-Imam Abu Hanifah yang juga pendiri mazhab Hanafi iaitu al-Imam Muhammad Bin al-Hasan as-Syaibani (Qadi Baghdad semasa pemerintahan Harun ar-Rasyid). Ketokohan as-Syafi‘e sebagai murid terpintar al-Imam Malik mulai diiktiraf ramai. Namun ramai juga yang mencemburuinya lantaran kefasihan dan ketegasan beliau menegakkan kebenaran. Beliau telah dituduh dan difitnah sebagai pengikut dan pendokong ajaran Syiah. Di samping itu berbagai konspirasi lain dilakukan agar hukuman dijatuhkan ke atasnya. Akibatnya beliau telah ditangkap, dirantai dan dihantar ke penjara Baghdad, pusat pemerintahan Dinasti Abbasiyyah ketika itu. Beliau dibawa menghadap Khalifah Harun al-Rasyid dan berjaya membuktikan kebenaran dirinya. Kehandalan serta kecekapan as-Syafi‘e membela dirinya dengan hujah-hujah yang meyakinkan menyebabkan Khalifah Harun sendiri tertarik kepadanya. As-Syafi‘e dibebaskan dan dibiarkan bermastautin di Baghdad. Di sini As-Syafi‘e telah berkenalan dengan ulama mazhab Hanafi dan duduk berguru dengan mereka terutamanya Muhammad al-Hasan as-Syaibani. Suasana ini memberikan kelebihan kepada beliau, iaitu berkesempatan untuk belajar dan membandingkan antara dua aliran Fiqh Islam, iaitu mazhab Malik bin Anas dan Imam Abu Hanifah. Aliran Malik mewakili pemikiran ulama hadith manakala aliran Abu Hanifah mewakili ulama ar-Ra’yu. Demikianlah as-Syafi‘e meneruskan pengembaraan ilmunya ke tempat-tempat lain hinggalah tahun 199H beliau kembali ke Mesir. Pada usia 54 tahun, as-Syafi‘e meninggal dunia di Arafah, Mesir pada malam Jumaat 29 Rajab 204 Hijrah bersamaan 19 Januari 820 Masehi. Peribadi; as-Syafie seorang yang memiliki ketajaman akal fikiran yang luar biasa sejak kanak-kanak lagi. berpandangan jauh, berhati mulia dan bercita-cita tinggi. Beliau berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu pengetahuan. Beliau bersikap sederhana dalam semua segi, sama ada dalam tingkah laku, berpakaian atau cara makan. Beliau juga merupakan seorang yang bijak berbicara hinggakan dirinya terlepas daripada hukuman (semasa difitnah sebagai Syiah dan semasa isu khalq al-Quran). Beliau sangat menghormati dan memuliakan para guru yang mengajarnya. Beliau sangat cinta kepada ilmu pengetahuan. Usia remajanya dihabiskan dengan menuntut ilmu pengetahuan yang memberi manafaat. as-Syafie mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam berbagai-bagai bidang. Beliau juga sangat mengutamakan pengetahuan dan disiplin. Beliau membahagikan waktu malamnya kepada tiga bahagian: i.1/3 malam untuk berehat. ii.1/3 malam untuk menulis ilmu pengetahuan. iii.1/3 malam untuk beribadat. Sumbangan; as-Syafi‘e tidak meninggalkan dunia sia-sia. Beliau telah meninggalkan suatu warisan ilmu yang tidak ternilai. Antara anak muridnya ialah al-Imam Ahmad bin Hambal (241H/856M), Abu Yakub al-Buwaiti (231H/ 846M), ar-Rabi’ bin Sulaiman al-Marali (270H/884M), Abu Ibrahim bin Yahya al-Muzani (274H/888M), al-Hasan Bin Muhammad az-Za‘farani, Abu ‘Ali al-Husain Bin ‘Ali al-Karabisi dan ramai lagi. Di samping itu beliau juga telah meninggalkan karya-karya ilmiah dalam berbagai bidang. Antara kitab-kitab karangannya yang termasyhur ialah: i. Ahkam al-Quran - Ayat Ahkam ii. Al-Musnad - Hadith iii. Al-Sunan - Hadith iv. Ikhtilaf al-Hadith - Hadith v. Kitab al-Umm (Kitab Induk) - Fiqh vi. Kitab al-Hujjah - Fiqh vii. Al-Mawarith (Harta warisan) - Fiqh viii. Adab al-Qadhi - Fiqh ix. Al-Mabsut - Fiqh x. Ar-Risalah - Usul Fiqh xi. Ithbat an-Nubuwwah wa ar-Radd ‘ala al-Barahimah - Aqidah xii. Fadha’il Quraisy - Sejarah xiii. Diwan as-Syi’r - Syair Arab Menurut kebanyakan ulama, as-Syafi‘e adalah orang pertama yang menyusun ilmu Usul Fiqh secara sistematik melalui kitabnya ar-Risalah. Beliaulah pelopor ilmu Usul Fiqh. Mazhab as-Syafi‘i; Mazhab as-Syafi‘e berkembang dengan pesat di Afrika Utara, Mesir, Indo China, Sri Lanka, Armenia, Kurdistan, sebahagian kecil Iraq dan Arab Saudi serta di Nusantara. Di awal kehidupan ilmiahnya, as-Syafi‘e berpegang dengan mazhab gurunya Malik Bin Anas. Namun selepas melalui ‘kembara ilmu’ yang panjang beliau memilih untuk berpegang kepada pendiriannya sendiri. Untuk itu beliau telah mengajar dan menulis kitab yang menjelaskan pendiriannya. Lebih dari itu beliau telah berhujah dan berdiskusi dengan ramai ulama bagi memepertahankan mazhabnya (seperti yang dilakukan di Baghdad). Malah ketika di Mesir, beliau telah menggegarkan pendirian orang awam yang terlalu taksub kepada mazhab Malik. Semasa di Iraq, beliau telah mengarang sebuah kitab bertajuk: al-Hujjah di mana pendiriannya dalam kitab ini dikenali sebagai qaul qadim (pendapat lama). Ia ditulis ketika as-Syafi‘e berada di Baghdad antara tahun 195-197H. Method penulisan kitab ini tidak dapat dipastikan secara jelas kerana naskhah asalnya tidak ditemui. Dipercayai ia ditulis berdasarkan cara soal jawab dan berkisar sekitar pertentangan antara mazhab dalam beberapa masalah fiqh. Pendirian beliau didalam kitab ini dipanggil qaul qadim kerana semasa di Mesir beliau telah menarik balik beberapa pendapatnya itu. Qaul qadim ini diriwayatkan oleh 4 orang ulama’ Iraq (yang masyhur) iaitu al-Imam Ahmad Bin Hanbal (meninggal 241H), Abu Thaur, Ibrahim Bin Khalid (meninggal 240H), al-Za‘farani (meninggal 260H) dan al-Karabisi (meninggal 245H). Riwayat yang paling baik ialah riwayat al-Za‘farani. Fatwa-fatwa as-Syafi‘e yang dikeluarkan semasa di Mesir dikenali sebagai qaul jadid (pendapat baru). Ini dapat disaksikan di dalam beberapa kitabnya yang unggul seperti al-Umm (akan dibicarakan selepas ini). Perawi-perawi terkenal mazhab baru ini ialah, Ismail Bin Yahya al-Muzani (meninggal 264H), Yusuf Bin Yahya al-Buwaiti (meninggal 231H), Al-Rabi‘ Bin Sulaiman al-Muradi (meninggal 270H), Al-Rabi’ Bin Sulaiman al-Jizi (meninggal 256H). Melalui ulama’ inilah kitab-kitab al-Syafi‘e seperti al-Umm, al-Risalah dan lain-lain sampai ke tangan kita. Di kalangan anak murid al-Syafi‘e yang paling banyak meriwayatkan qaul jadid ini ialah al-Rabi’ al Muradi. as-Syafi’e sendiri pernah berkata: “al-Rabi` riwayati” (al-Rabi‘ adalah riwayatku). Para murid as-Syafi‘e ini bukan sekadar meriwayatkan mazhab atau pendirian beliau malah turut meringkaskan tulisan dan pandangannya. Justeru itu, dari al-Buwaiti lahirnya `Muhtasar al-Buwaiti` dan dari al-Muzani lahir `Muhtasar al-Muzani`. Ini juga membuktikan bahawa tulisan-tulisan yang disandarkan kepada as-Syafi’e adalah dalam dua kategori, iaitu hasil karyanya sendiri dan hasil riwayat serta tulisan anak-anak muridnya berdasarkan pengajaran beliau. Qaul yang muktamad dikira sebagai pendirian as-Syafi’e ialah qaul jadid, kerana as-Syafi’e telah menarik balik qaul qadimnya dengan berkata: “aku tidak membenarkan orang meriwayatkannya daripadaku.” Ini dimaksudkan dalam perkara yang terdapat pertentangan antara kedua-dua qaul tadi. Jika tidak maka qaul qadim dan jadid adalah sama. Namun as-Syafi’e sendiri pernah menegaskan dengan perkataannya yang masyhur: “Jika sah sesuatu hadis maka itulah mazhabku, maka buangkan pendapatku.” Inilah yang ditegaskan oleh salah seorang ulama hadith terkemuka dalam mazhab as-Syafi’e iaitu al-imam al-Baihaqi berhubung isu memakan daging unta membatalkan wuduk. Usul Mazhab; As-Syafi‘e menyatakan bahawa sumber ilmu atau usul mazhabnya terdiri daripada beberapa peringkat, iaitu: 1. Al-Quran dan as-Sunnah apabila ia thabit. - Beliau menyatakan bahawa tidak boleh berpaling daripada nas al-Quran dan as-Sunnah selama mana ia masih ada. - Baginya as-Sunnah berfungsi sebagai pengtakhsis (yang mengkhususkan), penjelas dan penghurai serta pentaqyid (yang mengikat keterbukaan) bagi al-Quran. Untuk itu kedua-dua al-Quran dan as-Sunnah adalah sumber rujukan yang pertama. - Beliau juga berhujah dengan khabar ahad (perawinya seorang) selagi perawinya itu thiqah dan adil. Ia tidak semestinya masyhur seperti yang dipegang oleh mazhab Hanafi. Ia juga tidak semestinya menyepakati amalan penduduk Madinah seperti yang dipegang oleh mazhab Malik. Apa yang disyaratkan cuma sanad riwayat itu sahih. - Beliau akan mengambil pengajaran daripada zahir nas melainkan adanya petunjuk yang membuktikan selain daripada yang tersurat. 2. Ijma’ dalam perkara yang tiada padanya dalil al-Kitab mahupun as-Sunnah. - Apa yang beliau maksudkan dengan ijma’ ialah dalam perkara-perkara fardhu yang tidak boleh untuk tidak diketahui seperti wajibnya solat dan zakat serta pengharaman perkara haram. - Tidak boleh dikatakan ijma’ jika seorang mujtahid itu tidak mengeluarkan pendapatnya seperti yang dinamakan ijma‘ sukuti (ijma’ secara diam). 3. Qaul sahabat selama mana tiada tentangan daripada sahabat yang lain. - Beliau mengutamakan perkataan sahabat lebih-lebih lagi yang tiada penentangan padanya. - Ini didahulukan daripada al-qiyas. - Menurutnya, bid‘ah ialah apa yang menyalahi al-Quran atau as-Sunnah atau athar sebahagian sahabah. 4. Qaul sahabat yang ada perselisihan. - Jika terdapat perbezaan pendapat antara sahabat nabi SAW, beliau akan memilih salah satu daripadanya. Keutamaan diberikan kepada pendapat al-khulafa’ ar-Rasyidin dan pendapat yang disokong oleh qiyas. 5. al-Qiyas. - Qiyas yang diterima ada pelbagai peringkat dan hanya dilakukan apabila terpaksa. Ia tidak digunakan meluas seperti dalam mazhab Hanafi dan tidak juga sempit seperti dalam mazhab Hanbali. - Namun beliau sangat menentang proses al-Istihsan sehingga di dalam al-Umm beliau peruntukan satu bab membicara dan membahaskan isu ini. Perkataannya yang keras ialah: “…barangsiapa yang beristihsan, sesungguhnya dia telah membuat syariat, barangsiapa yang membuat syariat (tanpa keizinan Allah), sesungguhnya dia telah kafir”. - Tidak boleh qiyas dalam urusan yang sudah ada nas padanya. Istilah-istilah dalam Mazhab as-Syafi’e; 1. al-Qaul : Khususnya digunakan pada pendapat as-Syafi’e sendiri. 2. al-Wajh : Merujuk kepada fuqaha’ mazhab as-Syafi’e 3. al-Azhar : Pandangan yang lebih kuat daripada dua pandangan atau lebih dari as-Syafi’e, iaitu apabila berlaku perselisihan antara pandangan tersebut yang sama berdiri atas dalil yang kuat. Bagi mentarjih antara dua pandangan seumpama ini disebut al-azhar (lebih mudah disebut). Oleh itu al-azhar ialah pendapat as-Syafi’e yang lebih kuat dibandingkan dengan pendapatnya yang lain yang juga kuat. Lawannya disebut al-zahir. 4. al-Masyhur : Tarjihan dari dua pandangan as-Syafi’e yang kuat dinisbahkan pada pandangannya yang lain yang lemah. Lawannya al-gharib. 5. al-Asah : Pendapat fuqaha’ mazhab as-Syafi’e yang dikeluarkan mengikut kaedah as-Syafi’e dibandingkan dengan pendapat mereka yang lain yang juga kuat. Lawannya as-sahih. 6. as-Sahih : Iaitu pandangan yang benar dari pelbagai pandangan ulama’ mazhab as-Syafi’e. Lawannya ialah ad-dho‘if. 7. an-Nas : Pendapat as-Syafi’e yang disebut dalam kitab as-Syafi’e. Ia dinamakan an-nas kerana ianya dimarfu’kan kepada as-Syafi’e, yakni dari kalamnya). 8. al-Mazhab : Pandangan yang rajih ketika wujud poerselisihan di kalangan ulama’ -ashab al-wujuh- mazhab as-Syafi’e. 9. al-Tahkrij: Iaitu as-Syafi’e menjawab dengan dua hukum yang berbeza dalam dua bentuk soalan yang hampir serupa. Tidak jelas perbezaan antara keduanya. 10. Qaul Jadid: fatwa as-Syafi’e semasa di Mesir. 11. Qaul Qadim: fatwa as-Syafi’e semasa di Baghdad. 12. Istilah-istilah untuk pandangan yang dho‘if (lemah). a. Qila Kaza (dikatakan demikian) b. Fi qauli kaza (dalam suatu pendapat dikatakan demikian) c. Ruwiya (diriwayatkan) Istilah istilah lain: 1. as-Syaikhan: al-Imam an-Nawawi dan al-Imam ar-Rafi‘e. 2. al-Qadhi: al-Qadhi Husain. 3. al-Qadhiyan: al-Mawardi dan ar-Ruyani. 4. al-Imam: Imam al-Haramain 5. al-syuyukh: an-Nawawi, ar-Rafi‘e, as-Subki. 6. Syeikh al-Islam: al-Imam Zakariyya al-Ansori. 8. Hujjah al-Islam: al-Imam al-Ghazali. 9. Ashab al-Wujuh: Ulama’ mujtahid kepada mazhab as-Syafi’e. Terdapat beberapa perbezaan tentang siapakah ashab al-wujuh ini, namun antara contoh nama yang disenaraikan ialah: al-Buwaiti, al-Rabi` al-Muradi, al-Anmati, Ibn Abi Hurairah, as-Sairafi, Ibn Suraij, Abu Ishaq al-Marwazi, as-Syasyi, al-Istakhri dan beberapa nama lagi. Secara umumnya ashab al-wujuh ialah mereka yang berkemampuan untuk melakukan qias dalam perkara-perkara yang tidak dibincangkan oleh as-Syafi’e, dengan merujuk kepada apa yang telah dinyatakan oleh as-Syafi’e (an-nas) atau memasukan kes-kes baru di bawah kaedah-kaedah umum as-Syafi’e. Sebahagian ulama’ seperti as-Syirazi, Ibn Solah dan an-Nawawi tidak bersetuju fatwa ashab al-wujuh dinisbahkan pada al-Imam as-Syafi’e. Walabagaimanapun ia diterima sebagai sebahagian dari mazhab as-Syafi’e (bukan pandangan mazhab) selama mana ianya diambil dan dipetik berdasarkan nas dan usul al-Imam as-Syafi’e. Kitab al-Umm As-Syafi’e telah menulis banyak kitab sebahagiannya dari tulisan tangannya sendiri, dan sebahagian lagi ialah yang dibacakan kepada anak-anak muridnya atau mereka membacakannya di hadapan beliau. Ada yang beliau tulis di Makkah, ada yang di Baghdad dan ada juga semasa beliau di Mesir. Kitab beliau yang paling utama dan menjadi teras dalam mazhab as-Syafi’e ialah Kitab al-Umm (Kitab Induk). Ia dinamakan sedemikian kerana boleh dikatakan semua penulisan dalam mazhab as-Syafi’e berasal daripada kitab ini. Kitab ini ditulis semasa as-Syafi’e di Mesir. Ia telah dihimpunkan oleh salah seorang anak muridnya bernama ar-Rabi‘ al-Muradi berdasarkan beberapa tulisan as-Syafi’e. Terdapat riwayat yang tidak sahih yang mendakwa bahawa kitab ini sebenarnya ditulis oleh seorang lagi anak murid as-Syafi’e iaitu al-Buwaiti kemudian selepas kematiannya, ar-Rabi‘ mendakwa ini adalah hasil tulisan beliau. Kitab al-Umm ini telah diringkaskan oleh al-Imam al-Muzani dalam kitabnya bertajuk Mukhtasar al-Muzani. Dua abad kemudian kitab Mukhtasar al-Muzani ini disyarahkan Imam al-Haramain al-Juwaini dalam kitabnya berjudul Nihayatul Matlab fi Dirayah al-Mazhab. Salah seorang murid al-Juwaini iaitu al-Imam al-Ghazali pula meringkaskan kitab gurunya itu lalu diberi tajuk al-Basit. Seterusnya al-Ghazali meringkasnya menjadi kitab al-Wasith, kemudian al-Wasith diringkas pula menjadi kitab al-Wajiz. Kitab al-Wajiz ini diringkas lagi menjadi kitab al-Khulasah. Kitab al-Wajiz juga turut diringkaskan semula oleh seorang lagi ulama’ mazhab as-Syafi’e bernama ar-Rafie dalam kitabnya al-Muharrar. Selanjutnya, an-Nawawi pula meringkas al-Muharrar menjadi kitab Minhaj at-Talibin yang mana ia menjadi pegangan utama ulama Syafi‘iyyah dalam berijtihad dan berfatwa. Kitab ini seterusnya diringkaskan oleh Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansari dalam kitab al-Minhaj dan kitab al-Manhaj pula diringkaskan oleh al-Imam al-Jauhari menjadi al-Nahj. Bab yang disusun dalam kitab al-Umm hampir sama penempatannya dengan Minhaj at-Talibin atau syarahnya. Kitab ini dikira sebagai hulu bagi rujukan ulama’ as-Syafi’e yang muta’akhkhirin (terkemudian). Kitab ini mempunyai syarah (huraian) dan hawasyi (nota tepi) yang sangat banyak. Antaranya ialah Mughni al-Muhtaj oleh al-Khatib as-Syarbini, al-Minhaj wa Syarhuhu oleh Zakaria al-Anshari, Tuhfah al-Muhtaj oleh Ibnu Hajar al-Haitami, Nihayah al-Muhtaj oleh ar-Ramli dan Zad al-Muhtaj fi Syarh al-Minhaj oleh Abdullah bin Hasan Ali Hasan al-Kuhaji. Penutup; Demikianlah serba sedikit pengenalan tentang as-Syafi’e, mazhabnya dan kitabnya al-Umm. Mudah-mudahan ia menjadi perintis jalan bagi lebih mengenali ulama Islam dan sumbangannya. Wallahu alam. Artikel ini dinukilkan dari; http://al-qayyim.net/index.php?option=com_content&task=view&id=894&Itemid=69 |
Saturday, 22 October 2011
al-Imam Muhammad Bin Idris, al-Syafi‘e dan kitabnya al-Umm
Monday, 17 October 2011
الأربعين النووية
متن الأربعين النووية " الأربعون في مباني الإسلام وقواعد الأحكام " للإمام محيي الدين أبي زكريا يحيى بن شرف بن مري بن حسين النووي المتوفي سنة (676هـ) - رحمه الله تعالى -.
وهو متن مشهور، اشتمل على اثنين وأربعين حديثاً محذوفة الإسناد في فنون مختلفة من العلم كل حديث منها قاعدة عظيمة من قواعد الدين وينبغي لكل راغب في الآخرة أن يعرف هذه الأحاديث؛ لما اشتملت عليه من المهمات، واحتوت عليه من التنبيه على جميع الطاعات.
وقد قال المؤلف في مقدمته ـ بعدما تكلم عن الأحاديث التي رأى جمعها ـ: ثم أتبعها بباب في ضبط خفي ألفاظها، لكن هذا الباب لا وجود له في كثير من طبعات الأربعين النووية التي وقفت عليها وكذا شروحها، وقد ذكره صاحب كتاب الوافي في شرح الأربعين النووية، كما ذكره الشيخ عبد العزيز عز الدين السيروان في مقدمة شرحه للأربعين ص(42).
فرغ المؤلف من تأليفها ليلة الخميس التاسع والعشرين من جمادي الأولى سنة (668هـ).
ولم يشتهر كتاب في الأربعين مثل اشتهار أربعين النووي، قال في كشف الظنون: " وقد اعتنى العلماء بشرحه وحفظه فكثرت شروحه ، ثم ذكر جملة منها ، كما تكلم عن شروح الأربعين عامة.
ولم يشتهر كتاب في الأربعين مثل اشتهار أربعين النووي، قال في كشف الظنون: " وقد اعتنى العلماء بشرحه وحفظه فكثرت شروحه ، ثم ذكر جملة منها ، كما تكلم عن شروح الأربعين عامة.
أصل المتن:
أصله مجلس أملاه الحافظ أبو عمرو عثمان بن عبد الرحمن بن الصلاح المتوفي سنة (643هـ) - رحمه الله تعالى - سماه " الأحاديث الكلية " جمع فيه الأحاديث التي يقال: إن مدار الدين عليها، وما كان في معناها من الكلمات الجامعة الوجيزة بلغت (26) حديثاً.
ثم إن الإمام النووي أخذ هذه الأحاديث وزاد عليها تمام (42) حديثاً وسمى كتابه بـ" الأربعين " ، واشتهرت هذه الأربعون التي جمعها وكثر حفظها ونفع الله بها.
طبعاته:
طبع هذا المتن عدة مرات منها:ـ
1 ـ طبعة الجامعة الإسلامية في المدينة المنورة سنة (1395هـ) ومعها الأحاديث التي زادها الحافظ ابن رجب - رحمه الله تعالى -.
2 ـ طبعة دار الكتب العلمية في بيروت سنة(1401هـ) شرح غريبها ومشكل ألفاظها وحققها الشيخ رضوان محمد رضوان.
3 ـ طبعة مؤسسة الرسالة في بيروت سنة (1402هـ) ضبط ألفاظها وشرح معانيها الشيخ محيي الدين مستو.
4 ـ طبعة دار الرائد العربي في بيروت سنة (1404هـ) باعتناء الشيخ عبد العزيز السيروان.
5 ـ طبعة مؤسسة الريان للطباعة والنشر والتوزيع في بيروت سنة (1416هـ).
6 ـ في مطبعة عيسى البابي الحلبي وشركاه بمصر دون تاريخ، وعليها تقرير للشيخ هاشم بن محمد الشرقاوي.
7 ـ طبعة دار البخاري للنشر والتوزيع في القصيم دون تاريخ.
شروح الأربعين النووية:
1 ـ " الأربعون النووية وشرحها " تأليف صاحب المتن الإمام النووي - رحمه الله تعالى - طبع عدة مرات منها:-
أ ـ ضمن مجموعة الحديث النجدية بالمطبعة السلفية ومكتبتها بالقاهرة سنة (1379هـ) وعليه تعليقات لطيفة للشيخ محب الدين الخطيب - رحمه الله تعالى -.
ب ـ وطبع مرةً أخرى الطبعة الثانية سنة (1973م) بمطابع قطر الوطنية وألحق بالشرح المذكور بعض الأفكار والاستنباطات ومقدمة لكل حديث أحد المخلصين ولم يذكر اسمه.
جـ ـ الطبعة التي بتحقيق الشيخ محيي الدين الجراح سنة (1393هـ) دون ذكر اسم المطبعة.
د ـ طبعة دار المطبوعات الحديثة في جدة سنة (1405هـ).
هـ ـ كما نشرته دار المجتمع في جدة سنة (1413هـ).
و ـ كما نشرته مكتبة النهضة الحديثة في مكة المكرمة، باعتناء صاحبها الشيخ عبد الشكور بن عبد الفتاح فداء.
ز ـ طبع آمون للطباعة والتجليد بالقاهرة، نشر الدار المصرية اللبنانية، بتحقيق الشيخ أحمد عبد الله باجور، دون تاريخ.
2 ـ شرح ابن دقيق العيد للعلامة تقي الدين أبي الفتح محمد بن علي بن وهب المصري القشيري الشهير بابن دقيق العيد، وهو لقب كان يغلب على جد له إذ لبس طيلساناً أبيض في يوم عيد فقيل إنه كدقيق العيد المتوفي سنة (702هـ) - رحمه الله تعالى -.
طبعاته:
وقد طبع هذا الشرح عدة مرات منها:ـ
أ ـ في المطبعة المنيرية في مصر دون تاريخ.
ب ـ طبعة مكتبة القاهرة في مصر دون تاريخ بتصحيح الشيخ طه محمد الزيني.
جـ ـ طبعه مؤسسة دار العلوم في بيروت سنة (1400هـ).
د ـ في مطابع المدينة المنورة نشر مكتبة التراث الإسلامي في مصر.
هـ ـ طبعة دار الأرقم بالرياض سنة (1416هـ).
3 ـ شرح العلامة الشيخ نجم الدين سليمان بن عبد القوي بن عبد الكريم الطوفي الحنبلي المتوفي سنة (716هـ) - رحمه الله تعالى -، واسمه " التعيين في شرح الأربعين " نشرته مؤسسة الريان في بيروت والمكتبة المكية في مكة المكرمة سنة (1419هـ) بتحقيق الشيخ أحمد حاج محمد عثمان في مجلد.
4 ـ شرح العلامة الشيخ سعد الدين مسعود بن عمر التفتازاني المتوفي سنة(791هـ) - رحمه الله تعالى -، وقد طبع في المطبعة العامرة في مصر سنة (1326هـ) وفي مطبعة الرسمية بتونس سنة (1882م) كما طبع على هامش شرح البركوي والأفكرماني المطبوع في تركيا سنة (1323هـ).
5 ـ شرح الحافظ ابن رجب المسمى " جامع العلوم والحكم في شرح خمسين حديثاً من جوامع الكلم " تأليف الإمام الحافظ الفقيه زيد الدين أبي الفرج عبد الرحمن بن أحمد بن عبد الرحمن السلامي البغدادي ثم الدمشقي الحنبلي الشهير بابن رجب المتوفي سنة (795هـ) - رحمه الله تعالى -، شرح في كتابه المذكور الأربعين النووية، وعددها (42) حديثاً كما تقدم، وزاد عليها ثمانية أحاديث سردها في مقدمة شرحه المذكور ولهذا سماه جامع العلوم والحكم في شرح خمسين حديثاً من جوامع الكلم"، وهو أجل شروح الأربعين النووية وأكثرها فائدة.
طبعات جامع العلوم والحكم:
طبع عدة مرات منها:ـ
أ ـ في الهند في آمر تسر دون تاريخ ، بتصحيح الشيخين عبد الغني الغزنوي وعبد الواحد الغزنوي.
ب ـ في مطبعة مصطفى البابي الحلبي في مصر سنة (1346هـ).
جـ ـ في المطبعة المذكورة الطبعة الثالثة سنة (1382هـ).
د ـ في مطابع الأهرام في مصر بتحقيق الشيخ محمد الأحمدي أبو النور دون تاريخ، صدره بمقدمة مهمة عن الشرح المذكور، صدر من هذه الطبعة جزءان اشتمل كل جزء على شرح عشرة أحاديث ولم يصدر بعدهما شيء حتى الآن.
هـ ـ طبعة المؤسسة السعيدية في الرياض في ثلاث مجلدات.
و ـ طبعة مؤسسة الرسالة في بيروت الطبعة الثانية سنة (1412هـ) بتحقيق الشيخ شعيب الأرناؤوط والشيخ إبراهيم باجس مقابلة على ثلاث نسخ خطية جزءان في مجلد واحد.
ز ـ طبعة دار الفرقان في الأردن باعتناء الشيخ محمد بن عبد الرزاق الرعود.
ح ـ طبعة دار الصحابة للتراث في طنطا سنة (1415هـ) بتحقيق ودراسة الشيخ طارق أحمد محمد عبد المنعم في مجلدين، اعتمد المحقق على طبعة الشيخ شعيب الأرناؤوط ، وزاد عليها المقابلة على نسخة رابعة ،وتوسع في تخريج الأحاديث.
مختصرات هذا الشرح " جامع العلوم والحكم "
قام الشيخ سليم بن عيد الهلالي باختصار الشرح المذكور وسماه " إيقاظ الهمم المنتقى من جامع العلوم والحكم في شرح خمسين حديثاً من جوامع الكلم " طبعته دار ابن الجوزي في الدمام الطبعة الأولى سنة (1412هـ) له مقدمة مفيدة تكلم فيها عن بعض طبعاته الشرح المذكور وغير ذلك.
وعاد بنا الكلام إلى شروح الأربعين:
6 ـ شرح الشيخ أحمد بن حجر الهيتمي المكي المتوفي سنة (974هـ) - رحمه الله تعالى - واسمه " الفتح المبين بشرح الأربعين " طبع في المطبعة الميمنية في مصر سنة (1317هـ) وعليه حاشية للشيخ حسن بن علي المدابغي المتوفي سنة (1170هـ) - رحمه الله تعالى -، ثم طبع بعد ذلك عدة مرات، كما قامت بتصويره دار الكتب العلمية في بيروت سنة (1398هـ).
7 ـ شرح الشيخ أحمد بن حجازي الفشني المتوفي سنة (978هـ) - رحمه الله تعالى - واسمه " المجالس السنية في الكلام على الأربعين النووية" فرغ منه سنة (978هـ) طبع في مطبعة دار إحياء الكتب العربية في مصر دون تاريخ، كما طبع على هامش شرح الشبرخيتي الآتي.
8 ـ شرح الشيخ أبي الفضل محمد ولي الدين بن علي سالم الشبشيري المتوفي سنة (989هـ) - رحمه الله تعالى -، واسمه:" الجواهر البهية في شرح الأربعين النووية " طبع على هامش " مصباح الظلام وبهجة الأنام في شرح نيل المرام من أحاديث خير الأنام " للشيخ محمد بن عبد الله الجرداني المطبوع في المطبعة العامرة الشرفية بمصر سنة (1318هـ).
كما طبع في مطابع دار الطباعة والنشر الإسلامية ـ القاهرة ـ نشر نزار مصطفى الباز الطبعة الأولى دون تاريخ ، في مجلد.
9 ـ شرح الشيخ إبراهيم بن مرعي بن عطية الشبرخيتي المتوفي سنة (1106هـ) - رحمه الله تعالى - واسمه " الفتوحات الوهبية بشرح الأربعين حديثاً النووية " طبع في المطبعة الأزهرية سنة (1280هـ) كما طبع في المطبعة المحمدية في مصر سنة (1316هـ) ، ثم طبع بعد ذلك عدة مرات، كما قامت دار الفكر ببيروت بتصويره دون تاريخ.
10 ـ شرح الشيخ ملا علي بن سلطان بن محمد القاري الهروي المكي الحنفي المتوفي سنة (1114هـ) - رحمه الله تعالى - واسمه " المبين المعين لفهم الأربعين " طبع في المطبعة الجمالية في مصر سنة (1328هـ).
11 ـ شرح العلامة الشيخ محمد حياة السندي المتوفي سنة (1163هـ) - رحمه الله تعالى - وهو أحد مشايخ الشيخ الإمام محمد بن عبد الوهاب - رحمه الله تعالى -، طبعته دار رمادي للنشر بالدمام الطبعة الأولى سنة (1415هـ) بتحقيق الشيخ حكمت بن أحمد الحريري، كما نشرته ثانية دار المعالي ـ الأردن ـ سنة (1419هـ).
12 ـ حاشية الشيخ عبد الله بن محمد النبرواي الشافعي المتوفي سنة (1275هـ) - رحمه الله تعالى - اسمها " عروس الأفراح " طبعت في مطبعة بولاق بمصر سنة (1291هـ) كما طبعت في المطبعة الكستلية سنة (1329هـ).
13 ـ شرح الشيخ محمد بن عبد الله الجرداني الدمياطي الشافعي المتوفي سنة (1331هـ) - رحمه الله تعالى -، طبع باسم: " الجواهر اللؤلؤية في شرح الأربعين النووية " باعتناء الشيخ يوسف بن علي بديوي، نشر اليمامة للطباعة والنشر والتوزيع في دمشق، الطبعة الأولى سنة (1417هـ) في مجلد طبعته مكتبة القاهرة في مصر.
14 ـ شرح الأربعين حديثاً النووية للشيخ عبد المجيد الشرنوبي الأزهري المالكي المتوفي سنة (1348هـ) - رحمه الله تعالى -، نشرته مكتبة القاهرة بالقاهرة.
15 ـ الشروح الأربعة على الأربعين النووية، تأليف أربعة من علماء فاس وهم المشايخ:-
1 ـ أحمد بن محمد التاودي ابن سودة. 2 ـ عبد القادر بن أحمد بن شقرون. 3 - محمد بن أحمد بنيس. 4 ـ الطيب بن عبد المجيد ابن كيران، طبعت في مطبعة حاضرة فاس بتنميق العربي الأزرق في المغرب سنة (1309هـ).
16 ـ " النزهة البهية في شرح أحاديث الأربعين النووية " للشيخ قاسم القيسي، نشرته جمعية الآداب الإسلامية في بغداد سنة (1372هـ).
17 ـ شرح الشيخ عبد الله بن صالح المحسن المدرس بالجامعة الإسلامية في المدينة النبوية، كما شرح الأحاديث الثمانية التي زادها الحافظ ابن رجب واسمه: " الشرح الموجز المفيد " وهو شرح على طريقة المتأخرين من ذكر الحديث ثم مفرداته ثم الفوائد المستنبطة منه ثم الشرح الإجمالي، طبع في مطبعة السعادة في مصر الطبعة الثانية سنة (1390هـ).
18 ـ " التحفة الربانية في شرح الأربعين حديثاً النووية " للشيخ إسماعيل بن محمد الأنصاري المتوفي سنة (1317هـ)، - رحمه الله تعالى -، نشر المكتبة السلفية بمصر سنة (1380هـ)، ومعها شرح الأحاديث التي زادها ابن رجب.
19 ـ " شرح الألفاظ الغريبة في الأربعين النووية " تأليف الشيخ محيي الدين مستو، طبع في مؤسسة الرسالة سنة (1397هـ).
20 ـ " الوافي في شرح الأربعين النووية " للدكتور مصطفى البغا والشيخ محيي الدين مستو، طبع عدة مرات منها الطبعة السابعة سنة (1413هـ) نشر دار ابن كثير للطباعة والنشر والتوزيع في دمشق.
21 ـ " المختار في شرح الأربعين النووية " للشيخ عبد الخالق مسعود نشرته مكتبة المنار في الأردن سنة (1403هـ).
22 ـ " المختار من شرح الأربعين النووية " للشيخ محمد أديب الحمود نشرته مكتبة المنار في الأردن سنة (1403هـ).
23 ـ " البيان في شرح الأربعين النووية " للشيخ خالد البيطار ، نشرته مكتبة المنار في الأردن سنة (1407هـ).
24 ـ " قواعد وفوائد من الأربعين النووية " بقلم الشيخ ناظم بن محمد سلطان طبعته الدار السلفية في تونس الطبعة الأولى سنة (1408هـ)، كما طبعته ثانية دار الهجرة للنشر والتوزيع سنة (1410هـ).
25 ـ " شرح الأربعين النووية في الأحاديث الصحيحة النبوية " للشيخ محمود بن عبد القادر الأرناؤوط، وهو شرح مختصر نشرته دار ابن كثير للطباعة والنشر والتوزيع في بيروت الطبعة الثانية سنة (1411هـ).
26 ـ " شرح الأربعين النووية في ثوب جديد " للشيخ عبد الوهاب بن رشيد بن صالح أبو صفية، الطبعة الثانية، نشر دار البشير سنة (1413هـ).
27 ـ " شرح الأربعين النووية " تأليف الدكتور محمد بكار زكريا ، نشر دار البشائر الإسلامية في بيروت الطبعة الثانية (1414هـ).
28 ـ " إيضاح المعاني الخفية في الأربعين النووية " للشيخ محمد تاتاي، قامت بنشره دار الوفاء للطباعة والنشر والتوزيع في المنصورة بمصر، الطبعة الأولى سنة (1414هـ) في مجلد والثانية سنة (1418هـ).
29 ـ " من مشكاة النبوة شرح الأربعين النووية " للشيخ محمد صالح فرفور المتوفي سنة (1407هـ) نشرته جمعية الفتح الإسلامي في دمشق.
30 ـ " شرح الأربعين حديثاً النووية وملحقاته: الإشارات إلى ضبط الألفاظ المشكلات " تحقيق ودراسة الشيخ عبد العزيز عز الدين السيروان، نشر دار قتيبة في بيروت الطبعة الأولى سنة (1411هـ).
الشروح المخطوطة:
1 ـ شرح تاج الدين عمر بن علي اللخمي الفاكهاني المتوفي سنة (734هـ) - رحمه الله تعالى - المسمى " المنهج المبين " يوجد منه نسخة في مكتبة الحرم المكي برقم (1243) ورقمه الخاص (417)، كما أن الشارح المذكور اختصر شرحه وسماه (مختصر المنهج المبين) منه نسخة في مكتبة الحرم المكي رقمها العام (1200) والخاص (75).
2 ـ " المعين على تفهم الأربعين " للإمام أبي حفص عمر بن علي بن أحمد الأنصاري الشافعي المعروف بابن الملقن المتوفي سنة (804هـ) - رحمه الله تعالى -، منه نسخة في المكتبة المحمودية في المدينة المنورة في (218) صفحة.
3 ـ " البرود الطلسية في شرح الأربعين النووية " للشيخ عبد الوهاب بن مصطفى بن محمد الكفردا علي الحلبي الشهير بابن طلس المتوفي سنة (1355هـ) - رحمه الله تعالى -، منه نسخة في الخزانة الطلسية.
4 ـ " المبادئ التربوية المستنبطة من الأربعين النووية " للشيخ عوض ابن رده الساعدي، رسالة ماجستير مقدمة إلى جامعة أم القرى بمكة المكرمة سنة (1408هـ).
5 ـ " الأفكار النورانية في شرح الأربعين النووية " للشيخ محمد بن العز الحجازي من علماء القرن العاشر، كان حياً سنة (912هـ) وفيها فرغ من الكتاب المذكور - رحمه الله تعالى -، مجلد كبير منه نسخة في دار الكتب العمومية.
شروح الأربعين المسجلة:
1 ـ شرح فضيلة الشيخ محمد بن صالح العثيمين في (15) شريطاً.
2 ـ شرح الشيخ محمد بن صالح المنجد في (43) شريطاً.
3 ـ شرح الشيخ صالح بن عبد العزيز آل الشيخ في (10) أشرطة.
4 ـ شرح الشيخ عبد الله السعد في أشرطة وهي شرح لخمسة أحاديث فقط.
Artikel ini asalnya petikan dari Kitab al-Dalil Ila al-Mutun al-Ilmiyyah, karya al-Syeikh Abadul Aziz bin Ibrahim bi Qasim.
Saya nukil kembali artikel dari islamhouse.com. Anda boleh mendownload kitab al-Arba_'in al-Nawawiyyah ini, di http://www.islamhouse.com/p/5271
Subscribe to:
Posts (Atom)