Wednesday, 13 June 2012

Koleksi Hadis 40


Assalamu 'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Ruangan ini memaparkan koleksi 40 Hadis Rasulullah saw yang dihimpun oleh para ulama dan mereka yang mengambil perihatin terhadap hadis Rasulullah saw yang dapat saya capai dari beberapa sumber di internet. Semoga bermanfaat.
1. Kitab 40 Hadis - karya Imam al-Nawawi
2. 40 Hadis Tentang Peristiwa Akhir Zaman - karya Abu Ali al-Nadwi al-Banjari
342 Hadis Kelebihan Menuntut Ilmu

Sunday, 10 June 2012

Kisah Dajjal Dalam Hadis

Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidak ada seorang nabi pun kecuali dia telah memperingatkan kaumnya tentang si buta yang pendusta, ingatlah Dajjal itu buta satu matanya sedangkan Tuhan kamu tidak buta, tertulis di antara kedua matanya kafir.” Riwayat Muslim.
Apabila kita menyebut tentang kisah Dajjal Al-Masih, maka antara hadith yang mesti dikaitkan ialah cerita yang dibawa Tamin Ad-Dary yang diceritakan semula oleh Rasulullah s.a.w tanpa menambah atau berkurang sedikit pun.
Tatkala Rasulullah s.a.w menyelesaikan solatnya, beliau duduk diatas mimbar sambil tertawa, kemudian beliau bersabda, “Hendaklah masing-masing orang tetap di tempat solatnya, lalu melanjutkan kata-katanya: Apakah kamu tahu kenapa saya menghimpunkan kamu?” Mereka menjawab, “Allah dan Rasulnya lebih tahu”, kemudian beliau melanjutkan kata-katanya. “Demi Allah saya tidak menghimpunkan kamu untuk memberikan semangat, bukan untuk menakut-nakutkan kerana Tamim Ad-Dary dulunya seorang nasrani, kemudian dia datang berbaiat dan masuk Islam.” dia menceritakan kepadaku sebuah kisah yang seperti dengan kisah yang saya kisahkan kepada kamu tentang Dajjal.
Ia bercerita bahawa dia pernah mengharungi laut dengan kapal laut bersama 30 orang dari suku Lakham dan Juzam, kemudian mereka dipermainkan ombak selama sebulan di laut, lalu mereka berlabuh di sebuah pulau ditengah laut di mana matahari akan terbenam kemudian mereka duduk di perahu-perahu kapal dan masuk ke pulau itu. Lalu sesuatu yang berambut lebat dan tebal menemui mereka, mereka tidak mengetahui mana depan dan mana belakangnya kerana banyaknya rambutnya. Mereka bertanya,”Siapakah anda?” dia menjawab, “Saya Al-Jassasah, mereka bertanya,”Apa itu Al-Jassasah?” dia menjawab lagi, “Wahai kaum, pergilah ke lelaki yang berada di gua itu, dia ingin sekali mendengar khabar dari kamu.” Tamim berkata, “Tatkala lelaki tadi menyebutkan seorang lelaki kepada kami, kami pun takut kalau sekiranya lelaki tersebut syaitan.” Kemudian kami bergegas pergi, sehingga memasuki gua itu, ternyata di dalamnya ada seorang lelaki yang sangat besar. Kami melihatnya berambut kerinting, lagi dibelenggu dengan kuat dan erat. Kedua tangannya sampai lehernya, di antara kedua lututnya sampai kedua mata kakinya dibelenggu dengan besi.

Lalu kami bertanya kepadanya, “Siapakah anda?” ia pun menjawab, “Kamu telah mengetahui tentang aku, maka beritahukan kepadaku siapakah kamu?” kami menjawab, kami adalah orang-orang dari bangsa Arab, sewaktu kami menaiki sebuah kapal laut, kami dikejutkan oleh laut yang mengamuk, lalu kami dipermainkan ombak selama sebulan, selanjutnya kami masuk ke pulau anda ini, lalu kami pun duduk di perahu kapal dan masuk ke pulau, kemudian binatang berambut lebat dan tebal menemui kami, kami tidak tahu mana depan dan belakangnya kerana banyaknya rambutnya.” Kami bertanya, “Siapakah anda?” dia lalu menjawab, “Saya adalah al-Jassasah”. lalu berkata, “Pergilah ke lelaki yang berada di gua itu kerana dia ingin sekali mendengar khabar dari kamu.” Lalu kami pun bergegas menuju anda, dan dia meninggalkannyasedang kami belum menjamin bahawa dia adalah syaitan.

Selanjutnya lelaki itu bertanya,”Ceritakan kepadaku tentang pokok kurma Baitsan” kami balik bertanya, “Khabar mana yang ingin anda ketahui?” ia menjawab “Saya bertanya kepada kamu apakah pokok kurma tersebut sedang berbuah?” Kami menjawab, “Ya” dia berkata, “Tidakkah dia hampir tidak berbuah” Dia berkata, “Ceritakanlah kepadaku danau Ath-thabarayyah?” kami menjawab “Khabar mana yang ingin anda tahu?” Dia bertanya, “Apakah di dalamnya ada air?” mereka menjawab, “Airnya banyak.” Dia berkata, “Airnya hampir lenyap.” Dia bertanya lagi, “Ceritakan kepadaku tentang mata air Zughar.” Mereka menjawabnya, “Khabar mana yang ingin anda tahu?” Dia berkata, “Apakah ada air di dalamnya dan apakah penduduk sekitarnya bercucuk tanam dengan airnya?” Kami menjawab, “Ya, airnya banyak dan penduduk bercucuk tanam dengan airnya.” Ia berkata, “Ceritakan kepadaku tentang Nabi yang ummi itu apakah yang dia telah lakukan?” Mereka menjawab, “Ia keluar dari Mekah dan tinggal di Yastrib.” dia bertanya lagi, “Apakah orang arab memeranginya?” Kami menjawab, “Ya”, dia berkata lagi, “Bagaimana dia memperlakukan mereka atau yang dia lakukan terhadap mereka?” Kami menjawab, “Ia telah menundukkan orang-orang Arab yang mendatanginya dan mereka mentaatinya,” lalu dia berkata, “Nabi itu berkata kepada mereka, apakah hal itu telah berlaku?” Kami pun menjawab, “Ya.”

Dia berkata lagi, “Ingatlah bahawa baik bagi mereka untuk mematuhinya, dan saya beritahukan kepada kamu tentang diri saya, sesungguhnya saya adalah Al-Masih Dajjal dan saya hampir diperbolehkan untuk keluar (muncul). Saya akan muncul dan berjalan di bumi. Saya tidak membiarkan sebuah kampung kecuali saya menetap di dalamnya selama 40 malam kecuali Mekah dan Madinah, kerana keduanya diharamkan bagiku. Setiap kali saya akan memasuki salah satunya, seorang malaikat akan menyambutku dengan pedang terhunus, dia menghalangi saya dan pada tiap celah jalan-jalannya terdapat malaikat yang menjaganya.” Tamim berkata, “Rasulullah s.a.w bersabda, Thayibah maksudnya Al-Madinah mahukah kamu saya ceritakan hal itu?” Para sahabat menjawab, “Ya” Beliau melanjutkan, cerita Tamim telah mencengangkan saya, ceritanya sama dengan kisah yang saya ceritakan kepada kamu dan tentang Madinah dan Mekah ingatlah sesungguhnya Dajjal itu berada di laut Syam atau laut Yaman, tidak, tetapi dari arah timur dan beliau mengisytiharkan tangannya ke arah timur.” Fatimah berkata, “Aku hafaz hadith ini dari Rasulullah s.a.w. (Riwayat Muslim)

Saturday, 9 June 2012

Khutbah Terakhir Rasulullah saw

Di Padang Arafah, pada tahun ke 10 Hijrah ketika mengerjakan Hujjatul Wada’, Rasulullah saw telah menyampaikan khutbahnya yang terakhir (Khutbah Wada’). Baginda bertolak ke Arafah dari Mina setelah naiknya matahari 9 Zulhijjah. Sebuah khemah didirikan untuk baginda dan baginda masuk serta berada di dalamnya sehingga tergelincir matahari (waktu zohor).

Selepas itu, baginda pun mengarahkan disiapkan untanya al-Qaswah, lalu menaikinya sehingga baginda tiba di Wadi Uranah. Di hadapan baginda, ribuan para sahabat mengelilingi baginda. Semuanya menanti penuh debar. Apakah ingin disampaikan baginda. Ramainya manusia yang berhimpun pada haji wida’ itu. Ada riwayat mengatakan jumlahnya mencecah 144,000 orang semuanya.

Baginda pun menyampaikan khutbahnya yang bersejarah:

" Segala puji bagi Allah. Kita memuji, meminta pertolongan, beristighfar dan bertaubat kepada-Nya. Kita berlindung dengan-Nya daripada kejahatan diri dan keburukan amalan kita. Sesiapa yang Allah berikan hidayat kepadanya, maka tidak ada siapa yang boleh menyesatkannya. Sesiapa yang disesatkan oleh Allah, maka tidak ada siapa yang boleh memberikan hidayat kepadanya. Aku menyaksikan bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tidak ada sekutu bagi-Nya. Aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah hamba dan rasul-Nya. Aku berpesan kepada kamu supaya mentaati-Nya. Aku membuka khutbahku ini dengan mukaddimah yang baik ".

" Wahai manusia! Sila dengar apa yang akan aku katakan ini. Aku tidak tahu apakah aku akan dapat bersama kamu semua lagi selepas tahun ini, di tempat ini selamanya.

1. Sesunguhnya darah kamu, harta benda kamu dan kehormatan diri kamu telah terpelihara (diharamkan) sebagaimana diharamkan hari ini, bulan ini dan bandar ini, Makkah dan kawasan sekitarnya.

2. Sesiapa yang memegang amanah, maka dia hendaklah mengembalikan amanah tersebut kepada tuan punyanya.

3. Ingatlah! Segala amalan jahiliyyah telah berada di tapak kakimu (iaitu telah dihapuskan).

4. Tuntutan hutang darah di zaman jahiliyyah (sebelum Islam) telah diampunkan. Tuntutan darah pertama yang aku batalkan adalah darah Rabi’ah bin Al-Haris yang disusukan oleh Bani Saad kemudian telah dibunuh oleh Huzail.

5. Riba adalah haram dan aku memulakannya dengan membatalkan riba yang akan diterima oleh Abbas bin Abdul Mutalib. Sesungguhnya ia dihapuskan keseluruhannya.

6. Wahai manusia! Takutilah Allah SWT di dalam urusan yang berkaitan dengan wanita. Sesungguhnya kamu telah mengambil mereka sebagai amanah daripada Allah SWT dan mereka telah dihalalkan kepada kamu dengan kalimah Allah. Wajib ke atas mereka untuk menjaga kehormatan kamu dan menjaga diri daripada melakukan perbuatan buruk. Jika mereka lakukannya maka kamu berhak untuk menghukum mereka tetapi bukanlah dengan pukulan yang mencederakan. Jika isteri-isteri kamu setia dan jujur terhadapmu, maka wajib ke atas kamu menjaga makan pakai dengan baik.

7. Semua orang mukmin adalah bersaudara, oleh itu tidak halal bagi seorang muslim mengmbil harta orang lain kecuali setelah mendapat kebenaran daripada tuannya.

8. Jangan kamu kembali menjadi kafir selepas pemergianku, di mana sebahagian daripada kamu memerangi sebahagian yang lain. Aku telah tinggalkan untuk kamu suatu panduan, jika kamu berpegang teguh dengan ajarannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya; kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya.

9. Wahai manusia! Sesungguhnya tidak ada lagi nabi selepasku dan tidak ada lagi umat selepas kamu. Maka aku menyeru agar kamu menyembah Allah SWT Tuhan kamu dan menunaikan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan serta mengeluarkan zakat hartamu dengan kerelaan. Dan kerjakanlah haji ke Rumah Suci Tuhanmu (kaabah), untuk itu kamu akan masuk syurga Tuhanmu.

10. Tuhan kamu adalah Esa, datuk kamu pula adalah satu, kamu semua berasal daripada Adam dan Adam telah dijadikan daripada tanah. Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah mereka yang paling bertaqwa kepada Allah. Tidak ada kelebihan bangsa Arab terhadap bangsa lain kecuali dengan taqwa.

11. Allah SWT telah menetapkan hak menerima pusaka kepada keluarga si mati, oleh itu tidak boleh membuat wasiat kepada penerima pusaka. Sesungguhnya laknat Allah ke atas sesiapa yang mengaku sebagai bapa kepada bukan bapanya yang sebenar, juga laknat dari para malaikat dan seluruh manusia.

12. Kemudian kamu akan disoal tentang aku, maka apa yang akan kamu jawab? Mereka menjawab, “Kami bersaksi bahawa tuan telah menyampaikan dan menyempurnakan risalah-Mu.” Baginda lalu mengangkat tangannya ke langit dan menurunkannya ke arah orang ramai sambil berkata, “Ya Allah! Saksikanlah.” Baginda Rasulullah mengucapkannya sebanyak tiga kali. Orang yang mengulang kembali ucapan Rasulullah SWT dengan kuatnya di Arafah ialah Rabi’ah bin Umaiyyah bin Khalaf ra.

Baginda berkhutbah di atas untanya al-Qaswah. Di sinilah turunnya wahyu mengenai kesempunaan agama Islam. “Pada hari ini telah disempurnakan bagimu agamamu, dan telah kucukupkan nikmat-ku kepadamu, dan telah kuredhakan Islam itu menjadi agama untukmu. (Al-Maidah ayat 3)

Selepas baginda membacakan wahyu ini, para sahabat saling berpelukan kerana begitu gembira. Namun Sayyidina Abu Bakar perasan al-Qaswah unta nabi menitiskan air mata dengan banyak. Beliau pun ikut menangis.

Sayyidina Umar bertanya apakah sebabnya lalu Sayyidina Abu Bakar menjelaskan. Di sebalik berita gembira sempurnanya agama Islam, wahyu penutup itu juga petanda khabar duka. Baginda pasti akan meninggalkan mereka kerana tugasnya sebagai Rasul sudahpun selesai. Mendengar itu Sayyidina Umar pun menangis sama, begitu juga dengan para sahabat yang lain.


Friday, 1 June 2012

Sejarah Dan Hukum Sambutan Hari Ibu


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

.
‘Hari Ibu’ disambut pada Ahad ke-2 bulan Mei setiap tahun oleh kebanyakan penduduk di seluruh dunia, termasuk masyarakat di Malaysia. Secara umumnya umat Islam tanpa usul periksa menerima bulat-bulat apa yang diperkenal dan dianjurkan oleh dunia Barat. Tahukah anda sejarah bermulanya ‘Hari Ibu’?
.

Asal Usul Sambutan Hari Ibu

Eropah

Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.

Orang Rom Purba juga menyambut suatu perayaan yang bernama Matronalia bagi memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.

Orang-orang Greece pula menganggap ‘Hari Ibu’ sebagai perayaan musim bunga dan penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai “Mothering Sunday”. Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Perayaan ini bersamaan hari kenduri Persembahan Nabi Isa di Kuil dalam mazhab Ortodoks Timur. Oleh sebab Theotokos (Ibu Tuhan) amat penting dalam perayaan ini kerana membawa Christ ke Kuil Jerusalem, perayaan ini dikaitkan dengan ibu. Namun begitu, kini ramai orang Greece cenderung menyambut Hari Ibu mengikut negara Barat yang lain.

Dalam tempoh tersebut, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.
 .

Amerika Syarikat

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi “The Battle Hymn of The Republic” (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan “Hallelujah” dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother’s Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.
 .

Asia

Hari Ibu juga disambut pada hari yang berbeza-beza di sebelah Asia kerana berbagai macam sumber asal-usulnya. Di China, Hari ibu disambut sebagai memperingati Meng Mu, ibu kepada Mencius. Di Thailand dirai sempena hari keputeraan Ratu Sirikit Kitiyakara pada 12 Ogos. Manakala 1 Jun di Mongolia adalah Hari Ibu dan pada Kanak-kanak Sedunia juga disambut serentak. Mongolia adalah satu-satunya negara yang menyambut Hari Ibu dua kali setahun.
.
.

Hari Ibu Haram?

.

Haram

Para ulama berselisih pandangan mengenai persoalan hukum meraikan ‘Hari Ibu’ ini. Sesetengah ulama mengatakan ianya bersifat bid’ah atau berdosa malahan ada yang ‘extreme’ sehingga mengharamkannya. Memang benar ianya bid’ah dan haram sekiranya itikad dan niat untuk meniru dan meraikan budaya-budaya di atas.
.

Harus

Manakala Profesor Tafsir dan Ilmu al-Quran di Universiti Al-Azhar, Dr Muhammad Bakar Ismail, berpandangan sambutan Hari Ibu adalah harus kerana meraikan serta memuliakan ibu seperti pada Hari Ibu adalah bid’ah dalam perkara adat dan bukan ibadat.

Bid’ah dalam adat adalah tidak disuruh oleh Islam dan tidak juga dilarang kecuali ia menghubungkan dengan agama daripada dekat atau jauh. Jika adat ini lahir daripada pengiktirafan kepada kemurnian dan menyeru kepada berlaku baik dan ihsan kepada orang yang berhak mendapat kebaikan seperti ibu, bapa, datuk dan nenek, maka Islam memberkati dan memperakui adat sebegini.
.
Manakala jika adat ini lahir daripada perkara sebaliknya, dan melakukannya juga membabitkan perkara yang buruk dan dilarang Islam seperti pemborosan, pembaziran, kelalaian dan berbangga-bangga, maka Islam melarang daripadanya.

Jika dilihat dari segi keharusan sambutan ini, ia lebih banyak membawa kebaikan. Pertamanya, sesuatu perbuatan itu mestilah disertakan dengan niat yang baik. Walaupun amalan itu pada asasnya harus, namun ia boleh menjadi haram apabila disertai niat yang bertentang syariat.
.

Doktrin Barat

Menurut Dr Yusuf al-Qaradhawi: Hari Ibu ini timbul kerana pihak orientalis atau doktrin barat memikirkan inilah cara terbaik untuk menarik minat anak remaja barat menghormati orang tua mereka.” 

Umumnya kita tahu masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan dan mengkhususkan hari-hari tertentu dapat memupuk remaja mereka menyayangi dan menghormati orang tua mereka.
.
Di sini, ditakuti orang Islam mengikut budaya barat ini secara buta-tuli dari segi cara sambutan dan adab pergaulan ketika sambutan serta tidak mempedulikan nilai Islam dalam meraikannya.
.

Persoalan

Kenapa perlu diadakan atau diiktikadkan hanya satu hari untuk hari ibu??? Adakah satu hari itu  saja dia jadi ibu kita?  Adilkah kita perlakukan begitu kepada insan yang mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari, kemudian berjerit perih dan bertarung nyawa melahirkan kita, seterusnya berjaga malam menjaga ketika sakit kemudian memenuhi apa saja kehendak kita bagai menatang minyak yang penuh, tiba-tiba kita hanya meraikan kemulian mereka hanya sehari. Hari-hari lain, kita diam membisu, tidak menghubungi dan tidak ada lagi penghargaan buat ibu.
.
Firman Allah SWT :
17:23

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).  (Surah al-Isra’, ayat 23)
.
.

Solusi

.
Kedudukan ibu sangat mulia di sisi Islam. Pelbagai cabaran terpaksa ditempuh ibu demi membesarkan kita. Sepatutnya disambut hari ibu sekerap mungkin… setiap hari, minggu, setiap bulan dan tahun kerana hari ibu memang sewajibnya setiap hari… Raikanlah dengan setulus ikhlas terhadap insan mulia tersebut.

Dengan termaktubnya ‘Hari Ibu’. Seharusnya dijadikan hari peringatan atau perayaan terhadap peranan seorang ibu dalam keluarganya, baik untuk suami, anak-anak, mahupun sesama manusia. Ada bagus dan baiknya diadakan sambutan hari ibu ini, sekurang-kurangnya boleh juga menyedarkan ‘Si Tanggang Moden’ yang sibuk dengan sahabat, rakan perniagaan atau tugas seharian dan orang ramai akan lebih mengenang dan menghargai jasa pengorbanan ibu..
.

Hak Ibu

Pengorbanan ibu kepada anak itu tidak mungkin dapat dibalas dengan wang ringgit dan kemewahan semata-mata. Oleh itu, wajib anak berbuat baik dan berbakti kepada ibu mereka terutama selepas meningkat dewasa dan bukannya menjadi anak yang ‘seperti kacang lupakan kulit’.
.
Firman Allah SWT:
31:14

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (supaya berbuat baik) kepada kedua orang tuanya, ibunya telah mengandungkannya dengan keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya selama dua tahun, bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua orang tuamu, hanya kepada Aku kembalimu.” (Surah Lukman, ayat 14)
.
Islam meletakkan ibu ditempat yang paling selayaknya, begitu juga dengan bapa. Jika Syurga Ibu/isteri di bawah kaki Ayah/suami, tetapi dengan keinsafan yang lebih menebal.. tanpa ibu, siapalah kita… ‘Syurga anak itu adalah di bawah tapak kaki Ibu’.
.
Seorang ibu berhak mengambil haknya terhadap anak-anaknya dan seseorang anak itu tidak boleh langsung mempertikaikan hak ibu dan bapa mereka terhadap dirinya. Jihad adalah perkara paling utama dalam Islam, namun kerana Ibu, jihad menjadi tempat kedua bagi seorang anak.
.
Perkara ini dikatakan sendiri oleh Rasulullah ketika ada seorang sahabat yang bernama Jahimah bertemu baginda untuk bertanyakan pandangan untuk ikut serta dalam ekspedisi jihad. Rasulullah bertanya, “Adakah kamu masih mempunyai ibu?” Jahimah menjawab:“Ya.” Lalu Rasulullah bersabda, “Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya.” (Shahih Sunan al-Nasai, no: 3104)
.
.

Sambutan Hari Ibu

.
Sambutan Hari Ibu adalah tanda pengiktirafan anak terhadap pengorbanan ibu kepada mereka dan sambutan yang dianjurkan bertujuan membahagiakan ibu.
Firman Allah SWT :

  وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَـٰنًا ۚ

 “Dan Tuhanmu telah mewajibkan supaya tidak menyembah selain dari-Nya dan berlaku baik kepada ibu bapa.” (Surah al-Isra’, ayat 23) 
.
Peringatan dan perayaan boleh dilakukan dengan membebas atau meringankan tugas ibu dari kerja domestik harian yang dianggap kononnya merupakan kewajibannya, seperti mendidik, menghantar anak-anak ke sekolah, memasak, mengemas dan urusan rumah tangga lainnya.
.
Hari Ibu juga boleh menjadi wasilah untuk merapatkan hubungan anak dengan ibu bapa serta mengeratkan hubungan sesama adik-beradik. Sebagai hari istimewa, semua ahli keluarga berkumpul dan dari situ terbitlah ikatan erat dan melahirkan suasana penuh kasih sayang sejati, saling mencintai antara satu sama lain.
.
Sambutan Hari Ibu yang memenuhi tuntutan Islam antaranya, sambutan yang dilakukan sebaik-baiknya secara sederhana, tidak melalaikan tanggungjawab seorang Muslim terhadap Allah SWT dan tidak bersifat membazir. Di samping itu, sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan solat berjemaah bersama ahli keluarga, mengadakan majlis tahlil dan doa selamat, pesanan dan nasihat yang baik serta dalam suasana mahabbah.
.
Oleh itu, penting bagi masyarakat Islam membetulkan niat terlebih dulu dalam meraikan sambutan Hari Ibu ini supaya sambutan dirahmati dan tidak terkeluar daripada landasan syariat Islam yang digariskan Allah SWT untuk hambaNya.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه

 sumber: http://shafiqolbu.wordpress.com/2012/05/10/sejarah-asal-sambutan-hari-ibu/

 

Nabi Muhamad SAW di Mata Para Tokoh Dunia

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

 


Nabi Muhammad adalah insan yang begitu dipuja oleh umat Islam, sebagai manusia sempurna dengan membawa rahmat bagi seluruh alam, cerita tentang kehidupannya ratusan tahun yang lalu masih menjadi topik yang hangat untuk diperbincangkan oleh para pakar di seluruh dunia, mari kita lihat pendapat para pakar dunia di bawah ini :


1. Mahatma Gandhi
(Komentar Mengenai Karakter Muhammad Di YOUNG INDIA)
.
“Pernah saya bertanya-tanya siapakah tokoh yang paling mempengaruhi manusia .. Saya lebih dari yakin bahawa bukan pedanglah yang memberikan kebesaran pada Islam pada masanya. Tapi ia datang dari kesederhanaan, kebersahajaan, berhati-hati Muhammad; serta pengabdian luar biasa kepada rakan-rakan dan pengikutnya, tekadnya, keberaniannya, serta keyakinannya pada Tuhan dan tugasnya. Semua ini (dan bukan pedang) menyingkirkan segala halangan. Ketika saya menutup laman terkini volume 2 (biografi Muhammad), saya sedih kerana tiada lagi cerita yang tersisa dari hidupnya yang agung.

 
2. Sir George Bernard Shaw
(The Genuine Islam, ‘Vol. 1, No. 8, 1936)
.
“Jika ada agama yang berpeluang menguasai Inggeris bahkan Eropah, beberapa ratus tahun dari sekarang, Islam-lah agama tersebut.”

Saya sentiasa menghormati agama Muhammad kerana potensi yang dimilikinya. Ini adalah satu-satunya agama yang bagi saya mempunyai kemampuan menyatukan dan merubah peradaban. Saya sudah mempelajari Muhammad sesosok peribadi agung yang jauh dari kesan seorang anti-kristus, dia harus dipanggil “sang penyelamat kemanusiaan”.

“Saya yakin, apabila orang semacam Muhammad memegang kekuasaan tunggal di dunia moden ini, dia akan berjaya mengatasi segala permasalahan sedemikian hingga membawa kedamaian dan kebahagiaan yang diperlukan oleh dunia: Ramalanku, keyakinan yang dibawanya akan diterima Eropah di masa datang dan memang ia telah mulai diterima Eropah saat ini.”

Dia adalah manusia teragung yang pernah menginjakkan kakinya di bumi ini. Dia membawa sebuah agama, mendirikan sebuah bangsa, meletakkan dasar-dasar moral, memulakan sekian banyak gerakan pembaharuan sosial dan politik, mendirikan sebuah masyarakat yang kuat dan dinamik untuk melaksanakan dan mewakili seluruh ajarannya, dan ia juga telah merevolusi fikiran serta perilaku manusia untuk seluruh masa yang akan datang.

Dia adalah Muhammad (SAW). Dia lahir di Arab tahun 570 Masehi, memulakan misi mengajarkan agama kebenaran, Islam (penyerahan diri pada Tuhan) pada usia 40 dan meninggalkan dunia ini pada usia 63. Sepanjang masa kenabiannya yang pendek (23 tahun) dia telah merubah Semenanjung Arab daripada paganisme dan pemuja makhluk menjadi para pemuja Tuhan yang Esa, dari peperangan dan perpecahan antara suku menjadi bangsa yang bersatu, dari kaum pemabuk dan pengacau menjadi kaum pemikir dan penyabar, dari kaum tak berhukum dan permusuhan menjadi kaum yang teratur, dari kebobrokan ke keagungan moral. Sejarah manusia tidak pernah mengenal transformasi sebuah masyarakat atau tempat sedahsyat ini bayangkan ini terjadi dalam kurun waktu hanya sedikit di atas DUA DEKAD.
.
.
3. Michael H. Hart .
(The 100: A Rankin G Of The Most Influential Persons In History, New York, 1978)
.
Pilihan saya untuk menempatkan Muhammad pada urutan teratas mungkin mengejutkan semua pihak, tapi dialah satu-satunya orang yang berjaya baik dalam lakaran sekular mahupun agama (hal. 33). Lamar Tine, seorang sejarawan terkemuka menyatakan bahawa: “Jika keagungan sebuah tujuan, kecilnya kemudahan yang diberikan untuk mencapai tujuan tersebut, serta menakjubkannya hasil yang dicapai menjadi tolok ukur kepintaran seorang manusia; siapakah yang berani membandingkan tokoh hebat manapun dalam sejarah moden dengan Muhammad?” Tokoh-tokoh itu membina pasukan, undang-undang dan kerajaan saja. Mereka hanyalah mencipta kekuatan-kekuatan material yang hancur bahkan di depan mata mereka sendiri.

Muhammad bergerak tidak hanya dengan tentera, undang-undang, kerajaan, rakyat dan dinasti, tapi berjuta-juta manusia di dua per tiga wilayah dunia saat itu, lebih dari itu, ia telah merubah altar-altar pemujaan, sesembahan, agama, fikiran, kepercayaan serta jiwa. Kesabarannya dalam kemenangan dan cita-citanya yang dipersembahkan untuk satu tujuan tanpa sama sekali berhasrat membangun kekuasaan, sembahyang-sembahyangnya, dialognya dengan Tuhan, kematiannnya dan kemenangan-kemenangan (umatnya) setelah kematiannya; semuanya membawa keyakinan umatnya hingga ia mempunyai kekuatan untuk mengembalikan sebuah dogma. Dogma yang mengajarkan ketunggalan dan keghaiban (immateriality) Tuhan yang mengajarkan siapa sesungguhnya Tuhan. Dia singkirkan tuhan palsu dengan kekuatan dan mengenalkan tuhan yang sesungguhnya dengan polisi. Seorang ahli falsafah yang juga seorang orator, apostle (hawariyyun, 12 orang pengikut Yesus-pen.), Askar, ahli hukum, penakluk idea, pengembali dogma-dogma rasional dari sebuah ajaran tanpa pengidolaan, pengasas 20 kerajaan di bumi dan satu kerajaan spiritual, ialah Muhammad. Dari semua standard bagaimana kehebatan seorang manusia diukur, mungkin kita patut bertanya: adakah orang yang lebih agung dari dia? “
.
.
4. Lamartine
(Histoire De La Turquie, Paris, 1854, Vol. II, pp 276-277)
.
“Dunia telah menyaksikan banyak peribadi-peribadi agung. Namun, dari orang-orang tersebut adalah orang yang berjaya pada satu atau dua bidang saja misalnya agama atau tentera. Hidup dan ajaran orang-orang ini seringkali terselimuti kabut waktu dan zaman. Begitu banyak spekulasi tentang masa dan tempat lahir mereka, cara dan gaya hidup mereka, sifat dan detail ajaran mereka, serta tahap dan saiz kejayaan mereka sehingga sukar bagi manusia untuk membina semula ajaran dan hidup tokoh-tokoh ini.

Tidak demikian dengan orang ini. Muhammad (SAW) telah begitu tinggi menggapai dalam pelbagai bidang pikir dan perilaku manusia dalam sebuah episod cemerlang sejarah manusia. Setiap terperinci dari kehidupan peribadi dan ucapan-ucapannya telah secara tepat didokumentasikan dan dijaga dengan teliti sampai saat ini. Keaslian ajarannya begitu terjaga, tidak saja oleh kerana carian yang dilakukan oleh para pengikut setianya tetapi juga oleh para penentangnya. Muhammad adalah seorang agamawan, reformis sosial, teladan moral, pentadbir massa, sahabat setia, teman yang menyenangkan, suami yang penuh kasih dan seorang ayah yang penyayang – semua menjadi satu.

Tiada lagi manusia dalam sejarah melebihi atau bahkan menyamainya dalam setiap aspek kehidupan tersebut-hanya dengan keperibadian seperti dia-lah keagungan seperti ini dapat diraih. “


5. K. S. Ramakrishna Rao
     (Professor Philosophy dalam bookletnya, “Muhammad, The  
     Prophet of Islam”)
.
 Keperibadian Muhammad, hhmm sangat sulit untuk menggambarkannya dengan tepat. Saya pun hanya boleh menangkap sekilas saja: betapa ia adalah lukisan yang indah. Anda boleh lihat Muhammad sang Nabi, Muhammad sang pejuang, Muhammad sang pengusaha, Muhammad sang negarawan, Muhammad sang orator ulung, Muhammad sang pembaharu, Muhammad sang pelindung anak yatim-piatu, Muhammad sang pelindung hamba sahaya, Muhammad sang pembela hak wanita, Muhammad sang hakim, Muhamad sang pemuka agama. Dalam setiap peranannya tadi, ia adalah seorang pahlawan.

Saat ini, 14 abad kemudian, kehidupan dan ajaran Muhammad tetap selamat, tiada yang hilang atau berubah sedikit pun. Ajaran yang menawarkan secercah harapan abadi tentang ubat untuk segala penyakit kemanusiaan yang ada dan telah ada sejak masa hidupnya. Ini bukanlah tuntutan seorang pengikutnya tapi juga sebuah simpulan tak dapat dielakkan dari sebuah analisis sejarah yang kritis dan tidak bias.
 .
.
6. Prof. Snouck Hurgronje
.
Liga bangsa-bangsa yang ditubuhkan Nabi umat Islam telah meletakkan dasar-dasar persatuan antarabangsa dan persaudaraan manusia di atas asas yang universal yang menerangi bagi bangsa lain. Buktinya, sampai saat ini tiada satu bangsa pun di dunia yang mampu menyamai Islam dalam capaiannya mewujudkan idea persatuan bangsa-bangsa.

Dunia telah banyak mengenal konsep ketuhanan, telah banyak individu yang hidup dan misinya lenyap menjadi legenda. Sejarah menunjukkan tiada satu pun legenda ini yang menyamai bahkan sebahagian dari apa yang Muhammad capai. Seluruh jiwa raganya ia curahkan untuk satu tujuan: menyatukan manusia dalam pengabdian kepada Tuhan dalam Peraturan-Peraturan ketinggian moral. Muhammad atau pengikutnya tidak pernah dalam sejarah menyatakan bahawa ia adalah putra Tuhan atau kelahiran semula Tuhan atau seorang jelmaan Tuhan dia selalu sejak dahulu sampai saat ini menganggap dirinya dan dianggap oleh pengikutnya hanyalah sebagai seorang pesuruh yang dipilih Tuhan.
.
.
7. Thomas Carlyle
(Dalam bukunya Heroes And Heroworship)
.
Betapa menakjubkan seorang manusia sendirian dapat mengubah suku-suku yang saling berperang dan kaum nomad (Baduy) menjadi sebuah bangsa yang paling maju dan paling bertamadun hanya dalam masa kurang dari dua dekad.
“Kebohongan yang dipropagandakan kaum Barat yang diselimutkan kepada orang ini (Muhammad) hanyalah memalukan diri kita sendiri.”

Sesosok jiwa besar yang tenang, seorang yang mahu tidak mahu harus dijunjung tinggi. Dia diciptakan untuk menerangi dunia, begitulah perintah Sang Pencipta Dunia.
Thomas Carlyle, cendekiawan Inggeris itu, berkata, “Diantara aib terbesar yang ada hari ini ialah bahawa seorang cendekiawan menerima begitu saja ucapan seseorang yang mengatakan bahawa Islam adalah bohong dan Muhammad adalah penipu.

Saudaraku, apakah kalian pernah menyaksikan, dalam sejarah, seorang pendusta yang mampu menyampaikan sebuah agama yang sedemikian yang kukuh dan menyebarkannya ke seluruh dunia? Saya yakin bahawa manusia harus bergerak sesuai dengan undang-undang dan logik. Jika tidak, maka ia tidak akan mungkin mencapai tujuannya. Mustahil bahawa manusia besar ini adalah seorang pembohong. Kerana pada kenyataannya, kebenaran dan kejujuran adalah dasar semua kerjanya dan asas semua sifat utamanya. “

Kemudian Carlyle menambah, “Pandangan yang kukuh, pemikiran-pemikiran yang lurus, kecerdasan, kecermatan, dan pengetahuannya akan kemaslahatan umum, merupakan bukti-bukti nyata kepandaiannya. Kebutahurufannya justru memberikan nilai positif yang sangat mengagumkan. Ia tidak pernah menukil pandangan orang lain, dan ia tak pernah memperoleh setitis pun maklumat dari selainnya. Allah-lah yang telah mencurahkan pengetahuan dan hikmah kepada manusia agung ini. Sejak-sejak hari-hari pertamanya, ia sudah dikenali sebagai seorang pemuda yang bijak, dipercayai dan jujur. Tak akan keluar dari mulutnya suatu ucapan kecuali memberikan manfaat dan hikmah yang amat luas.”

Setelah itu, dengan emosi yang muncul dari pengetahuannya yang teliti tentang Rasul Allah SAW, Carlyle menambah, “Hati manusia mulia putra padang pasir ini penuh dengan kebaikan dan kasih sayang. Ajaran-ajarannya terjauh dari semangat egoisme, dan pandangan-pandangannya bersih dari ketamakan kepada pangkat keduudkan duniawi. Saya mencintai Muhammad dengan segenap wujud, kerana seluruh wataknya sangat jauh dari tipu muslihat dan basa-basi. “
.
.
8. Gustav Lebon, cendekiawan Perancis
(Dalam bukunya “Peradaban Islam dan Arab)
.
Seperti yang ditulisnya, “Jika kita ingin kita ingin mengukur kehebatan tokoh-tokoh besar dengan karya-karya dan hasil kerjanya, maka harus kita katakan bahawa diantara seluruh tokoh sejarah, Nabi Islam adalah manusia yang sangat agung dan ternama. Walaupun selama 20 tahun, penduduk Makkah memusuhi Nabi sedemikian kerasnya, dan tak pernah berhenti mengganggu dan menyakiti beliau, tetapi pada masa Fathu Makkah (penaklukan kota Makkah), beliau menunjukkan puncak nilai kemanusiaan dan kepahlawanan dalam memperlakukan warga Makkah. Beliau hanya memerintahkan agar patung-patung di sekitar dan di dalam Ka’bah dibersihkan. Hal yang patut diperhatikan dalam keperibadian beliau ialah bahawa sebagaimana tidak pernah takut menghadapi kegagalan, ketika memperoleh kemenangan pun beliau tidak pernah menyombong dan tetap menunjukkan sikapnya yang lurus. “
 .
.
9. Will Durant, Sejawaran AS
(Dalam dua buku sejarahnya, juga memuji Muhammad Rasul Allah.)
.
Beliau menulis, “Kita harus katakan bahawa Muhammad adalah tokoh sejarah terbesar. Ketika memulakan dakwahnya, negeri Arab adalah sebentang padang pasir kering dan kosong, yang di beberapa kawasannya dihuni oleh sejumlah kaum Arab penyembah berhala. Jumlah mereka kecil tapi perselisihan di antara mereka sangat banyak.

Akan tetapi ketika beliau wafat, penduduk Arab ini pula telah muncul sebagai umat yang bersatu dan kompak. Beliau menghapuskan segala macam khurafat dan fanatisme dan menyuguhkan sebuah agama dyang sederhana tapi kukuh dan terang benderang yang dibina di atas dasar keberanian dan kemuliaan. Kitab beliau adalah Al-Quran dan tak ada kitab lain yang mampu menandinginya dari segi kekuatan pengaruh dan daya tariknya.”


10. John Diven Port, Cendekiawan Inggeris.

Ia menyatakan penyesalannya terhadap sikap tendensius terhadap Nabi Islam. Dalam bukunya yang ia tulis berkenaan dengan Nabi Muhammad SAW, dengan segala kejujuran dan kecintaan yang mendalam kepada Nabi, ia berusaha membersihkan segala macam kedustaan dan tuduhan negatif dari kehidupan Nabi Muhammad, dan mengajak orang-orang sesat ini untuk merenung dan berfikir dengan betul.

Diven Port menulis, “Dari segi keindahan dan kebaikan watak dan perilaku, Muhammad memiliki keistimewaan yang sangat tinggi. Mereka yang tidak mempunyai watak-watak seperti inilah yang memandang beliau sebagai sesuatu yang tak bernilai.

Sebelum memulakan ucapannya, beliau telah menarik para pendengar beliau, baik satu orang atau banyak, dengan akhlak dan peringainya yang sangat mulia. Wajah beliau memancarkan kewibawaan sekaligus daya tarikan yang amat kuat. Senyumnya yang indah takpernah lepas dari bibir beliau. Pada akhirnya, hal-hal lembut dan menarik selalu beliau masukkan dalam tutur kata beliau, memaksa setiap orang memujinya. Oleh sebab itulah beliau dikenali sebagai tokoh agama yang paling langka di dunia.”
.
.
11. Dosun, penulis Perancis
(Dalam bukunya “Muhammad dan islam” menulis,)

“Pada umumnya, warga Perancis tidak menaruh minat kepada pembahasan masalah-masalah keagamaan. Akan tetapi, mereka yang taat beragama dan pemikir Perancis, mempunyai pandangan lain kepada Islam. Hakikatnya ialah bahawa kemunculan Islam dan penyebarannya termasuk diantara hasil karya besar dan amat penting sejarah manusia. Di akhir abad ketujuh Islam mampu merambah ke Syria, Iran, Mesir dan dunia Arab, dan menyebar di seluruh Afrika Utara, serta menguasai seluruh pulau-pulau di laut Mediterranean, kemudian masuk pula ke India dan China. Saat ini Islam telah memberikan pengarunya yang luas dalam peradaban dunia serta dalam politik kontemporari. Kejayaan perjuangan Muhammad saaw, dalam menggeser undang-undang yang berlaku di negara-negara Asia, padahal mereka termasuk diantara negara terkuno di dunia, serta ketahanan undang-undang Islam ini selama berabad-abad, merupakan bukti terbaik yang menunjukkan kebenaran tokoh ini dan keistimewaannya yang langka. “
.
.
12. Edward Gibbon And Simon Ockley
(Speaking on the profession of ISLAM)
.
Saya percaya bahawa Tuhan adalah tunggal dan Muhammad adalah pesuruh-Nya adalah pengakuan kebenaran Islam yang simpel dan seragam. Tuhan tidak pernah dihinakan dengan pujaan-pujaan kemakhlukan; penghormatan terhadap Sang Nabi tidak pernah berubah menjadi pengkultusan berlebihan dan prinsip-prinsip hidupnya telah memberinya penghormatan dari pengikutnya dalam batas-batas akal dan agama.
.
.
13. History Of The Saracen Empires
(London, 1870, p. 54).
.
Muhammad tidak lebih dari seorang manusia biasa. Tapi ia adalah manusia dengan tugas mulia untuk menyatukan manusia dalam pengabdian terhadap satu dan hanya satu Tuhan dan untuk mengajarkan hidup yang jujur dan lurus sesuai perintah Tuhan. Dia selalu menggambarkan dirinya sebagai ‘hamba dan pesuruh Tuhan dan demikianlah juga setiap tindakannya..
.
.
14. Sarojini Naidu, penyair terkenal India
(S. Naidu, IDEALS OF ISLAM, vide Speeches & Writings, Madras, 1918, p. 169)
.
Inilah agama pertama yang mengajarkan dan mengamalkan demokrasi; di setiap masjid, ketika azan dikumandangkan dan jemaah telah berkumpul, demokrasi dalam Islam terwujud lima kali sehari ketika seorang hamba dan seorang raja berlutut berdampingan dan mengakui: ‘Allah Maha Besar’. Saya terpukau lagi dan lagi oleh kebersamaan Islam yang secara naluriah membuat manusia menjadi bersaudara.




15. Diwan Chand Sharma
(D.C. Sharma, THE PROPHETS OF THE EAST, Calcutta, 1935, pp. 12)
.
“Muhammad adalah sosok penuh kebaikan, pengaruhnya dirasakan dan tak pernah dilupakan orang-orang terdekatnya.
 .
.
16. James A. Michener
(“Islam: The Misunderstood Religion,” in READER’S DIGEST (American edition), May 1955, pp. 68-70.}
.
Muhammad, seorang inspirator yang mendirikan Islam, dilahirkan pada tahun 570 masehi dalam masyarakat Arab penyembah berhala. Yatim semenjak kecil dia secara khusus memberikan perhatian kepada fakir miskin, yatim piatu dan janda, serta hamba sahaya dan kaum lemah. Di usia 20 tahun, dia sudah menjadi seorang usahawan yang berjaya, dan menjadi pengelola perniagaan seorang janda kaya. Ketika mencapai usia 25, sang majikan melamarnya. Meskipun usia perempuan tersebut 15 tahun lebih tua Muhammad menikahinya dan tetap setia kepadanya sepanjang hayat si isteri.

“Seperti halnya para nabi lain, Muhammad memulakan tugas kenabiannya dengan sembunyi2 dan ragu2 kerana menyedari kelemahannya. Tapi “Baca adalah perintah yang diperolehnya,-dan walaupun sampai saat ini diyakini bahawa Muhammad tidak boleh membaca dan menulis dan keluarlah dari mulutnya satu ayat yang akan segera mengubah dunia:” Tiada tuhan selain Tuhan.

“Dalam setiap hal, Muhammad adalah seorang yang mengutamakan akal. Ketika puteranya, Ibrahim, meninggal disertai gerhana dan menimbulkan anggapan umatnya bahawa hal tersebut adalah wujud rasa belasungkawa Tuhan kepadanya, Muhammad berkata: “Gerhana adalah sebuah kejadian alam biasa, adalah suatu kebodohan mengaitkannya dengan kematian atau kelahiran seorang manusia.”

Sesaat setelah ia meninggal, sebahagian pengikutnya hendak memujanya sebagaimana Tuhan dipuja, akan tetapi penerus kepemimpinannya (Abu Bakar-pen.) Menepis keingingan ummatnya itu dengan salah satu pidato keagamaan terindah sepanjang masa: ‘Jika ada diatara kalian yang menyembah Muhammad, maka ketahuilah bahawa ia telah meninggal. Tapi jika Tuhan-lah yang hendak kamu sembah, ketahuilah bahawa Ia hidup selamanya (Ayat berkaitan: QS Al Imran, 144 – pen.)
.
.
17. W. Montgomery Watt
(Mohammad At Mecca, Oxford, 1953, p. 52.)
.
“Kesediaannya menempuh cabaran atas keyakinannya, ketinggian moral para pengikutnya, serta pencapaiannya yang luar biasa semuanya menunjukkan integritasnya. Mengira Muhammad sebagai seorang penipu hanyalah memberikan masalah dan bukan jawaban. Lebih dari itu, tiada figur hebat yang digambarkan begitu buruk di Barat selain Muhammad.
.
.
 
18. Annie Besant
(The Life And Teachings Of Muhammad, Madras, 1932, p.)
 .
“Sangat mustahil bagi seseorang yang mempelajari karakter Nabi Bangsa Arab, yang mengetahui bagaimana ajarannya dan bagaimana hidupnya untuk merasa kan selain hormat terhadap beliau, salah satu utusan-Nya. Dan meskipun dalam semua yang saya gambarkan banyak hal-hal yang terasa biasa, namun setiap kali saya membaca semula kisah-kisahnya, setiap kali pula saya mersakan kekaguman dan penghormatan kepada sang Guru Bangsa Arab tersebut. “
.
.
19. Bosworth Smith
(Mohammad And Mohammadanism, London, 1874, p. 92.)
.
Dia adalah perpaduan Caesar dan Paus; tapi dia adalah sang Paus tanpa pretensinya dan seorang caesar tanpa Legionnaire-nya: tanpa tentera, tanpa pengawal, tanpa istana, tanpa pengahasilan tetap, jika ada seorang manusia yang pantas untuk berkata bahawa dia-lah wakil Tuhan penguasa dunia, Muhammad lah orang itu, kerana dia memiliki kekuatan meski ia tak memiliki segala instrument atau penyokongnya.
.
.
 

20. John William Draper, MD, LLD
(A History of the Intellectual Development of Europe, London 1875, Vol.1, pp.329-330)
.
“Empat tahun setelah kematian Justinian, pada 569 AD, telah lahir di Makkah Arabia seorang manusia yang sangat besar pengaruhnya terhadap ummat manusia Muhammad.





21. John Austin
(“Muhammad the Prophet of Allah,” in TP ‘S and Cassel’ s Weekly for 24th September 1927.)
.
Dalam kurun waktu hanya sedikit lebih dari satu tahun, ia telah menjadi pemimpin di Madinah. Kedua tangannya memegang sebuah tuas yang siap menggoncang dunia.


22. Professor Jules Masserman
.
“Pasteur dan Salk adalah pemimpin dalam satu hal (intelektual-pen). Gandhi dan Confucius pada hal lain serta Alexander, Caesar dan Hitler mungkin pemimpin pada kategori kedua dan ketiga (reliji dan tentera pen.). Jesus dan Buddha mungkin hanya pada kategori kedua. Mungkin pemimpin terbesar sepanjang masa adalah Muhammad, yang berjaya pada ketiga-tiga kategori tersebut. Dalam skala yang lebih kecil Musa melakukan hal yang sama.



Sumber :
- Buku The Super Leader The Super Manager Muhammad SAW karya Dr.Muhammad Syafii Antonio,M.Ec.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه


Disalin dari:  http://shafiqolbu.wordpress.com/2012/05/14/nabi-muhamad-saw-di-mata-para-tokoh-dunia/

Saturday, 26 May 2012

Kisah Imam al-Syafi'i Mengunjungi Rumah Imam Ahmad bin Hanbal


Suatu hari Imam Syafi’i berkunjung ke rumah Imam Ahmad bin Hanbal. Setelah usai dijamu oleh Imam Ahmad, dengan makanan-makanan, Imam Syafii tidur di kamarnya.             
                                                                                                                                                                                          
Saat pagi menjelang, putri Imam Ahmad bin Hanbal berkata pada ayahnya, “Wahai ayah, benarkah ini Imam Syafi’i yang sering Kau ceritakan?”.

Imam Ahmad menjawab, “Benar putriku!”“

Ada tiga hal yang saya perhatikan darinya, pertama saat kami suguhkan makanan kepadanya, dia makan banyak sekali. Kedua saat dia masuk kamar, dia tidak menjalankan shalat malam. Ketiga saat shalat Shubuh dengan kita, dia tidak berwudlu.” kata sang putri.

Tiba-tiba saat Imam Syafi’i berpapasan dengan Imam Ahmad Ibn Hanbal, lantas Imam Syafii menjawab tiga hal yang dipertanyakan putrinya.

Wahai, Ahmad!”, tegur Imam Syafi’i,
Aku makan banyak sekali, karena tahu bahwa makan-makananmu dari harta yang halal, sesungguhnya engkau adalah orang mulia, dan makanan orang mulia adalah obat, dan makanan orang kikir adalah penyakit. Saya tidak makan untuk sekedar kenyang, sesungguhnya aku memakan makananmu untuk obat.”, jawab Imam Syafi’i.

Adapun mengenai aku tidak shalat malam, karena setiap aku meletakkan kepalaku untuk tidur, saya melihat seakan didepanku ada Al Quran dan  Al Hadits, Allah membukanya untukku dengan 72 masalah ilmu fiqh. Saya berharap ummat memanfaatkannya, dan saya tidak menemukan kesempatan untuk shalat malam.”, lanjut Imam Syafi’i.

Kemudian Imam Syafi’i juga berkata, “Terkait dengan shalat Shbuh yang tanpa wudlu’, Demi Allah saya tidak tidur kecuali sebelumnya saya memperbarui wudlu. Sepanjang malam saya tidak tidur, maka saya shalat Shubuh dengan kalian dengan wudlu’ shalat Isya’”.

Sumber: http://www.elhooda.com/2011/12/kisah-imam-syafii-berkunjung-ke-rumah-imam-ahmad-bin-hanbal/

Friday, 25 May 2012

Konsep al-Hiwalah Dalam Sistem Perbankan


1.1 PENDAHULUAN


Islam adalah agama yang sempurna. Dengan itu Islam telah mengatur cara hidup manusia dengan sistem yang serba lengkap hatta kepada muamalat manusia juga dengan Islam. Di antara muamalat Islam yang telah disistemkan kepada kita ialah Al Hiwalah.

Al Hiwalah merupakan sistem yang unik yang sesuai untuk diadaptasikan kepada manusia. Ini kerana al Hiwalah adalah sebahagian daripada kehidupan manusia di dalam muamalah. Ia sering berlaku kepada permasalahan hutang piutang. Maka sebahagian cara untuk menyelesaikan masalah muamalah ini perlulah diketengahkan Al Hiwalah ini sebagai jalan melupuskan masalah.

Al Hiwalah bukan sahaja digunakan untuk menyelesaikan masalah hutang piutang malahan lebih dari itu ia juga berperanan sebagai pemindah dana dari individu kepada individu yang lain atau syarikat atau juga firma sebagai mana telah diguna pakai oleh sesetengah sistem perbankan.

Justeru, penulis mengambil kesempatan untuk mengkaji serba sedikit tentang al Hiwalah berkaitan konsep al Hiwalah, definisi, dalil pensyariatan, rukun dan syarat al Hiwalah. Penulis juga akan membincangkan konsep al Hiwalah di dalam sistem perbankan iaitu berkaitan kiriman wang (remittance).

BAB 1 : KONSEP AL HIWALAH


1.1 DEFINISI

 
Al Hiwalah dari segi bahasa ialah pindah. Menurut istilah ulama Hanafi mentakrifkan sebagai memindahkan tuntutan daripada tanggungan si berhutang kepada tanggungan orang yang sedia mengambil tanggungan.(1)(Wahbah Al Zuhaili, Fiqh Islami wa adillatuhu, Jilid 5, hlm 143)

Penulis kitab al Inayah telah mentakrifkan al Hiwalah sebagai pemindahan hutang daripada tanggungan si berhutang kepada penerima pindah hutang berdasarkan kepercayaan. (2)(ibid, hlm 143)

Ulama selain Hanafi mentakrifkan al Hiwalah sebagai satu aqad (kontrak) yang membawa kepada pemindahan tanggungan hutang kepada tanggungan hutang yang lain. (3)(ibid)

Ini bermakna al Hiwalah itu semacam akad (ijab qabul) pemindahan hutang dari tanggungan seseorang yang berhutang kepada orang lain, di mana orang lain itu mempunyai hutang pula kepada yang memindahkan. 4(H. Idris Ahmad S.H, Fiqh Syafii, Jilid 2, hlm 47)

Sebagai contohnya Ali mempunyai sejumlah hutang kepada Bakar. Sedang Bakar mempunyai sejumlah hutang pula kepada Umar, menurut jumlah yang sama. Oleh kerana Bakar tidak mampu untuk membayar hutangnya, maka Bakar berunding dengan Ali supaya hutangnya itu diminta saja kepada Umar. Dalam hal ini, maka Umarlah yang akan berhubungan langsung dengan Ali, sedang Bakar terlepas dari tanggungjawab hutang. (5)(ibid, hlm 47)

Maka Ali dinamakan Muhtal (dipindahkan haknya). Sedangkan Bakar dinamakan Muhil (memindahkan hak). Sementara Umar pula dinamakan Muhal alaih(menanggung hak).

 

1.2 DALIL PENSYARIATAN

 
Al-Hiwalah diharuskan syarak berdasarkan al sunnah dan ijma' kecuali pengurusan hutang dengan hutang.

 
1.2.1 Berdasarkan dalil daripada al sunnah : (6)(Wahbah Al Zuhaili, hlm 144)
 
Terjemahan : Orang kaya yang sengaja melambatkan membayar hutang adalah zalim, hendaklah dipindahkan hutang itu kepada orang kaya lain jika ada yang sudi.
Sebagai mana telah diriwayatkan oleh Al Baihaqi. Dala riwayat al Tabrani dla kitab Mu'jam al Wasit dengan lafaz :

Terjemahan : Siapa yang mampu melakukan pindahan hutang, maka hendakah ia lakukan.

Dalam riwayat Ahmad dan Ibn Shaybah dengan lafaz :

Terjemahan : Siapa yang mampu melakukan pindahan hutang, maka hendaklah ia lakukan. Mengikut jumhur perintah membuat pindah hutang satu perkara sunnah maka oleh itu tidak wajib menerima tawaran. Mengikut Abu Daud perintah tersebut adalah bermakna wajib, ia mesti diterima oleh pemiutang asal.

Mengikut al-Syaukani, hadis di atas menunjukkan bahawa pihak kedua, iaitu yang kemudiannya disebut sebagai al muhal wajib menerima tawaran al hiwalah oleh pihak pertama (al muhil). Bagaimana pun, kata beliau majoriti para ulama tidak berpendapat begitu. Sebaliknya mereka hanya mengatakan sunat bagi pihak kedua menerima tawaran itu . Itu pun kalau sekiranya pihak ketiga itu dilihat mampu melaksanakannya. (7)(Prof. Madya Datin Paizah Haji Ismail, Fiqh Malaysia.com)

1.2.2 Berdasarkan dalil Ijma' :


Dari segi ijma' bahawa ahli ilmu pada keseluruhannya mengharuskan pindah hutang yang tidak berbentuk barang/benda kerana al hiwalah adalah perpindahan hutang. Oleh sebab itu harus pada wang atau kewajipan financial. (8)(Muhammad Syafii Antonio, Bank Syariah dari Teori ke Praktik 2001, hlm 127)

 
Menurut Ikhwan Abidin Basri, MA di dalam tulisannya menyatakan bahawa pada prinsipnya para ulama telah sepakat dibolehkannya akad hiwalah ini. Hiwalah yang mereka sepakati adalah hiwalah dalam hutang piutang bukan pada barang konkrit.

 

1.3 RUKUN AL HIWALAH

 
Menurut mazhab Hanafi rukun hiwalah ada dua iaitu ijab yang diucapkan oleh Muhil dan qabul yang diucapkan oleh Muhal dan Muhal alaih. Sedangkan menurut jumhur ulama rukun hiwalah ada enam macam iaitu: (9)(H. Sulaiman Rasjid, Fiqh Islam, hlm 299)

1. Muhil ( orang yang berhutang dan berpiutang).
2. Muhal ( orang yang berpiutang).
3. Muhal alaih ( orang yang berhutang).
4. Hutang muhil kepada muhal
5. Hutang Muhal alaih kepada Muhil.
6. Sighah (lafaz aqad).

Penjelasan, umpama A (muhil) berhutang dengan B (muhal) dan A berpiutang dengan C (muhal alaih), jadi A adalah orang yang berhutang dan berpiutang , B hanya berpiutang dan C hanya berhutang. Kemudian A dengan persetujuan B menyuruh C membayar hutangnya kepada B, setelah terjadi aqad hiwalah, terlepaslah A dari hutangnya kepada B, dan C tidak berhutang dengan A, tetapi hutangnya kepada A, telah berpindah kepada B bererti C harus membayar hutangnya itu kepada B tidak lagi kepada A.


 
1.4 SYARAT AL HIWALAH

 
Syarat al hiwalah ini berkaitan dengan Muhil, Muhal, Muhal Alaih dan Muhal Bih(hutang yang dipindahkan).

1.4.1 Syarat Muhil (Pemindah Hutang)

 
Ia disyaratkan harus dengan dua syarat : (10)(Wahbah al Zuhaili, hlm 146)

1.4.1.1 Berkemampuan untuk melakukan akad (kontrak). Hal ini hanya dapat dimiliki jika ia berakal dan baligh. Hiwalah tidak sah dilakukan oleh orang gila dan kanak-kanak kerana tidak mampu atau belum dapat dipandang sebagai orang yang bertanggung secara hukum.

1.4.1.2 Kerelaan Muhil. Ini disebabkan kerana hiwalah mengandungi pengertian pelupusan hak milik sehingga tidak sah jika ia dipaksakan. Ibn Kamal berkata dalam al Idah bahawa syarat kerelaan pemindah hutang diperlukan ketika berlaku tuntutan.

 

1.4.2 Syarat Muhal (Pemiutang Asal)

Ia terdiri dari tiga syarat : (11)(ibid, hlm 147)

 
1.4.2.1 Ia harus memiliki kemampuan untuk melaksanakan kontrak. Ini sama dengan syarat yang harus dipenuhi oleh Muhil.

1.4.2.2 Kerelaan dari Muhal kerana tidak sah jika hal itu dipaksakan.

1.4.2.3 Penerimaan penawaran hendaklah berlaku dalam majlis aqad. Ini adalah syarat beraqad.

 

1.4.3 Syarat Muhal Alaih (Penerima Pindah Hutang)

 
1.4.3.1 Sama dengan syarat pertama bagi Muhil dan Muhal iaitu berakal dan baligh.

1.4.3.2 Kerelaan. Kalau ada unsur-unsur paksaan dala penerimaan pindah hutang, aqadnya tidak sah Ulama Maliki tidak mensyaratkan kerelaan bagi penerima hiwalah.

1.4.3.3 Penerimaan hendaklah dibuat dalam majlis aqad. Menurut Abu Hanifah da Muhammad, syarat ketiga ini adalah syarat beraqad.

 

1.4.4 Syarat Muhal Bih (Hutang).

 
Para ulama sekata bahawa hutang yang dipindahkan memenuhi dua syarat : (12)(ibid, hlm 148)


1.4.4.1 Ia hendaklah hutang yang berlaku pada pemiutang da pemindah hutang. Sekiranya ia bukan hutang, kedudukan aqadnya menjadi perwakilan. Implikasinya, hiwalah dalam bentuk baran yang ada tidak sah, kerana ia tidak sabit dalam tanggungan.

1.4.4.2 Hutang tersebut hendaklah berbentuk hutang lazim. Hutang yang tidak lazim tidak sah dipindahkan, seperti bayaran ganjaran yang mesti dibayar oleh hamba makatab (hamba yang dibenarkan menebus diri dengan bayaran), kerana hutangnya tidak boleh dianggap sebagai hutang lazim. Ringkasnya, setiap hutang yang tidk sah untuk tujuan jaminan, ia tidak sah juga untuk dipindah-pindahkan.

 

1.5 JENIS AL HIWALAH


1.5.1 Hiwalah Mutlak. (13)(ibid, hlm 149)

Misalnya, B memindahkan hutang kepada C dengan tidak mengaitkan hutang C darpada B, dan C menerima pindahan tersebut. Dalam kes ini ulama Hanafi tidak menyatakan apa-apa pandangan sama ada harus atau tidak. Mazhab yang tiga selain Mazhab Hanafi mengatakan pindah hutang dalam bentuk mutlak di mana penerima pindah hutang itu tidak mempunyai hutang daripada pemindah hutang dianggap sebagai satu jaminan semata-mata.Itupun dengan syarat ketiga-tiga pihak rela (iaitu pemuitang asal, pemindah hutang dan penerima pindah hutang).

1.5.2 Hiwalah Bersyarat. (14)(ibid..)


Iaitu pemindah hutang memindahkan hutangnya kepada penerima pindah hutang disyaratkan penerima itu mempunyai hutang daripada pemindah. Pemindahan semacam ini diharuskan oleh semua para ulama.

1.5.3 Hiwalah Haq

Hiwalah ini adalah pemindahan piutang dari satu piutang kepada piutang yang lain dalam bentuk wang bukan dalam bentuk barang. Dalam hal ini yang bertindak sebagai Muhil adalah pemberi hutang dan ia mengalihkan haknya kepada pemberi hutang yang lain sedangkan orang yang berhutang tidak berubah atau berganti, yang berganti adalah piutang. Ini terjadi jika piutang A mempunyai hutang kepada piutang B.

1.5.4 Hiwalah Dayn

 
Hiwalah ini adalah pemindahan hutang kepada orang lain yang mempunyai hutang kepadanya. Ini berbeza dari hiwalah Haq. Pada hakikatnya hiwalah dayn sama pengertiannya dengan hiwalah yang telah diterangkan terdahulu.

1.6 PENAMATAN AQAD HIWALAH

Aqad hiwalah boleh tamat dengan sebab-sebab berikut : (15)(ibid, hlm 154)

 
1.6.1 Fasakh. Jika aqad hiwalah difasakhkan atau dibatalkan hak pemiutang aal kembali kepada pemindah hutang.

1.6.2 Halangan syar'i. Di antara halangan syar'i ialah pemindah hutang mati, muflis dan lain-lain.

1.6.3 Penerima pindah hutang membayar hutang kepada pemiutang asal. dengan pelunasan itu, maka tamatlah aqad pindah hutang dan hukumnya pun selesai.

1.6.4 Pemiutang mati dan harta hutang itu menjadi waris kepada penerima pindah hutang. Oleh kerana warisan itu satu punca hakmilik, maka dengan warisan itu penerima pindah hutang menjadi pemilik.

1.6.5 Pemiutang asal menghibahkan hartanya kepada penerima pindah hutang dan hibah itu diterima.

1.6.6 Pemiutang asal mensedekahkan hartanya kepada penerima pindah hutang da ia menerima. Hibah dan sedekah di sini semakna dengan warisan dan pelunasan hutang

1.6.7 Pemiutang asal melupuskan hutangnya daripada penerima pindah hutang.


BAB 2 : AL HIWALAH DI DALAM SISTEM PERBANKAN


2.1 KIRIMAN WANG (REMITTANCE)
 

Bank Negara Malaysia mendefinisikan al Hiwalah sebagai suatu konsep yang merujuk kepada pengiriman dana/hutang daripada akaun depositor/peminjam kepada akaun penerima/pemberi pinjam di mana komisen atau upah dikenakan untuk perkhidmatan tersebut. (16)(Jabatan Ekonomi, Wang da Urusan Wang di Malaysia, hlm 361)
Menurut Sudin Harun al Hiwalah (Remittance) adalah merupakan suatu proses pemindahan yang merujuk kepada wang atau hutang dari satu pihak ke satu pihak yang lain atau dari suatu akaun ke akaun yang lain dan bank mendapat bayaran kerana perkhidmatan yang diberikan. (17)(Sudin Harun, Prinsip dan Operasi Perbankan Islam, hlm 79)
Secara teknikal instrumen al Hiwalah adalah pindahan wang daripada satu tempat kepada satu tempat yang lain. Kiriman wang bank tidak melibatkan pergerakan wang tunai secra fizikal. Kiriman wang boleh dilakukan secara perintah wang (cek jurubank), draf permintaan, pindhan mel atau pindahan bertelegraf. (18)(Johnson Pang & Nathaniel G Saravarimuthu, Pengurusan Bank di Malaysia, hlm 69)

Kiriman wang keluar melibatkan pembayaran wang, tidak seperti kiriman wang masuk yang memberi makna menerima wang. Kiriman wang keluar setempat/ tempatan akan melibatkan pindahan Ringgit Malaysia kepada penerima dala Malaysia. (19)(ibid, hlm 69)
Kiriman wang keluar tempatan boleh dilakukan dengan menggunakan sesuatu darpada kaedah di atas. Perintah juruwang diambil daripada bank (cawangan) yag mengeluarkan kiriman tersebut. Kiriman wang ini biasanya digunakan untuk membuat pembayaran dalam tempat yng sama.(20)(ibid.)

Sekiranya draf tempatan dikeluarkan, wang tersebut boleh diambil daripada cawangan domestik atau bank Penghubung tempatan/agen bagi bank tersebut. Begitu juga pindahan mel atau pindahan bertelegraf boleh dilakukan melalui cawangan Domestik atau Bank penghubung Tempatan/agen. (21)(ibid)

Kiriman wang keluar asing akan melibatkan pindahan wang dalam bentuk mata wang asing atau Ringgit Malaysia daripada Malaysia kepada penerima di luar Malaysia (wilayah Berjadual). Perintah juruwang biasanya tidak digunakan untuk kiriman wang asing. (22)(ibid)

Walau bagaimanapun sekiranya perintah juruwang tersebut dimasukkan ke dalam bank atau disimpan untuk diambil dibank luar Malaysia, tindakan ini boleh dianggap sebagai kiriman wang keluar asing apabila perintah juruwang itu dijelaskan. Kiriman wang keluar asing selalunya dilakukan melalui bank draf, pindahan mel atau pindahan bertelegraf yang diambil atau dilaksanakan melalui cawangan Bank Seberang Laut atau Penghubung Asing Bank. Apaeruntukan akta Kawalan Pertukaran Malaysia mestilah dipatuhi, mengikut keperluan, bagi kiriman keluar wang asing. (23)(ibid)


2.1.1 Perintah Juruwang (Banker's cheque)

Perintah juruwang atau cek juruwang ialah cek yang dikeluarkan oleh pihak bank untuk pembayaran kepada penerima tertentu. (24)(Shaari Abdul Hamid, Kamus Perbankan, hlm 22)

Perintah juruwang juga dikenali sebagai cek jurubank atau perintah pembayaran, adalah cek yang dikeluarkan oleh sesebuah bank. Cek ini boleh diambil dan dibayar di bank (cawangan) yang mengeluarkan cek itu sendiri. Mengikut amalan, bank memalang perintah juruwang dengan perkataan 'TIDAK BOLEH NIAGA AKAUN PENERIMA SAHAJA'. (25)(Johnson Pang & Nathaniel G Savarimuthu, hlm 70)

Perintah juruwang diguna dengan meluasnya untuk membuat pembayaran terutamanya jika cek perseorangan tidak diterima dan pembayaran wang tunai tidak digalakkan. Apabila dijelaskan, perintah juruwang boleh digunakan sebagai bukti pembayaran. Scara umumnya, perintah juruwang dianggap baik untuk membuat pembayaran oleh sebab ia dikeluarkan oleh bank. (26)(ibid.)

Bank mengenakan komisen (caj) dan cukai setem untuk mengeluarkan perintah juruwang. Apa yang diperlukan untuk memohon perintah juruwang adala jumlah wang dan nama penerima. Jumlah perintah juruwang termasuk komisen dn ukai setem mestilah dibayar (sama ada dalam bentuk wang tunai ataudebit yang diberi kuasa untuk akaun pelanggan pemohon) kepada ank semasa membeli perintah juruwang. (27)(ibid)

Perintah juruwang boleh dibatalkan mengikut permintn pemohonnya. Lazimnya bank mengkehendaki pemohon tersebut menandatangani di belakang perintah juruwang itu. Pembayaran balik hanya dibuat dengan permintaan pemohon perintah juruwang. Pembayaran balik dalam bentuk wang tunai tidak akan dibuat kepada kaun bukan perseorangan seperti firma, syarikat, peratuan dan lain-lain. (28)(ibid)

2.1.2 Draf Permintaan (Demand Draf)

Draf permintaan atau draf serah adalah arahan bertulis yang meminta supaya pihak bank membayar sejumlah wang kepada penerima apabila ia dikemukakan. (29)(Shaari Abdul Hamid, hlm 27)

Draf permintaan adalah perintah bertulis tanpa syarat yang dituju oleh satu bank kepada bank yang lain, ditandatangani oleh bank yang mengeluarkan draf dan mengkehendaki bank yang ditujui ini membayar jumlah wang yang dinyatakan di dalam dra tersebut atau mengikut orang yang dinyatakan dalam draf itu. (30)(Johnson Pang & Nathaniel G Savarimuthu, hlm 70)

Draf tempatan di Malaysia diambil dalam bentuk Ringgit Malaysia daripada cawangan atau bank Penghubung Tempatan/agen bank yang mengeluarkan draf tersebut. Bank mengenakan pertukaran dalaman dan cukai setem untuk mengeluarkan draf tempatan. Kadar semasa pertukaran dalaman adalah 0.03% setiap item, iaitu kadar minimum sebanyak 50 sen da kadar maksimum sebanyak RM 500.00. (31)(ibid, hlm 70)

Draf asing selalunya diambil dlam bentuk mata wang asing daripada cawangan luar negara atau bank penghubung/agen sing. Lazimnya komisen tida dikenakan oleh kerana bank tidak mendapat pendapatan daripada pertukaran asing. Apa yang diperlukan untuk memohon draf permintaan adalah nama penerima, mata wang dan jumlah wang yang perlu dikirim dan tempat yang draf tersebut boleh dibayar. (32)(ibid)

Draf yang dikeluarkan lazimnya diserahkan kepada pemohon yang kemudiannya akan mengemukakan kepada penerima. Pemohon boleh meminta bank memalang draf tersebut atau dia boleh memalangnya sendiri. Dala kes ini penerima mestilah menyimpan draf ini ke dalam akaunnya sebelum hasilnyaboleh diambil. Sekiranya draf tersebut tidak dipalang, penerima tersebut boleh mengambil wang tunai melalui kaunter setelah menunjukkan pengenalannya. (33)(ibid)
Draf boleh dibatalkan mengikut permintaan pemohon. Biasanya bank akan meminta pemohon menandatangani di belakang draf tersebut. Sekiranya draf dala mata wang asing dibatalkan, bank akan mrembayar balik setara dengan Ringgit Malaysia, jumlah mata wang asing yang biasanya dibeli pada kadar semasa. Dalam kes draf tempatan, bank akan membayar balik jumlah draf tersebut dengan potongan caj perkhidmatan. (34)(ibid)

Draf masuk adalah draf yang dikeluarkan oleh cawangan lain atau Bank Penghubung sama ada di luar negeri atau di tempat lain di bank yang membayar atau cawangan bank. Sekiranya draf ini dikemukakan di kaunter atau melalui penjelasan di bank yang membayar, ia akan dibayar sekiranya didapati teratur dari segala segi. (35)(ibid)


2.1.3 Pindahan Bertelegraf (Telegraphic Transfer)

Pindahan bertelegraf adalah suatu cara untuk memindahkan wang/dana sama ada melalui kabel, teleks atau faks. Pihak bank pengirim wang/dana akan mengirim suatu pesanan kepada cawangannya atau individu penerima kiriman di luar negara yang berisi tentang pembayaran pada pengenalan, kredit daripada akaun benefisiari, maklumat dan penjelasan pembayaran bagi benefisiari. Dana tersebut boleh didapati dari bank pengirim wang, bank penerima wang atau wang antarabangsa yang dapat diterima. (36)(Gerald Klein, Dictionary of Banking, hlm 256)


2.1.4 Pindahan Mel (Mail Transfer)

Pemindahan Mel adalah sama seperti pemindahan bertelegraf kecuali pada hakikat bahawa arahan kepada bank dibuat secara bertulis dalam borang bank yang standard. Peraturan bagi memohon pemindahan mel juga sama dengan pemohon draf dan pemindahan bertelegraf. (37)(Johnson Pang & Nathaniel G Savarimuthu, hlm 70)

2.1.5 Arahan Tersedia (Standing Instructions)

Arahan tetap atau arahan tersedia merupakan suatu arahan yang dibuat oleh pelanggan bank supaya membayar sejumlah wang yang tertentu pada tarikh tertentu kepada penerima tertentu, secara berkala. (38)(Shaari Abdul Hamid, hlm 9)
Kebiasaanya pelanggan menyerahkan bank untuk melaksanakan kiriman wang dari semasa ke semasa da mendebit daripada akaunnya. Arhan seperti ini disebut arahan tersedia. Pelanggan menggunakan perkhidmatan ini yang disediakan oleh banknya untuk melakukan kiriman wang berkala atau pembayaran premium insurans, pembayaran ansuran pinjaman dan lain-lain. (39)(opcit)

2.1.6 Cek Kembara (Travel Cheque)

Cek kembara ialah cek yang dikeluarkan pada denominasi tertentu dalam mata wang antarabangsa utama bagi tujuan perjalanan. Pemilik cek ini diminta membayar harga cek berserta dengan komisen. Ia juga dikehendaki menurunkan tandatangannya di ruang tertentu pada cek di hadapan pegawai bank yang mengeluarkan cek tersebut. Apabila digunakan untuk pembayaran, ia dikehendaki menurunkan tandatangannya sekali lagi di hadapan penerima cek. (40)(Shaari Abdul Hamid, hlm 22)


2.2 PENUTUP

Al hiwalah merupakan pindahan yang mana ia merangkumi hutang dan juga dana. Walaupun pada asalnya kalau dilihat pada makna iaitu pindahan yang melibatkan hutang bagi tiga orang, tetapi al Hiwalah ini boleh diketengahkan lagi konsepnya kepada kiriman wang (remittance). Para pengkaji mendapati al Hiwalah dan Remittance mempunyai kaedah yang sama iaitu dari sudut pemindahan tanggung jawab (zimmah) dari seorang kepada seorang yang lain. Soal ia hutang atau atau tidak, itu tidak menjadi persoalan kerana hutang turut merupakan satu tanggung jawab seperti mana tercatat melalui jenis al Hiwalah Mutlaqah yang tidak menuntut kaitan dengan wang yang dihutang.

Sebab itulah Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) telah mengguna pakai konsep ini tidak hanya kepada hutang tetapi telah digunakan dalam pemindahan dana dari seorang kepada seorang yang lain kerana kedua-duanya mempunyai konsep yang sama. Bagi melancarkan lagi perlaksanaan produk ini, pihak BIMB telah menggabungkan konsep iaitu konsep al Hiwalah dan Wakalah bi Ujrah. Konsep Wakalah bi Ujrah ini digunapakai untuk membolehkan pihak bank menerima komisen dalam pemindahan dana yang dilaksanakan.

 
Sungguhpun perlaksanaannya telahpun berlaku sebagaimana yang telah dipraktikkan oleh BIMB, namun perlu juga dilihat kepada beberapa kelemahan dan kekurangan yang ada supaya dapat meningkatkan lagi sistem muamalat Islam di arena perbankan di Malaysia khususnya dan di dunia amnya.
Beberapa saranan dari penulis untuk memartabatkan lagi sistem muamalat Islam iaitu :

  1. Penulis menyarankan istilah al Hiwalah digunapakai bagi menggantikan istilah kiriman wang atau remittance. Dengan penggunaan istilah ini setidak-tidaknya masyarakat akan dapat tahu bahawa ia sebahagian daripada teori muamalat Islam.
  2. Setiap kali kiriman wang hendak diproses ia mengenakan caj atau bayaran upah atau komisen. Di sini penulis mencadangkan agar kadar upah/komisen itu dihapuskan atau dikurangkan.

  3. Konsep ini perlu dipraktikan kepada bank-bank yang lain.
  4. Konsep ini perlu diperluaskan lagi umpamanya boleh digabungkan lagi dengan konsep-konsep yang lain.


Diharapkan kertas kerja ini dapat memberikan manfaat kepada semua.



2.3 RUJUKAN


Wahbah al Zuhaili, 1999, Fiqh Islami wa Adillatuhu, Jld 5,Dewan Bahasa dan Pustaka

H. Idris Ahmad S.H, 1995, Fiqh Syafii, Jld 3, Kuala Lumpur :Pustaka Antara Sdn Bhd

H. Sulaiman Rasjid, Fiqh Islam, Jakarta : Penerbit Attahiriyah

Muhammad Syafi'i Antonio, 2001, Bank Syariah Dari Teori ke Prakrik, Jakarta : Gema Insani

Sudin Harun, Prinsip dan Operasi Perbankan Islam, Kuala Lumpur : Berita Publishing Sdn Bhd.

Shaari Abdul Hamid, 1998, Kamus Perbankan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Johnson Pang & Nathaniel G Saravarimuthu, 1991, Pengurusan Bank di Malaysia, Selangor : Longman Malaysia.

Jabatan Ekonomi, 1994, Wang dan Urusan Wang di Malaysia, Kuala Lumpur : Bank Negara Malaysia.

Gerald Klein, 1995, Dictionary of Banking, Kuala Lumpur : International Law Book Services.