بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
Nabi Muhammad adalah
insan yang begitu dipuja oleh umat Islam, sebagai manusia sempurna
dengan membawa rahmat bagi seluruh alam, cerita tentang kehidupannya
ratusan tahun yang lalu masih menjadi topik yang hangat untuk
diperbincangkan oleh para pakar di seluruh dunia, mari kita lihat
pendapat para pakar dunia di bawah ini :
.
“Pernah saya bertanya-tanya siapakah
tokoh yang paling mempengaruhi manusia .. Saya lebih dari yakin bahawa
bukan pedanglah yang memberikan kebesaran pada Islam pada masanya. Tapi
ia datang dari kesederhanaan, kebersahajaan, berhati-hati Muhammad;
serta pengabdian luar biasa kepada rakan-rakan dan pengikutnya,
tekadnya, keberaniannya, serta keyakinannya pada Tuhan dan tugasnya.
Semua ini (dan bukan pedang) menyingkirkan segala halangan. Ketika saya
menutup laman terkini volume 2 (biografi Muhammad), saya sedih kerana
tiada lagi cerita yang tersisa dari hidupnya yang agung.
![George_bernard_shaw](https://shafiqolbu.files.wordpress.com/2012/05/george_bernard_shaw.jpg?w=192&h=294)
2. Sir George Bernard Shaw
(The Genuine Islam, ‘Vol. 1, No. 8, 1936)
.
“Jika ada agama yang berpeluang menguasai Inggeris bahkan Eropah, beberapa ratus tahun dari sekarang, Islam-lah agama tersebut.”
Saya sentiasa menghormati agama Muhammad
kerana potensi yang dimilikinya. Ini adalah satu-satunya agama yang bagi
saya mempunyai kemampuan menyatukan dan merubah peradaban. Saya sudah
mempelajari Muhammad sesosok peribadi agung yang jauh dari kesan seorang
anti-kristus, dia harus dipanggil “sang penyelamat kemanusiaan”.
“Saya yakin, apabila orang semacam
Muhammad memegang kekuasaan tunggal di dunia moden ini, dia akan berjaya
mengatasi segala permasalahan sedemikian hingga membawa kedamaian dan
kebahagiaan yang diperlukan oleh dunia: Ramalanku, keyakinan yang
dibawanya akan diterima Eropah di masa datang dan memang ia telah mulai
diterima Eropah saat ini.”
Dia adalah manusia teragung yang pernah
menginjakkan kakinya di bumi ini. Dia membawa sebuah agama, mendirikan
sebuah bangsa, meletakkan dasar-dasar moral, memulakan sekian banyak
gerakan pembaharuan sosial dan politik, mendirikan sebuah masyarakat
yang kuat dan dinamik untuk melaksanakan dan mewakili seluruh ajarannya,
dan ia juga telah merevolusi fikiran serta perilaku manusia untuk
seluruh masa yang akan datang.
Dia adalah Muhammad (SAW). Dia lahir di
Arab tahun 570 Masehi, memulakan misi mengajarkan agama kebenaran, Islam
(penyerahan diri pada Tuhan) pada usia 40 dan meninggalkan dunia ini
pada usia 63. Sepanjang masa kenabiannya yang pendek (23 tahun) dia
telah merubah Semenanjung Arab daripada paganisme dan pemuja makhluk
menjadi para pemuja Tuhan yang Esa, dari peperangan dan perpecahan
antara suku menjadi bangsa yang bersatu, dari kaum pemabuk dan pengacau
menjadi kaum pemikir dan penyabar, dari kaum tak berhukum dan permusuhan
menjadi kaum yang teratur, dari kebobrokan ke keagungan moral. Sejarah
manusia tidak pernah mengenal transformasi sebuah masyarakat atau tempat
sedahsyat ini bayangkan ini terjadi dalam kurun waktu hanya sedikit di
atas DUA DEKAD.
.
.
![Mike Hart](https://shafiqolbu.files.wordpress.com/2012/05/mike-hart.jpg?w=570)
(The 100: A Rankin G Of The Most Influential Persons In History, New York, 1978)
.
Pilihan saya untuk menempatkan Muhammad
pada urutan teratas mungkin mengejutkan semua pihak, tapi dialah
satu-satunya orang yang berjaya baik dalam lakaran sekular mahupun agama
(hal. 33). Lamar Tine, seorang sejarawan terkemuka menyatakan bahawa: “Jika
keagungan sebuah tujuan, kecilnya kemudahan yang diberikan untuk
mencapai tujuan tersebut, serta menakjubkannya hasil yang dicapai
menjadi tolok ukur kepintaran seorang manusia; siapakah yang berani
membandingkan tokoh hebat manapun dalam sejarah moden dengan Muhammad?”
Tokoh-tokoh itu membina pasukan, undang-undang dan kerajaan saja.
Mereka hanyalah mencipta kekuatan-kekuatan material yang hancur bahkan
di depan mata mereka sendiri.
Muhammad bergerak tidak hanya dengan
tentera, undang-undang, kerajaan, rakyat dan dinasti, tapi berjuta-juta
manusia di dua per tiga wilayah dunia saat itu, lebih dari itu, ia telah
merubah altar-altar pemujaan, sesembahan, agama, fikiran, kepercayaan
serta jiwa. Kesabarannya dalam kemenangan dan cita-citanya yang
dipersembahkan untuk satu tujuan tanpa sama sekali berhasrat membangun
kekuasaan, sembahyang-sembahyangnya, dialognya dengan Tuhan,
kematiannnya dan kemenangan-kemenangan (umatnya) setelah kematiannya;
semuanya membawa keyakinan umatnya hingga ia mempunyai kekuatan untuk
mengembalikan sebuah dogma. Dogma yang mengajarkan ketunggalan dan
keghaiban (immateriality) Tuhan yang mengajarkan siapa sesungguhnya
Tuhan. Dia singkirkan tuhan palsu dengan kekuatan dan mengenalkan tuhan
yang sesungguhnya dengan polisi. Seorang ahli falsafah yang juga seorang
orator, apostle (hawariyyun, 12 orang pengikut Yesus-pen.), Askar, ahli
hukum, penakluk idea, pengembali dogma-dogma rasional dari sebuah
ajaran tanpa pengidolaan, pengasas 20 kerajaan di bumi dan satu kerajaan
spiritual, ialah Muhammad. Dari semua standard bagaimana kehebatan
seorang manusia diukur, mungkin kita patut bertanya: adakah orang yang
lebih agung dari dia? “
.
.
![lamartine](https://shafiqolbu.files.wordpress.com/2012/05/lamartine2.jpg?w=225&h=300)
(Histoire De La Turquie, Paris, 1854, Vol. II, pp 276-277)
.
“Dunia telah menyaksikan banyak
peribadi-peribadi agung. Namun, dari orang-orang tersebut adalah orang
yang berjaya pada satu atau dua bidang saja misalnya agama atau tentera.
Hidup dan ajaran orang-orang ini seringkali terselimuti kabut waktu dan
zaman. Begitu banyak spekulasi tentang masa dan tempat lahir mereka,
cara dan gaya hidup mereka, sifat dan detail ajaran mereka, serta tahap
dan saiz kejayaan mereka sehingga sukar bagi manusia untuk membina
semula ajaran dan hidup tokoh-tokoh ini.
Tidak demikian dengan orang ini. Muhammad
(SAW) telah begitu tinggi menggapai dalam pelbagai bidang pikir dan
perilaku manusia dalam sebuah episod cemerlang sejarah manusia. Setiap
terperinci dari kehidupan peribadi dan ucapan-ucapannya telah secara
tepat didokumentasikan dan dijaga dengan teliti sampai saat ini.
Keaslian ajarannya begitu terjaga, tidak saja oleh kerana carian yang
dilakukan oleh para pengikut setianya tetapi juga oleh para
penentangnya. Muhammad adalah seorang agamawan, reformis sosial, teladan
moral, pentadbir massa, sahabat setia, teman yang menyenangkan, suami
yang penuh kasih dan seorang ayah yang penyayang – semua menjadi satu.
Tiada lagi manusia dalam sejarah melebihi
atau bahkan menyamainya dalam setiap aspek kehidupan tersebut-hanya
dengan keperibadian seperti dia-lah keagungan seperti ini dapat diraih. “
![K.S.Ramakrishna Rao](https://shafiqolbu.files.wordpress.com/2012/05/k-s-ramakrishna-rao.jpg?w=217&h=300)
(Professor Philosophy dalam bookletnya, “Muhammad, The
Prophet of Islam”)
.
Keperibadian Muhammad, hhmm sangat
sulit untuk menggambarkannya dengan tepat. Saya pun hanya boleh
menangkap sekilas saja: betapa ia adalah lukisan yang indah. Anda boleh
lihat Muhammad sang Nabi, Muhammad sang pejuang, Muhammad sang
pengusaha, Muhammad sang negarawan, Muhammad sang orator ulung, Muhammad
sang pembaharu, Muhammad sang pelindung anak yatim-piatu, Muhammad sang
pelindung hamba sahaya, Muhammad sang pembela hak wanita, Muhammad sang
hakim, Muhamad sang pemuka agama. Dalam setiap peranannya tadi, ia
adalah seorang pahlawan.
Saat ini, 14 abad kemudian,
kehidupan dan ajaran Muhammad tetap selamat, tiada yang hilang atau
berubah sedikit pun. Ajaran yang menawarkan secercah harapan abadi
tentang ubat untuk segala penyakit kemanusiaan yang ada dan telah ada
sejak masa hidupnya. Ini bukanlah tuntutan seorang pengikutnya tapi juga
sebuah simpulan tak dapat dielakkan dari sebuah analisis sejarah yang
kritis dan tidak bias.
.
.
6. Prof. Snouck Hurgronje
Liga bangsa-bangsa yang ditubuhkan Nabi
umat Islam telah meletakkan dasar-dasar persatuan antarabangsa dan
persaudaraan manusia di atas asas yang universal yang menerangi bagi
bangsa lain. Buktinya, sampai saat ini tiada satu bangsa pun di dunia
yang mampu menyamai Islam dalam capaiannya mewujudkan idea persatuan
bangsa-bangsa.
Dunia telah banyak mengenal konsep
ketuhanan, telah banyak individu yang hidup dan misinya lenyap menjadi
legenda. Sejarah menunjukkan tiada satu pun legenda ini yang menyamai
bahkan sebahagian dari apa yang Muhammad capai. Seluruh jiwa raganya ia
curahkan untuk satu tujuan: menyatukan manusia dalam pengabdian kepada
Tuhan dalam Peraturan-Peraturan ketinggian moral. Muhammad atau
pengikutnya tidak pernah dalam sejarah menyatakan bahawa ia adalah putra
Tuhan atau kelahiran semula Tuhan atau seorang jelmaan Tuhan dia selalu
sejak dahulu sampai saat ini menganggap dirinya dan dianggap oleh
pengikutnya hanyalah sebagai seorang pesuruh yang dipilih Tuhan.
.
.
(Dalam bukunya Heroes And Heroworship)
.
Betapa menakjubkan seorang manusia
sendirian dapat mengubah suku-suku yang saling berperang dan kaum nomad
(Baduy) menjadi sebuah bangsa yang paling maju dan paling bertamadun
hanya dalam masa kurang dari dua dekad.
“Kebohongan yang dipropagandakan kaum Barat yang diselimutkan kepada orang ini (Muhammad) hanyalah memalukan diri kita sendiri.”
Sesosok jiwa besar yang tenang, seorang
yang mahu tidak mahu harus dijunjung tinggi. Dia diciptakan untuk
menerangi dunia, begitulah perintah Sang Pencipta Dunia.
Thomas Carlyle, cendekiawan Inggeris itu, berkata, “Diantara
aib terbesar yang ada hari ini ialah bahawa seorang cendekiawan
menerima begitu saja ucapan seseorang yang mengatakan bahawa Islam
adalah bohong dan Muhammad adalah penipu.
Saudaraku, apakah kalian pernah
menyaksikan, dalam sejarah, seorang pendusta yang mampu menyampaikan
sebuah agama yang sedemikian yang kukuh dan menyebarkannya ke seluruh
dunia? Saya yakin bahawa manusia harus bergerak sesuai dengan
undang-undang dan logik. Jika tidak, maka ia tidak akan mungkin mencapai
tujuannya. Mustahil bahawa manusia besar ini adalah seorang pembohong.
Kerana pada kenyataannya, kebenaran dan kejujuran adalah dasar semua
kerjanya dan asas semua sifat utamanya. “
Kemudian Carlyle menambah, “Pandangan
yang kukuh, pemikiran-pemikiran yang lurus, kecerdasan, kecermatan, dan
pengetahuannya akan kemaslahatan umum, merupakan bukti-bukti nyata
kepandaiannya. Kebutahurufannya justru memberikan nilai positif yang
sangat mengagumkan. Ia tidak pernah menukil pandangan orang lain, dan ia
tak pernah memperoleh setitis pun maklumat dari selainnya. Allah-lah
yang telah mencurahkan pengetahuan dan hikmah kepada manusia agung ini.
Sejak-sejak hari-hari pertamanya, ia sudah dikenali sebagai seorang
pemuda yang bijak, dipercayai dan jujur. Tak akan keluar dari mulutnya
suatu ucapan kecuali memberikan manfaat dan hikmah yang amat luas.”
Setelah itu, dengan emosi yang muncul dari pengetahuannya yang teliti tentang Rasul Allah SAW, Carlyle menambah, “Hati
manusia mulia putra padang pasir ini penuh dengan kebaikan dan kasih
sayang. Ajaran-ajarannya terjauh dari semangat egoisme, dan
pandangan-pandangannya bersih dari ketamakan kepada pangkat keduudkan
duniawi. Saya mencintai Muhammad dengan segenap wujud, kerana seluruh
wataknya sangat jauh dari tipu muslihat dan basa-basi. “
.
.
(Dalam bukunya “Peradaban Islam dan Arab)
.
Seperti yang ditulisnya, “Jika kita
ingin kita ingin mengukur kehebatan tokoh-tokoh besar dengan karya-karya
dan hasil kerjanya, maka harus kita katakan bahawa diantara seluruh
tokoh sejarah, Nabi Islam adalah manusia yang sangat agung dan ternama.
Walaupun selama 20 tahun, penduduk Makkah memusuhi Nabi sedemikian
kerasnya, dan tak pernah berhenti mengganggu dan menyakiti beliau,
tetapi pada masa Fathu Makkah (penaklukan kota Makkah), beliau
menunjukkan puncak nilai kemanusiaan dan kepahlawanan dalam
memperlakukan warga Makkah. Beliau hanya memerintahkan agar
patung-patung di sekitar dan di dalam Ka’bah dibersihkan. Hal yang patut
diperhatikan dalam keperibadian beliau ialah bahawa sebagaimana tidak
pernah takut menghadapi kegagalan, ketika memperoleh kemenangan pun
beliau tidak pernah menyombong dan tetap menunjukkan sikapnya yang
lurus. “
.
.
(Dalam dua buku sejarahnya, juga memuji Muhammad Rasul Allah.)
.
Beliau menulis, “Kita harus katakan
bahawa Muhammad adalah tokoh sejarah terbesar. Ketika memulakan
dakwahnya, negeri Arab adalah sebentang padang pasir kering dan kosong,
yang di beberapa kawasannya dihuni oleh sejumlah kaum Arab penyembah
berhala. Jumlah mereka kecil tapi perselisihan di antara mereka sangat
banyak.
Akan tetapi ketika beliau wafat, penduduk
Arab ini pula telah muncul sebagai umat yang bersatu dan kompak. Beliau
menghapuskan segala macam khurafat dan fanatisme dan menyuguhkan sebuah
agama dyang sederhana tapi kukuh dan terang benderang yang dibina di
atas dasar keberanian dan kemuliaan. Kitab beliau adalah Al-Quran dan
tak ada kitab lain yang mampu menandinginya dari segi kekuatan pengaruh
dan daya tariknya.”
Ia menyatakan penyesalannya terhadap
sikap tendensius terhadap Nabi Islam. Dalam bukunya yang ia tulis
berkenaan dengan Nabi Muhammad SAW, dengan segala kejujuran dan
kecintaan yang mendalam kepada Nabi, ia berusaha membersihkan segala
macam kedustaan dan tuduhan negatif dari kehidupan Nabi Muhammad, dan
mengajak orang-orang sesat ini untuk merenung dan berfikir dengan betul.
Diven Port menulis, “Dari segi
keindahan dan kebaikan watak dan perilaku, Muhammad memiliki
keistimewaan yang sangat tinggi. Mereka yang tidak mempunyai watak-watak
seperti inilah yang memandang beliau sebagai sesuatu yang tak bernilai.
Sebelum memulakan ucapannya, beliau
telah menarik para pendengar beliau, baik satu orang atau banyak, dengan
akhlak dan peringainya yang sangat mulia. Wajah beliau memancarkan
kewibawaan sekaligus daya tarikan yang amat kuat. Senyumnya yang indah
takpernah lepas dari bibir beliau. Pada akhirnya, hal-hal lembut dan
menarik selalu beliau masukkan dalam tutur kata beliau, memaksa setiap
orang memujinya. Oleh sebab itulah beliau dikenali sebagai tokoh agama
yang paling langka di dunia.”
.
.
11. Dosun, penulis Perancis(Dalam bukunya “Muhammad dan islam” menulis,)
“Pada umumnya, warga Perancis tidak
menaruh minat kepada pembahasan masalah-masalah keagamaan. Akan tetapi,
mereka yang taat beragama dan pemikir Perancis, mempunyai pandangan lain
kepada Islam. Hakikatnya ialah bahawa kemunculan Islam dan
penyebarannya termasuk diantara hasil karya besar dan amat penting
sejarah manusia. Di akhir abad ketujuh Islam mampu merambah ke Syria,
Iran, Mesir dan dunia Arab, dan menyebar di seluruh Afrika Utara, serta
menguasai seluruh pulau-pulau di laut Mediterranean, kemudian masuk pula
ke India dan China. Saat ini Islam telah memberikan pengarunya yang
luas dalam peradaban dunia serta dalam politik kontemporari. Kejayaan
perjuangan Muhammad saaw, dalam menggeser undang-undang yang berlaku di
negara-negara Asia, padahal mereka termasuk diantara negara terkuno di
dunia, serta ketahanan undang-undang Islam ini selama berabad-abad,
merupakan bukti terbaik yang menunjukkan kebenaran tokoh ini dan
keistimewaannya yang langka. “
.
.
(Speaking on the profession of ISLAM)
.
Saya percaya bahawa Tuhan adalah tunggal
dan Muhammad adalah pesuruh-Nya adalah pengakuan kebenaran Islam yang
simpel dan seragam. Tuhan tidak pernah dihinakan dengan pujaan-pujaan
kemakhlukan; penghormatan terhadap Sang Nabi tidak pernah berubah
menjadi pengkultusan berlebihan dan prinsip-prinsip hidupnya telah
memberinya penghormatan dari pengikutnya dalam batas-batas akal dan
agama.
.
.
13. History Of The Saracen Empires(London, 1870, p. 54).
.
Muhammad tidak lebih dari seorang manusia
biasa. Tapi ia adalah manusia dengan tugas mulia untuk menyatukan
manusia dalam pengabdian terhadap satu dan hanya satu Tuhan dan untuk
mengajarkan hidup yang jujur dan lurus sesuai perintah Tuhan. Dia selalu
menggambarkan dirinya sebagai ‘hamba dan pesuruh Tuhan dan demikianlah
juga setiap tindakannya..
.
.
(S. Naidu, IDEALS OF ISLAM, vide Speeches & Writings, Madras, 1918, p. 169)
.
Inilah agama pertama yang mengajarkan dan
mengamalkan demokrasi; di setiap masjid, ketika azan dikumandangkan dan
jemaah telah berkumpul, demokrasi dalam Islam terwujud lima kali sehari
ketika seorang hamba dan seorang raja berlutut berdampingan dan
mengakui: ‘Allah Maha Besar’. Saya terpukau lagi dan lagi oleh kebersamaan Islam yang secara naluriah membuat manusia menjadi bersaudara.
15. Diwan Chand Sharma
(D.C. Sharma, THE PROPHETS OF THE EAST, Calcutta, 1935, pp. 12)
.
“Muhammad adalah sosok penuh kebaikan, pengaruhnya dirasakan dan tak pernah dilupakan orang-orang terdekatnya.
.
.
(“Islam: The Misunderstood Religion,” in READER’S DIGEST (American edition), May 1955, pp. 68-70.}
.
Muhammad, seorang inspirator yang
mendirikan Islam, dilahirkan pada tahun 570 masehi dalam masyarakat Arab
penyembah berhala. Yatim semenjak kecil dia secara khusus memberikan
perhatian kepada fakir miskin, yatim piatu dan janda, serta hamba sahaya
dan kaum lemah. Di usia 20 tahun, dia sudah menjadi seorang usahawan
yang berjaya, dan menjadi pengelola perniagaan seorang janda kaya.
Ketika mencapai usia 25, sang majikan melamarnya. Meskipun usia
perempuan tersebut 15 tahun lebih tua Muhammad menikahinya dan tetap
setia kepadanya sepanjang hayat si isteri.
“Seperti halnya para nabi lain, Muhammad
memulakan tugas kenabiannya dengan sembunyi2 dan ragu2 kerana menyedari
kelemahannya. Tapi “Baca adalah perintah yang diperolehnya,-dan walaupun
sampai saat ini diyakini bahawa Muhammad tidak boleh membaca dan
menulis dan keluarlah dari mulutnya satu ayat yang akan segera mengubah
dunia:” Tiada tuhan selain Tuhan.
“Dalam setiap hal, Muhammad adalah
seorang yang mengutamakan akal. Ketika puteranya, Ibrahim, meninggal
disertai gerhana dan menimbulkan anggapan umatnya bahawa hal tersebut
adalah wujud rasa belasungkawa Tuhan kepadanya, Muhammad berkata:
“Gerhana adalah sebuah kejadian alam biasa, adalah suatu kebodohan
mengaitkannya dengan kematian atau kelahiran seorang manusia.”
Sesaat setelah ia meninggal, sebahagian
pengikutnya hendak memujanya sebagaimana Tuhan dipuja, akan tetapi
penerus kepemimpinannya (Abu Bakar-pen.) Menepis keingingan ummatnya itu
dengan salah satu pidato keagamaan terindah sepanjang masa: ‘Jika ada
diatara kalian yang menyembah Muhammad, maka ketahuilah bahawa ia telah
meninggal. Tapi jika Tuhan-lah yang hendak kamu sembah, ketahuilah
bahawa Ia hidup selamanya (Ayat berkaitan: QS Al Imran, 144 – pen.)
.
.
(Mohammad At Mecca, Oxford, 1953, p. 52.)
.
“Kesediaannya menempuh cabaran atas
keyakinannya, ketinggian moral para pengikutnya, serta pencapaiannya
yang luar biasa semuanya menunjukkan integritasnya. Mengira Muhammad
sebagai seorang penipu hanyalah memberikan masalah dan bukan jawaban.
Lebih dari itu, tiada figur hebat yang digambarkan begitu buruk di Barat
selain Muhammad.
.
.
18. Annie Besant
(The Life And Teachings Of Muhammad, Madras, 1932, p.)
.
“Sangat mustahil bagi seseorang yang
mempelajari karakter Nabi Bangsa Arab, yang mengetahui bagaimana
ajarannya dan bagaimana hidupnya untuk merasa kan selain hormat terhadap
beliau, salah satu utusan-Nya. Dan meskipun dalam semua yang saya
gambarkan banyak hal-hal yang terasa biasa, namun setiap kali saya
membaca semula kisah-kisahnya, setiap kali pula saya mersakan kekaguman
dan penghormatan kepada sang Guru Bangsa Arab tersebut. “
.
.
(Mohammad And Mohammadanism, London, 1874, p. 92.)
.
Dia adalah perpaduan Caesar dan Paus;
tapi dia adalah sang Paus tanpa pretensinya dan seorang caesar tanpa
Legionnaire-nya: tanpa tentera, tanpa pengawal, tanpa istana, tanpa
pengahasilan tetap, jika ada seorang manusia yang pantas untuk berkata
bahawa dia-lah wakil Tuhan penguasa dunia, Muhammad lah orang itu,
kerana dia memiliki kekuatan meski ia tak memiliki segala instrument
atau penyokongnya.
.
.
20. John William Draper, MD, LLD
(A History of the Intellectual Development of Europe, London 1875, Vol.1, pp.329-330)
.
“Empat tahun setelah kematian Justinian,
pada 569 AD, telah lahir di Makkah Arabia seorang manusia yang sangat
besar pengaruhnya terhadap ummat manusia Muhammad.
21. John Austin
(“Muhammad the Prophet of Allah,” in TP ‘S and Cassel’ s Weekly for 24th September 1927.)
.
Dalam kurun waktu hanya sedikit lebih dari satu tahun, ia telah
menjadi pemimpin di Madinah. Kedua tangannya memegang sebuah tuas yang
siap menggoncang dunia.
.
“Pasteur dan Salk adalah pemimpin dalam
satu hal (intelektual-pen). Gandhi dan Confucius pada hal lain serta
Alexander, Caesar dan Hitler mungkin pemimpin pada kategori kedua dan
ketiga (reliji dan tentera pen.). Jesus dan Buddha mungkin hanya pada
kategori kedua. Mungkin pemimpin terbesar sepanjang masa adalah
Muhammad, yang berjaya pada ketiga-tiga kategori tersebut. Dalam skala
yang lebih kecil Musa melakukan hal yang sama.
Sumber :
- Buku The Super Leader The Super Manager Muhammad SAW karya Dr.Muhammad Syafii Antonio,M.Ec.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
Disalin dari: http://shafiqolbu.wordpress.com/2012/05/14/nabi-muhamad-saw-di-mata-para-tokoh-dunia/
No comments:
Post a Comment