Allah Ta’ala berfirman dalam surah
al-Nahl ayat 43 dan surah al-Anbiya ayat 7;
فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
“Maka tanyakanlah kepada orang yang berilmu, jika kamu tidak
mengetahui”.
Ini
adalah prinsip asas ajaran al-Qur’an yang jelas, yang memiliki pengaruh besar
dalam meluruskan perjalanan manusia menuju Tuhannya, mengatur ibadah, muamalah,
dan perilaku-perilakunya, serta mengetahui apa yang samar atau bermasalah
baginya dalam urusan agama dan dunianya.
Kita
perlu mengetahui perbezaan antara urusan agama dan urusan dunia. Lalu, kepada
siapa kita harus bertanya? Ayat di atas sudah menjawab pertanyaan tersebut.
Urusan agama ditanyakan kepada ulama (orang yang berilmu dalam hal agama) dan
urusan dunia pula ditanyakan kepada yang ahli (pakar) dalam bidangnya.
Dari
penjelasan di atas, dapat disimpulkan bahawa kita dilarang atau diharamkan bertanya
sesuatu perkara atau mempelajari sesuatu ilmu kepada orang bukan ahli dalam
bidangnya, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan urusan agama.
Hal
ini ditegaskan dalam sebuah hadits yang shahih bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi
wa sallam bersabda;
إِنَّ اللهَ لاَ
يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا مِنَ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ
الْعُلَمَاءِ، حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُؤُوسًا جُهَلَاءَ،
فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ الْعِلْمِ، فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا
“Sesungguhnya, Allah tidaklah mencabut ilmu dengan sekali cabut dari
hamba-Nya. Akan tetapi, Allah mencabut ilmu dengan mewafatkan ulama. Sampai
apabila Allah tidak menyisakan seorang ulama pun, manusia pun mengangkat
pemimpin-pemimpin yang bodoh. Apabila mereka ditanya lalu berfatwa tanpa ilmu,
sehingga mereka sesat dan menyesatkan.” (HR. al-Bukhari no. 100)
Prinsip asas ini terdapat dalam al-Qur’an
di dua tempat:
PERTAMA: Dalam surah al-Nahl, ayat 43, Allah Ta’ala berfirman;
وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ قَبْلِكَ إِلَّا رِجَالًا نُوحِي إِلَيْهِمْ ۚ
فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
“Dan Kami tidak mengutus (rasul-rasul) sebelum engkau
(Muhammad), melainkan beberapa orang laki-laki yang Kami berikan wahyu kepada
mereka, maka (wahai orang-orang kafir) bertanyalah kepada orang yang mempunyai
pengetahuan jika kamu tidak mengetahui”.
KEDUA; Dalam surah al-Anbiya’ ayat 7, Allah Ta’ala berfirman:
وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ إِلَّا رِجَالًا نُوحِي إِلَيْهِمْ ۖ
فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لَا تَعْلَمُون
“Dan Kami tidak mengutus
(rasul-rasul) sebelum engkau (Muhammad), melainkan beberapa orang laki-laki
yang Kami berikan wahyu kepada mereka, maka (wahai orang-orang kafir) tanyakanlah
kepada orang yang berilmu, jika kamu tidak mengetahui".
Kedua-dua
ayat ini dalam konteks asalnya ‘perintah
bertanya’ ditujukan kepada orang-orang kafir (musyrikin Makkah) – yang sentiasa menentang dan mendustakan
ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. Mereka menolak ajaran Islam
dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w, dengan alasan sepatutnya Allah SWT mengutus
para malaikat sebagai utusan-Nya, bukannya seorang lelaki dari kalangan manusia
seperti mereka. Alasan mereka ditolak oleh Allah SWT, kerana Allah SWT tidak
pernah mengutuskan para malaikat sebagai utusan-Nya untuk berdakwah dan
mengajar manusia mengenai agama-Nya kepada manusia. Oleh itu, untuk memastikan
hakikat tersebut sepatutnya mereka bertanya orang-orang yang mendahului mereka
dari kalangan Ahli Kitab, iaitu para ilmuan dari kalangan Yahudi yang memiliki
kitab Taurat dan para ilmuan dari kalangan Nasrani yang memiliki kitab Injil.
Perintah
ini juga menunjukkan dengan jelas bahawa golongan musyrik yang
suka menentang dan mendustakan ajaran Islam itu sebenarnya tidak mempunyai ilmu yang jelas mengenai
agama samawi yang pernah diturunkan oleh Allah, kerana bila tidak demikian,
maka tidak ada gunanya perintah atau suruhan kepada mereka untuk
bertanya. Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment