Friday, 7 October 2011

Kepentingan Niat Dalam Beribadat

 
عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ .
[رواه إماما المحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبة البخاري وابو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة]

Erti Hadits
Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : “ Sesungguhnya setiap  perbuatan tergantung niatnya.  Dan  sesungguhnya  setiap  orang  (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dikehendakinya atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.
(Riwayat dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma’il bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardizbah al-Bukhori dan Abu al-Husain, Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim al-Qusyairi al-Naishaburi dan kedua kitab Shahih mereka merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang) .

Catatan :
Hadits ini merupakan salah satu dari hadits-hadits yang menjadi inti ajaran Islam. Imam Ahmad dan Imam syafi’i berkata : Dalam hadits tentang niat ini mencakup sepertiga ilmu. Sebabnya adalah bahwa perbuatan hamba terdiri dari perbuatan hati, lisan dan anggota badan, sedangkan niat merupakan salah satu dari ketiganya. Diriwayatkan dari Imam Syafi’i bahwa dia berkata : Hadits ini mencakup tujuh puluh bab dalam fiqh. Sejumlah ulama bahkan ada yang berkata : Hadits ini merupakan sepertiga Islam.
Hadits ini ada sebabnya, iaitu: ada seseorang yang hijrah dari Mekkah ke Madinah dengan tujuan untuk dapat menikahi seorang wanita yang  bernama : “Ummu Qais” bukan untuk mendapatkan keutamaan hijrah. Maka orang itu kemudian dikenal dengan sebutan “Muhajir Ummi Qais” (Orang yang hijrah kerana Ummu Qais).

Pengajaran yang terdapat dalam Hadits;
<!--[if !supportLists]-->1.        <!--[endif]-->Niat merupakan syarat diterima atau tidaknya amal perbuatan, dan amal ibadah tidak akan  mendatangkan pahala kecuali berdasarkan niat (kerana Allah Ta’ala).
<!--[if !supportLists]-->2.       <!--[endif]-->Waktu pelaksanaan niat dilakukan pada awal ibadah dan tempatnya di hati.
<!--[if !supportLists]-->3.       <!--[endif]-->Ikhlas dan memastikan niat semata-mata kerana Allah Ta’ala dituntut pada semua amal shalih dan ibadah.
<!--[if !supportLists]-->4.       <!--[endif]-->Seorang mu’min akan diberi ganjaran pahala berdasarkan kadar niatnya.
<!--[if !supportLists]-->5.       <!--[endif]-->Semua perbuatan yang bermanfaat dan mubah (boleh) jika diiringi niat kerana mencari kerrdaan Allah maka dia akan bernilai ibadah.
<!--[if !supportLists]-->6.       <!--[endif]-->Yang membezakan antara ibadah dan adat (kebiasaan) adalah niat.
<!--[if !supportLists]-->7.       <!--[endif]-->Hadits di atas menunjukkan bahwa niat merupakan sebahagian dari iman kerana ia merupakan amalan hati, dan iman menurut pemahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah membenarkan dalam hati, diucapkan dengan lisan dan diamalkan dengan anggota.
 
Nota: Dipetik dari “ Kitab al-Arba_’in al-Nawawiyyah ”

Thursday, 6 October 2011

Adakah Bidadara Di Syurga ?


Assalamu ‘alaikum warahmatullah.

Baru-baru ini saya telah diajukan satu persoalan; “ Benarkah perempuan beriman  yang meninggal dunia sebelum sempat berkahwin akan dikahwinkan dengan bidadara di syurga ?.

Insya Allah dalam ruangan “ catatanku ” ini, saya ingin memaparkan pandangan saya mengenai persoalan di atas , sebagaimana yang telah saya berikan kepada orang  yang bertanya.  Berikut adalah jawapan saya secara ringkas;

Sebelum  saya menjawab benar atau tidak,  saya ingin menyatakan  bahawa tiada istilah “ bidadara dalam Islam. Dalam al-Quran  dan hadis ada disebutkan perkataan  Huur  ‘In ” , yang boleh diertikan sebagai  “ bidadari ”  dalam bahasa Melayu.  Bidadari ini disediakan oleh Allah SWT bagi hamba Allah dari kalangan lelaki yang beriman  sebagai isteri di syurga ,  di samping isteri dari kalangan perempuan yang beriman. Bidadari  ialah makhluk yang khusus dicipta oleh Allah sebagai satu dari nikmat-nikmat syurga. Dikatakan ia dicipta dari amalan-amalan  baik manusia semasa di dunia. Wallahu a’lam.

Saya sendiri, pernah mendengar ada juga  guru agama atau penceramah agama yang menyatakan pandangan mereka ; “ Kalau lelaki beriman dikurniakan bidadari sebagai balasan atau ganjaran nikmat di syurga, maka sudah tentu wanita yang beriman juga disediakan bidadara [ istilah digunakan bagi bidadari lelaki ]” bagi menunjukkan keadilan Allah SWT ”.

Pada pandangan saya pendapat ini adalah keliru atau tidak tepat.  Golongan lelaki yang beriman memang patut atau sesuai beristerikan  bidadari [ yang dijadikan khusus untuk mereka ] di samping isteri  dari kalangan manusia kerana mereka boleh berpoligami.  Bahkan kedudukan [ taraf ] mereka [ lelaki beriman ] adalah lebih tinggi dan sempurna berbanding  bidadari sama ada dari aspek kejadian ataupun keimanan . Jika dibandingkan kedudukan antara bidadari dengan wanita yang beriman, sudah pasti wanita beriman lebih tinggi.

Ingatlah ! manusia yang beriman itu dapat mendiami syurga kerana keimanan mereka  yang telah diuji dengan pelbagai  cabaran semasa di dunia. Oleh itu kedudukan mereka sangat tinggi di sisi Allah SWT.  Maka sudah tentu Allah  tidak akan mengahwinkan  wanita beriman dengan  makhluk yang lebih rendah tarafnya “ seperti  bidadara ” [ jika mereka wujud ] . Sudah tentu Allah SWT tidak akan meletakkan wanita beriman di bawah pimpinan suami yang lebih rendah kedudukannya.

Mungkin terdetik persoalan, kalau begitu dengan siapakah wanita beriman akan dikahwinkan ?. Jawapannya; mereka akan dikahwinkan dengan suami yang lebih baik kedudukan atau tarafnya  dari kalangan lelaki yang beriman. Jika di dunia mereka hanya boleh berkahwin dengan lelaki yang beriman, maka di akhirat juga begitu. Mereka akan mendapat suami yang terbaik / terpilih dari kalangan lelaki yang beriman. Jika istilah bidadara hendak digunakan juga sebagai lambang nikmat syurga yang dikurniakan kepada wanita beriman, maka bidadara itu adalah suami dari kalangan lelaki yang beiman.

Wanita yang beriman tidak perlu bimbang atau cemburu mendengar ganjaran yang disediakan untuk lelaki beriman. Lalu mereka pun inginkan juga bidadara untuk mereka. Ingatlah ! jika di dunia wanita hanya memerlukan seorang suami sahaja, begitu juga di akhirat nanti. Itulah fitrah mereka sebagaimana diciptakan Allah. Wallahu a’lam.




Wednesday, 5 October 2011

Hukum Memotong Kuku dan Rambut bagi Wanita yang Sedang Haidh

Assalamu ‘alikum wa rahmatullah.

Diari Ilmu kali ini akan memaparkan satu artikel ringkas yang menjawab persoalan di atas;

Ramai di kalangan rakan, khususnya wanita muslimah bertanya-tanya tentang boleh tidaknya memotong kuku dan rambut ketika haid. Ramai juga dari mereka yang bingung .karena ada  yang berpendapat boleh karena Islam menganjurkan kebersihan dan ada yang berkata tidak boleh, katanya nanti sewaktu di akhirat.dikatakan, setiap helai rambut akan menuntut atas janabatnya.

Hingga saat ini belum ada dalil sharih dari Rasulullah SAW tentang  tidak bolehnya wanita memotong kuku dan rambut saat haidh. Kalau pun ada, hal itu lebih merupakan ijtihad para ulama, dengan mengaitkan kewajiban membasahi seluruh tubuh dengan air saat mandi janabah.

Salah satu pendapat tersebut sebenarnya merupakan interpretasi dari pendapat dari Abu Hamid al -Ghazaly atau yang kita kenal dengan nama Imam Ghazaly penulis dari kitab Ihya Ulumuddin.
 Di dalam kitabnya yakni Ihya Ulumuddin, Imam Ghazaly menulis:

Dan hendaklah dia tidak bercukur, memotong kukunya, mengasah pisau (untuk bercukur), menyebabkan darah mengalir atau memperlihatkan bagian tubuhnya ketika dia dalam keadaan junub (hadats besar), demikian ini karena semua bagian tubuh akan dikembalikan seperti semula pada hari kiamat nanti, dan akan kembali dalam keadaan hadats besar. Dikatakan, setiap rambut akan menuntut atas janabatnya.

 Dan pendapat Imam Ghazaly ini banyak diikuti oleh para pengikutnya, dan tidak sedikit yang di ajarkan di pesantren-pesantren  khususnya kalangan yang mengaku penganut Madzhab Syafi'iyyah di Indonesia. Dan pengaruhnya sampai sekarang masih sangat kuat. Di beberapa kalangan masyarakat, wanita yang haidh ataupun orang junub biasanya mereka akan menyimpan rambut atau kuku  yang terpotong untuk kemudian pada saat mandi janabah nanti ikut di bersihkan.Padahal pendapat ini adalah sangatlah lemah sekali, disebabkan oleh beberapa hal.

Yang pertama adalah bahwasanya pendapat diatas hanyalah  merupakan pendapat dari Imam Ghazaly semata tidak berdasarkan kepada nash-nash yang shahih baik itu dari Al Qur'an,  Hadits yang shahih ataupun dari Ijma kaum muslimin. 

Yang kedua adalah bahwasanya di samping pendapat tersebut  tidak ada dasarnya sama sekali dari nash-nash yang shahih, pendapat tersebut bertentangan pula dengan sebuah riwayat yang shahih  yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari sehubungan dengan bolehnya seorang yang
Junub memotong kuku, dan memangkas rambut. Al-Bukhari meriwayat bahawa berkata `Atha':

"Orang junub itu boleh berbekam, memotong kuku dan memangkas rambut walau tanpa wudhu lebih dahulu." (Riwayat Bukhari dalam Bab bolehnya orang junub keluar..).

Jadi hal ini lebih merupakan pemikiran logika sebahagian ulama,  bahwa wanita haidh itu wajib mandi dan bersuci sebelum dibolehkan shalat atau puasa atau mengerjakan jenis ibadah lainnya.

 Maka secara logik, bila pada saat haidh itu dia memotong kuku dan rambut, lalu potongannya itu dibuang, maka ketika mandi janabah, potongan rambut dan kuku itu tidak termasuk yang disucikan. Sehingga untuk menghindari hal itu, wanita dilarang memotong rambut dan kuku saat haidh. 

Tapi sekali lagi, ini hanyalah logika dan nalar. Bukan berasal dari nash Quran atau nash hadis nabawi. Sebab dari sekian banyak ajaran yang telah Rasulullah SAW sampaikan kepada kita, tak sekali pun beliau menyebutkan larangan itu, baik dalam hadits ataupun dalam ayat Al-Quran Al-Karim.

Bahkan dalam kitab fikih yang muktamad,kalau kita telusuri hal-hal yang dilarang dikerjakan oleh orang yang sedang dalam keadaan junub, tak satu pun yang menyebutkan tidak boleh memotong kuku dan rambut. kerana yang jelas dilarang untuk dilakukan  oleh orang yang berjunub adalah:

1. Shalat atau sujud tilawah
2. Puasa
3. Tawaf di sekitar ka’bah
4. Menyentuh mushaf Al-Quran Al-Karim
5. Membaca ayat Al-Quran Al-Karim dengan lisannya bukan dalam hati, kecuali doa yang lafaz 
     nya  diambil dari ayat al-Quran.
6. I’tikaf di masjid atau masuk ke dalam masjid di luar i’tikaf

Berdasarkan riwayat yang shahih tersebut maka jelas bahwa seorang yang berjunub ataupun wanita yang sedang haidh boleh memotong kuku, memotong rambut, walaupun dia belum mandi janabah ataupun belum berwudhu.

Mudah-mudahan ini bermanfaat bagi kita semua.

Wallahu a'lam bish shawab


SYAIKH MUHAMMAD AL-GHAZALI (Dai dan Mujaddid, 1335 - 1416H./1917-1996 M.) Bahagian 1

Oleh : Abdullah al-'Aqil

Biografi Syaikh Muhammad al-Ghazali berdasarkan pengenalanku dengannya dari dekat, pergaulanku dengannya, dan pengajianku kepadanya. Biografi ini merupakan sebahagian  daripada haknya yang harus saya tunaikan, salah satu bukti kesetiaan orang yang pernah berguru kepadanya, dan kenangan yang sebahagiannya sudah berlalu hampir setengah abad. Penulisan biografi Syaikh Muhammad Al-Ghazali telah banyak digarap oleh orang-orang yang mengenali kemuliaan dan kedudukannya, baik ketika beliau masih hidup atau setelah beliau wafat. Antara lain, Syaikh Yusuf al-Qaradhawi merupakan orang yang lebih rapat dan lebih lama menyertainya daripada saya..

Syaikh Muhammad Al-Ghazali yang Saya Kenal

Saya mula mengenali Ustadz Al-Ghazali dengan membaca makalah-makalahnya di majalah Al-Ikhwanul Muslimun yang sampai ke jabatan perwakilan Ikhwanul Muslimin, Az-Zubair, pada tahun 1946. Ketika saya pergi ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran di universiti pada tahun 1949, saya mengenali Syaikh Muhammad Al-Ghazali melalui saudara-saudaraku yang mulia, antaranya Manna' Qathan, Muhammad Bakri, Yusuf Al-Qaradhawi, Ya'qub Abdul Wahhab, Ahmad 'Assal, Muhammad Shafthawi, Muhammad Damirdasy, dan Haji Wahbah Hasan Wahbah. Kami memiliki jadual pertemuan rutin dengan Syaikh Muhammad Al-Ghazali. Dalam pertemuan itu beliau membekalkan kami ilmu yang bermanfaat, memberi semangat kepada kami untuk berjuang di jalan Allah Ta'ala dan membela kaum yang lemah, menyedarkan kepada kami perihal konspirasi musuh-musuh Islam di dalam dan luar negeri, mengungkapkan rencana-rencana busuk mereka untuk memerangi Islam dan kaum muslimin, membongkarkan kebusukan Komunisme, Sekulerisme, Freemasonry, Atheisme, Eksistensisme, Kristianisme, dan Zionisme. Beliau sentiasa mengingatkan kami tentang persekongkolan kekuatan-kekuatan jahat untuk melawan Islam dan dainya, serta menjelaskan kepada kami cara melawan
serangan kekuatan kufur.
Ustadz Muhammad Al-Ghazali ialah seorang dai yang cerdik , memiliki semangat berkobar-kobar, keimanan yang mendalam, hati yang lembut, tekad yang teguh, lincah, ungkapan-ungkapan yang indah sasteranya,mengagumkan, seorang yang fleksibel, dan pemurah. Ini semua diketahui oleh setiap orang yang pernah bergaul bersamanya, menyertainya atau bertemu dengannya. Beliau tidak menyukai sikap memaksa diri (takalluf), benci terhadap kesombongan dan sikap berlagak, aktif mengikuti perkembangan social dengan segala persoalannya,turut serta dalam menyelesaikan masalah umat, mengungkapkan hakikat, dan mengingatkan umat tentang bencana yang ditimbulkan oleh syaitan-syaitan manusia dan jin; baik dari Barat mahupun Timur.
"Syaikh Al-Ghazali merupakan salah seorang daripada tokoh-tokoh Islam masakini.Beliau merupakan dai yang tiada tolok bandingnya di dunia Islam ketika ini. Beliau merupakan seorang yang genius dan keindahan katanya amat menawan hati, hingga saya dapat menghafal beberapa ungkapan, bahkan beberapa lembar tulisannya, lalu mengulangi sesuai dengan teks aslinya dalam beberapa ceramah." Demikian komentar Dr. Yusuf Al-Qaradhawi di dalam bukunya Asy-Syaikh Al-Ghazali Kama Araftuhu (Syaikh Al-Ghazali yang Saya Kenal). Dalam kesempatan lain Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkata, "Saya teringat saudaraku, Abdullah Al-Aqil, yang belajar dalam Fakulti Syariah Al-Azhar, Mesir, pada awal tahun lima puluhan. Beliau hafal mukadimah buku karya Al-Ghazali, Al-Islam wa Audla'ul Iqtishadi, cetakan kedua yang teks awalnya berbunyi, 'Tiada bangsa yang menghinakan diri seperti bangsa Timur, tiada yang hak-haknya dirampas sebagaimana dirampasnya hak-hak agama, dan seterusnya...

Pertemuan Syaikh Muhammad Al-Ghazali dengan An-Nadwi

Syaikh Abu Hasan Ali An Nadwi,di dalam bukunya Mudzakkirat Sa-ihin Fisy Syarqil 'Arabi, berkata, "Saya ingin sekali bertemu Syaikh Muhammad Al-Ghazali. Kerana seorang mahasiswa bernama Abdullah Al-'Aqil banyak bercerita dan memujinya, bahkan menghadiahkan beberapa karangannya kepadaku. Syaikh Muhammad Al-Ghazali merupakan salah seorang daripada tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin yang terkemuka dan merupakan seorang penulis kebangkitan keagamaan di Mesir. Akhirnya, saya dapat bertemu dengan penulis buku Al-Islam wa Audla'ul Iqtishadi, Al-Islam wal Manahijul Isytirakiyah, Al-Islam Al-Muftara Alaih, dan Min Huna Na'lam ini. Saya bertemu seorang lelaki yang menyajikan makanan pemikiran, ruhani, dan adab Islam yang murni. Saya sangat berbahagia kerana dapat bertemu orang yang shalih, intelek, dinamis, hatinya hidup, otaknya bijak, dan wajahnya yang sentiasa jelas memancarkan kegembiraan. Menurutku, setiap daripada kita dapat mengenalinya melalui buku-buku dan risalah-risalahnya. Kerana,buku-bukunya merupakan gambaran pemikiran prinsip-prinsip yang beliau yakini.”

Tempat, tanggal lahir dan zaman kanak-kanak Syaikh Muhammad Al-Ghazali

Syaikh Al-Ghazali dilahirkan pada 22 September 1917, di kampung Naklal Inab, Itay Al'Barud, Buhairah, Mesir. Beliau dibesarkan dalam keluarga agama yang sibuk di dalam dunia perdagangan. Ayahnya hafizh Al-Qur'an. Lalu sang anak tumbuh mengikut jejak ayahandanya dan habis menghafal Al-Qur'an semenjak usia sepuluh tahun. Syaikh Muhammad Al-Ghazali menerima ilmu daripada guru-guru di kampungnya. Beliau memasuki sekolah agama di Iskandariah dan menamatkan pendidikan menengah rendah hingga menengah atas (SMU). Kemudian beliau pindah ke Kairo untuk melanjutkan pelajaran dalam Fakulti Ushuluddin dan mendapat ijazah pada tahun 1361 H. / 1945M. Beliau memberi keutamaan di Dakwah wal 'Irsyad dan mendapat gelaran Magistret pada tahun 1362 H. / 1943 M. Para guru yang paling berpengaruh kepadanya ketika itu ialah Syaikh Abdul Aziz Bilal, Syaikh Ibrahim Al-Gharbawi, Syaikh Abdul Azhim Az-Zarqani, dan lain-lain. Syaikh Muhammad Al-Ghazali berkahwin ketika masih menuntut dalam fakulti Ushuluddin dan dikurniakan sembilan orang anak.

Aktiviti Syaikh Muhammad Al-Ghazali

Setelah menamatkan pengajiannya, Syaikh Muhammad Al-Ghazali menjadi imam dan khathib di Masjid Al-'Atabah Al-Khadlra'. Setelah itu beliau menerima banyak jawatan yang secara berurutan sebagai berikut: Dewan Pengawas Masjid, Dewan Penasihat Al-Azhar, Wakil Dewan Urusan Masjid, Pengarah Urusan Masjid, Pengarah Pelatihan, Pengarah Dakwah wal Irsyad (Dakwah dan Penyiasatan). Pada Tahun 1949 Syaikh Muhammad Al-Ghazali meringkuk dalam Penjara Ath-Thur selama satu tahun dan Penjara Tharah tahun 1965 selama beberapa tahun.
Syaikh Muhammad Al-Ghazali menjadi pensyarah tamu di Universiti Ummul Qura, Makkah Al-Mukarramah, pada tahun 1971. Pada tahun 1981, beliau dicalonkan sebagai Wakil Menteri, kemudian memegang jabatan Ketua Dewan Keilmuan Universiti Al-Amir Abdul Qadir Al-Jazaairi Al-Islamiyah di Aljazair selama lima tahun.

Peringkat awal perkenalan Syaikh Muhammad Al-Ghazali dengan Imam Hassan Al-Banna

Pada peringkat awal interaksi Syaikh Muhammad Al-Ghazali dengan Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna diceritakan oleh Ustadz Muhammad Majdzub dalam bukunya Ulama wa Mufakkirun 'Araftuhum. Ustadz Majdzub memetik ucapan Al-Ghazali, "... Perkenalan itu bermula ketika saya belajar di Sekolah Menengah (SMU) Iskandariah. Ketika itu, saya mempunyai kebiasaan beriktikaf di Masjid Abdurrahman bin Harmuz, di daerah Ra'sut Tin selepas shalat Maghrib, untuk mengulangkaji pelajaran. Pada suatu petang, Imam Al-Banna menyampaikan nasihat ringkas mengenai penjelasan hadits 'Bertakwalah kepada Allah di mana pun kamu berada, ikutilah setiap perbuatan buruk dengan perbuatan baik, tentu yang baik akan menghapusnya, dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik. . 'Kata-katanya sangat berkesan dan secara langsung menembus ke hati yang paling dalam. Setelah mendengar nasihat itu, hatiku tertambat kepadanya. Saya tertarik kepada sikap dan peribadinya. Sejak itu, hubunganku dengannya terjalin erat. Saya sentiasa bersamanya selepas shalat Isya', di dalam majlis yang terdiri daripada tokohtokoh dakwah. Selanjutnya, saya meneruskan aktiviti Buku-bukunya merupakan gambaran pemikiran prinsip-prinsip yang beliau yakini… dalam perjuangan Islam bersama dai besar ini, hingga beliau syahid tahun 1949.
" Dalam mukadimah buku Dusturul Wihdah Ats-Tsaqafiyah Lil Muslimin, Al-Ghazali berkata, " ...Inspirasi dan tema buku ini berasal daripada Imam Hasan Al-Banna; pembaharu abad ke 14 Hijriyah. Beliau telah meletakkan prinsip yang dapat menyatukan umat, memperjelaskan tujuan yang samar, mengembalikan kaum muslimin kepada Al-Qur'an dan As-Sunah, serta menyingkirkan penyimpangan dan sikap beristirehat, dengan halus dan cermat, sehingga kelemahan dan kemalasan tidak terjadi." Tentang Mursyid 'Am Kedua Ikhwanul Muslimin, Ustadz Hasan Al-Hudhaibi, Al-Ghazali menyatakan, ".. .Sebenarnya beliau tidak pernah berupaya untuk memimpin Ikhwanul Muslimin, tetapi Ikhwanlah yang meminta beliau memimpinnya. Ketegasan dan keistiqomahannya berhak untuk diketahui oleh setiap orang. Beliau tidak pernah berkeluh-kesah atau mundur kerana musibah atau ujian. Sehingga usia yang sudah senja pun beliau tetap memiliki keimanan mendalam dan optimisme tinggi. Tidaklah salah jika dikatakan bahawa kesabaran yang mengukuhkan imannya itu menjadikannya lebih mulia dalam pandangan saya. Musibah yang menimpa diri dan keluarganya secara bertubi-tubi tidak mengikis sifat jujurnya dalam menghukumi masalah. Bahkan, tidak membuatnya surut dari manhaj Jamaah Islamiyah, malah sebaliknya. Saya menemuinya setelah berbagai musibah berlalu untuk memperbaiki hubungan dengannya. Semoga Allah Ta'ala mengampuni kita semua."
Tentang Mursyid Am Ketiga Ikhwanul Muslimin, Ustadz Umar Tilmisani, Al-Ghazali menyatakan, ".. .Ketika saya bersama ribuan anggota Ikhwan di Penjara Ath-Thur, setelah syahidnya Imam Hasan Al-Banna, pada tahun 1949, saya melihat langkah Ustadz Umar Tilmisani yang perlahan dan pandangannya yang mencerminkan ketenangan. Beliau berjalan di atas hamparan pasir penjara dengan senyuman yang optimis. Beliau mengukuhkan kesabaran Ikhwan dalam menghadapi ujian keterasingan dan kerasnya pengungsian serta menghembuskan harapan akan masa depan yang lebih baik. Ketika itu, saya dapat merasakan seolah-olah berada di hadapan lelaki istimewa yang digerakkan rasa cinta dan kedamaian. Beliau amat bencikan pertengkaran, kemunafikan, akhlak buruk, mengutamakan uzlah, dan merasakan kemesraan dalam bermunajat kepada Allah Ta'ala, serta kehinaan riya' dan matlamat kekuasaan tidak mendapat jalan untuk masuk ke dalam hatinya.
Ketika saya menemuinya untuk bekerjasama dalam menyumbangkan kepada Islam, beliau berkata kepadaku, 'Kamu tahu pekerjaan ini (memimpin jamaah Ikhwan) merupakan beban berat yang terpaksa ku pikul dan ku terima?' Saya menjawab, 'Aku tahu hal itu. Kerana tidak bermatlamat tampil di depan dan tidak menginginkan jabatan. Orang seperti Anda sangat berhak mendapat perlindungan dan bimbingan Allah Ta'ala ." Komentar Al-Ghazali tentang Imam Al-Banna, Al-Hudhaibi, dan Tilmisani ini mengungkap ketulusan dan kemuliaan peribadi Syaikh Al-Ghazali.  .........bersambung bahagian 2.

SYAIKH MUHAMMAD AL-GHAZALI (Dai dan Mujaddid, 1335 - 1416H./1917-1996 M.) Bahagian 2

Oleh Abdullah al-'Aqil


Komentar Umum Mengenai Syaikh Muhammad Al-Ghazali

Satu hal yang membanggakan Syaikh Muhammad Al-Ghazali ialah beliau menerima surat daripada Imam Al-Banna, padahal ketika itu beliau masih muda belia pada tahun 1945. Surat Imam Al-Banna tersebut berbunyi, "Saudaraku yang mulia, Syaikh Muhammad Al-Ghazali... Assalamu 'alaikum warahmatullahi wa barakatuh. Saya sudah membaca makalah Anda yang bertema Al-Ikhwanul Muslimun wal Ahzab dalam edisi akhir majalah Ikhwanul Muslimun. Saya sangat kagum dengan ungkapan makalah tersebut yang ringkas, maknanya yang cermat, dan adabnya yang sopan. Seperti inilah hendaknya kalian menulis, wahai Ikhwan! Menulislah dengan dorongan hati yang tulus. Semoga Allah Ta'ala selalu bersamamu. Wassalamu 'alaikum warahmatullah wa barakatuh. Hasan Al-Banna."

Dr. Abdush Shabur Syahin berkata, "Yang saya tulis ini adalah penghormatan bagiku, sebelum menjadi pengantar buku. Kerana, buku yang di sampulnya tertulis nama Ustadz Al-Ghazali tidak lagi memerlukan pengantar. Menurutku, beliau meraih mahkota ilmu yang melimpah.Dunia telah membaca puluhan bukunya tentang Islam dan dakwah. Juga menerima karya yang belum pernah diterima dari seorang pun yang sezaman dengannya. Kita dapat mengatakan, zaman kita sekarang ini milik Ustadz Al-Ghazali." Ustadz Umar Ubaid Hasanah, Pemimpin Redaksi Majalah Al-Ummah Al-Quthriyah mengatakan, "Tulisan-tulisan Syaikh Al-Ghazali mengandungi buaian kasih seorang ibu kepada anaknya yang sakit dan takut meninggal dunia kerana penyakitnya. Juga mengandungi ketajaman seorang doktor yang memberikan rawatan dan kadang kala proses rawatan memerlukan kepada pembedahan. Buku-buku karya Al-Ghazali mengundang banyak reaksi, baik dari dalam mahupun luar negeri. Beliau berada di garisan depan, kerana "memahami celah yang dapat dirasuki musuh-musuh Islam."
 Ustadz Quthb Abdul Hamid Quthb berkata, "Saya merupakan salah seorang daripada berpuluh-puluh ribu orang yang sangat rindu kepada dai besar Syaikh Muhammad Al-Ghazali. Saya bersaksi kecintaanku kepada ulama besar dan dai terkenal ini melebihi kecintaanku kepada diriku sendiri.Beliau merupakan salah seorang daripada sekelompok kecil orang-orang istimewa yang ilmu dan keutamaannya menambahkan generasi, baik di Mesir mahupun di negeri-negeri Islam yang lain. Hal ini tidak menghairankan, kerana beliau sendiri terlibat dalam buaian dakwah dan berguru kepada pakar-pakar ilmu, para pemikir, dan tokoh-tokoh dakwah, antara lain Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna." Dr. Abdus Sattar Fathullah Said berkata, "...Sejarah Islam tidak akan melupakan upaya para pemimpin dalam menghalau serangan Jahiliyah dan menghimpun umat di sekeliling ajaran Islam yang syamil (tidak membeza-bezakan). Gelombang keupayaan untuk membela kebenaran datang secara silih berganti. Dalam madrasah rabbaniyah yang didirikan oleh Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna, syaikh kita, Muhammad Al-Ghazali, terlibat dan ikut memikul amanah dakwah bersama tokoh-tokohnya.
            Dengan kurnia Allah Ta'ala, beliau menjadi salah seorang tokoh yang terkemuka, yang tidak henti-henti meninggikan bendera dakwah di hadapan kesenangan dan keingkaran. Dengan pena dan lisannya, beliau membela kemuliaan Islam, mengungkap hakikat wahyu yang luhur, dan memerangi jahiliyah, pada saat para penguasa zalim menjerumuskan umat kita ke dalam kegelapan."
Syaikh Al-Azhar, Dr. Abdul Halim Hamid Mahmud, mengakui kemuliaan dan membanggakan Syaikh Muhammad Al-Ghazali dengan mengatakan, "Kita punya Al-Ghazali yang masih hidup dan Al-Ghazali penyusun kitab Al-Ihya'." (iaitu Muhammad Al-Ghazali dan Imam Al-Ghazali penyusun buku Ihya` Ulumud Din.) Aktivis muda Islam memperoleh manfaat dari ilmu, keberanian, keterusterangan, kejujuran, dan kejelasan sikap Syaikh Muhammad Al-Ghazali. Beliau mempunyai kader di Al-Azhar Mesir, Ummul Qura Makkah Al-Mukarramah, Fakulti Syariah Qatar, Universitas Al-Amir Abdul Qadir Lil 'Ulum Al-Islamiyah Aljazair, dan kader lain yang terbina melalui khutbah, kajian, ceramah, seminar, buku, makalah, pertemuan, dan muktamar. Kader Syaikh Muhammad Al-Ghazali yang mencapai ribuan di penjuru dunia Islam setia pada dakwah Islam, mengibarkan bendera Islam bersama syaikh mereka, dan menyebarkan ke berbagai-bagai penjuru untuk menyampaikan ajaran Islam, menuntun umat kepada kebaikan, keuntungan, kejayaaan, dan kemenangan. Di antara murid al-Ghazali, ada yang menjadi ulama besar. Antaranya Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Syaikh Manna'  Qathan, Dr. Ahmad Assal, dan ramai lagi.

Karya-karya Ilmiah Syaikh Muhammad al-Ghazali

Syaikh Muhammad Al-Ghazali mewariskan lebih enam puluh buku dalam berbagai-bagai tema, termasuk ceramah, seminar, khutbah, nasihat, kajian, dan dialog yang disampaikan di Mesir mahupun di luar Mesir. Khutbah yang beliau sampaikan di Jami' Al-Azhar, Jami' 'Amr bin Al-Ash, dan khuthbah 'Id di lapangan Abidin serta Jami' Mahmud mempunyai makna dan pengaruh yang sangat besar, kerana dihadiri oleh ribuan pendengar. Buku-buku Syaikh Muhammad Al-Ghazali yang terbit lebih daripada sekali, baik di Mesir mahupun di luar Mesir sangat banyak. Antaranya ialah:

1. Al-Islam wal Audla'ul Iqtishadiyah
2. Al-Islam wal Manahijul Isytirakiyah
3. Min Huna Na'lam
4. Al-Islam wal Istibdadus Siyasi
5. Aqidatul Muslim.
6. Fiqhus Sirah.
7. Zhalamun minal Gharb
8. Qadza-iful Haq
9. Hashadul Ghurur.
10. Jaddid Hayatak.
11. Al-Haqqul Murr
12. Raka-izul Iman bainal Aqli wal Qalb.
13. At-Ta'ashub wat Tasamuh bainal Masihiyah wal Islam.
14. Ma'allah
15. Jihadud Da'wah baina 'Ajzid Dakhil wa Kaidil Kharij
16. Ath-Thariqu min Huna
17. Al-Mahawirul Khamsah lil Qur'anil Karim.
18. Ad-Da'watul Islamiyah Tastaqbilu Qarnahal Khamis Asyar
19. Dusturul Wihdatits Tsaqafiyah lil Muslimin.
20. Al-Janibul Athifi minal Islam
21. Qadloyal Mar'ah bainat Taqalidir Rakidah wal Wafidah.
22. As-Sunnatun Nabawiyah baina Ahlil Fiqhi wa Ahlil Hadits
23. Musykilatun fi Thariqil Hayatil Islamiyah.
24. Sirru Ta'akhuril `Arabi wal Muslimin.
25. Kifahud Din.
26. Hadza Dinuna.
27. Al-Islam fi Wajhiz Zahfil Ahmar.
28. 'Ilalun wa Adwiyah.
29. Shaihatu Tahdzirin min Du'atit Tanshir
30. Ma'rakatulMushaffil 'Alamil Islami
31. Humumu Da'iyah
32. Miatu Sualin 'anil Islam
33. Khuthabun fi Syu'unid Din wal Hayah (lima jilid)
34. Al-Ghazwul Fikri Yamtaddu fi Faraghina
35. Kaifa Nata'amal maal Qur'anil Karim
36. Mustaqbalul Islam Khariju Ardlihi, Kaifa Nufakkir Fihi?
37. Nahwa Tafsirin Maudlu'i li Suwaril Qur'anil Karim.
38. Min Kunuzis Sunnah
39. Taammulat fid Din wal Hayah
40. Al-Islam Al-Muftara 'Alaihi Bainasy Syuyu'iyin war Ra'simaliyin
41. Kaifa Nafhamul Islam?
42. Turatsunal Fikri fi Mizanisy Syar'I wal 'Aqli
43. Qishshatu Hayah
44. Waqi'ul 'Alamil Islami fi Mathla'il Qarnil Khamis 'Asyar - Fannudz Dzikri  
      wadDu'a 'Inda Khatimil Anbiyaa
45. Haqiqatul Qaumiyatil 'Arabiyah wa Usthuratil Ba'tsil 'Arabi
46. Difa'un 'anil Aqidati wasy Syari'ah Dliddu Matha'inil Mustasyriqin
47. Al-Islam wath Thaqatul Mu'aththalah.
48. Al-Istimar Ahqadun wa Athma'
49. Huququl Insan Baina Ta'alimil Islam wa I'lanil Umamil  Muttahidah
50. Nadlaratun fil Qur'an
51. Laisa minal Islam
52. Fi Maukibid Dakwah
53. Khuluqul Muslim
54. Dan lain sebagainya.

Sebahagian besar buku-buku ini telah diterjemahkan ke beberapa bahasa. Antaranya ialah: Bahasa Inggeris, Turki, Perancis, Urdu, Indonesia, dan lain sebagainya. Majoriti penterjemah adalah murid-murid Syaikh Muhammad Al-Ghazali, orang-orang yang mengaguminya, dan orang-orang yang mendapat manfaat dari curahan ilmunya.
  
Sifat-Sifat Syaikh Muhammad Al-Ghazali

Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata, "Mungkin Anda berbeza pandangan dengan al-Ghazali,  atau beliau berbeza pendapat dengan Anda dalam masalah-masalah kecil mahupun besar, sedikit atau banyak masalah. Tetapi, apabila Anda mengenalinya dengan baik, Anda pasti akan mencintai dan menghormatinya. Kerana Anda tahu keikhlasan dan ketundukannya kepada kebenaran, keistiqomahan orientasi, dan ghirahnya yang murni untuk Islam. Sememangnya, Al-Ghazali adalah seorang yang mudah tersinggung. Kemarahannya meluap-luap seperti ombak lautan yang menghanyutkan, atau seperti letusan gunung berapi yang dashsyat. Beliau mempunyai sikap seperti itu kerana beliau amat benci kezaliman dan kehinaan, baik pada dirinya atau orang lain, tidak suka berlaku zalim atau dizalimi, seorang yang tidak suka merendahkan kehormatan sesiapa pun dan direndahkan siapa pun, serta tidak menyukai penyimpangan, terutama apabila berkaitan dengan agama. Beliau akan memerangi itu semua secara sembunyi mahupun terang-terangan.
Meskipun beliau seorang yang mudah marah, namun kemarahannya sangat mudah untuk reda. Beliau sangat mudah kembali kepada kebenaran, apabila telah mendapatkan kejelasan.Beliau langsung tidak peduli meskipun kekeliruannya dihebah-hebahkan. Inilah keberanian yang tidak dimiliki kecuali oleh sebahagian kecil manusia. Beliau menjadi seorang yang sangat berani ketika menyerang hal-hal yang diyakininya keliru dan juga ketika beliau mengakui kekeliruannya.
Banyak orang mengkritik sebahagian pendapat dan fatwa Syaikh Muhammad Al-Ghazali yang tidak sejalan dengan pemahaman mereka. Tetapi, sepengetahuanku fatwanya tidak pernah menyimpang dari ijma' umat. Syaikh Ibnu Taimiyah juga pernah dituduh menyimpang dari ijma' dalam masalah thalaq dan masalah-masalah yang berkaitan dengannya. Kenyataan seperti ini dikomen oleh salah seorang murid Ibnu Taimiyah, Imam Adz-Dzahabi. 'Ibnu Taimiyah mengeluarkan fatwa yang mencoreng kehormatannya, tapi fatwa itu tertutup oleh lautan ilmunya.'
            Muhammad Al-Ghazali mengakui kemuliaan dan keutamaan saudara-saudaranya, misalnya Syaikh Sayyid Sabiq, Syaikh Abdul Muiz Abdus Sattar, Syaikh Zakaria Az-Zaukah, Syaikh Ismail Hamdi, dan lain-lain. Saya sangat malu ketika beliau berkata di depan umum, 'Bertanyalah kepada Yusuf Al-Qaradhawi, karena ia lebih utama dariku. Dulu ia muridku, tapi sekarang aku muridnya.' Sikap seperti ini tidak dimiliki kecuali oleh orang-orang yang benar-benar tulus."
Pertemuan penulis dengan Syaikh Muhammad Al-Ghazali sering terjadi. Pertemuan itu berlangsung berulang-ulang kali semenjak pertama kali di Mesir pada tahun 1949, hingga beliau kembali ke rahmatullah. Syaikh Muhammad Al-Ghazali berkunjung ke Kuwait dan menyampaikan ceramah serta khutbah lebih daripada sekali. Kami sangat berbahagia dapat mengikuti seminar yang diselenggarakan pada setiap petang Jumaat . Seminar terakhir yang saya ikuti ialah seminar yang beliau hadiri bersama Syaikh Abdul Aziz Al-Muthawwi' dan Dr. Isham Al-Basyir. Saya juga sering mengunjunginya di Kairo. Kunjunganku kali terakhir terjadi menjelang wafatnya. Allah Ta'ala menghendaki Syaikh Muhammad Al-Ghazali menghadiri seminar tentang Islam dan Barat. Ketika itu saya sedang berkunjung Damaskus. Tiba-tiba tersiar berita yang mengguncangkan tubuhku kerana sedih berpisah dengannya. Beliau merupakan guru dan pembimbingku. Aku banyak berhutang budi padanya. Ustadz Abdul Aziz Abdullah Salim berkata dalam surat kabar Ar-Riyadl, "Al-Ghazali ulama terkemuka, dai pembaharu, mujahid yang tulus,pejuang yang sangat berani, penulis yang memiliki ruh sastera dan gaya bahasa yang sukar dicari tandingannya.”

Kembali ke Rahmatullah

Syaikh Muhammad Al-Ghazali wafat di Riyadh, Arab Saudi, tanggal 9 Mac 1996. Jenazahnya dipindahkan ke Madinah Al-Munawwarah, untuk dimakamkan di Al-Baqi'. Yang mulia Amir Abdullah bin Abdul Aziz Ali Sa'ud memiliki peranan penting dalam memberikan penghargaan kepada Al-Ghazali, baik ketika masih hidup mahupun setelah meninggal. Juga memberikan bantuan kepada keluarganya. Semoga Allah Ta'ala merahmati syaikh kita yang mulia, Muhammad Al-Ghazali, memberi balasan yang baik kerana jasa-jasanya kepada kaum muslimin. Semoga Allah Ta'ala mengumpulkan kita dan dia bersama para nabi, shiddiqin, dan para syuhada. Merekalah sebaik-baik teman.

“Islam bermula dengan keadaan tersisih dan akan kembali kepada keadaan tersisih sebagaimana mulanya.Justeru itu Syurgalah balasannya kepada orang yang tersisih.”
  
Dipetik daripada “ Mereka Yang Telah Pergi ” , ditulis oleh Al- Mustasyar Abdullah Al-Aqil, terbitan Al-I’tishom Cahaya Umat.
  
Disalin dan diedit kembali dari Risalah Tsulasa’ Edisi 2, 24 RabiulAwwal; Terbitan Bahan Tarbiyyah Online.

Tuesday, 4 October 2011

Mengenali Karya Ulama ; Kitab al-Umm Karya Imam al-Syafi’i



Kitab al-Umm dari satu sisi merupakan kitab fiqih terbesar dan tiada tandingnya pada masanya. Kitab ini membahas berbagai persoalan lengkap dengan dalil-dalilnya, baik dari al-Qur’an, al-Sunnah, Ijma’ dan Qiyas. Isi kitab ini adalah sebagai bukti keluasan ilmu al-Syafi’i dalam bidang fiqih. Sedangkan dari sisi yang lain, ia juga dianggap sebagai kitab hadits kerana dalil-dalil hadits yang ia kemukakan menggunakan jalur periwayatan tersendiri sebagaimana layaknya kitab-kitab hadits.

Di kalangan ulama terdapat keraguan dan perbedaan pendapat, apakah kitab tersebut ditulis oleh al-Syafi’i sendiri atau karya para muridnya. Menurut Ahmad Amin, al-Umm bukanlah karya langsung dari al-Syafi’i, namun merupakan karya muridnya yang menerima dari al-Syafi’i dengan jalan didiktekan [ imlak ]. Sedangkan menurut Abu Zahrah dalam al-Umm ada tulisan al-Syafi’i sendiri tetapi ada juga tulisan dari muridnya, bahkan ada pula yang berpendapat bahwa dalam al-Umm ada juga tulisan orang ketiga selain al-Syafi’i dan al-Rabi’ [ muridnya ]. Namun menurut riwayat yang masyhur diceritakan bahwa kitab Al-Umm adalah catatan peribadi al-Syafi’i, karena setiap pertanyaan yang diajukan kepadanya ditulis, dijawab dan didiktekan kepada murid-muridnya. Oleh karena itu, ada pula yang mengatakan bahwa kitab itu adalah karya dua orang muridnya iaitu Imam al-Buwaiti dan Imam al-Rabi’. Pendapat ini dikemukakan oleh Abu Thalib al-Makki. Tetapi pendapat ini menyalahi ijma’ ulama yang mengatakan, bahwa kitab ini adalah karya asli al-Syafi’i yang memuatkan pemikirannya dalam bidang hukum.

Dalam menguraikan keterangan-keterangannya, imam al-Syafi’i kadang-kadang memakai metod soal-jawab, dalam erti menghuraikan pendapat pihak lain yang diadukan sebagai sebuah pertanyaan, kemudian ditanggapinya dalam bentuk jawaban. Hal itu nampak umpamanya ketika ia menolak penggunaan istihsan. Pada kesempatan yang lain ia menggunakan metod eskplanasi dalam arti menguraikan secara panjang lebar suatu masalah dengan memberikan penetapan hukumnya berdasarkan prinsip-prinsip yang dianutnya tanpa ada sebuah pertanyaan, hal seperti ini nampak dalam penjelasannya mengenai persoalan-persoalan pernikahan.

Dalam format kitab al-Umm yang dapat ditemui pada masa sekarang terdapat kitab-kitab lain yang juga dibukukan dalam satu kitab al-Umm, diantaranya adalah:
  1. Al-Musnad, berisi sanad imam asy-Syafi’i dalam meriwayatkan hadits-hadits Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam dan juga untuk mengetahui ulama-ulama yang menjadi guru imam asy-Syafi’i
  2. Khilafu Malik, berisi bantahan-bantahan terhadap imam Malik, gurunya
  3. Al-Radd ‘Ala Muhammad ibn Hasan, beri pembelaannya terhadap mahdzab ulama Madinah dari serangan imam Muhammad ibn Hasan, murid Abu Hanifah
  4. Al-Khilafu Ali wa Ibn Mas’ud, yaitu kitab yang memuat pendapat yang berbeda antara pendapat Abu Hanifah dan ulama Irak dengan Ali bin Abi Thalib dan Abdullah bin Mas’ud
  5. Sair al-Auza’i, berisi pembelaannya atas imam al-Auza’i dari serangan imam Abu Yusuf
  6. Ikhtilaf al-Hadits, berisi keterangan dan penjelasan asy-Syafi’i atas hadits-hadits yang tampak bertentangan namun kitab ini juga ada yang dicetak tersendiri
  7. Jima’ al-‘Ilmi, berisi pembelaan imam asy-Syafi’i terhadap Sunnah Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam
Kedudukan Kitab al-Umm Berbanding Kutub al-Tis’ah

al-Syafi’i tidak hanya berperanan dalam bidang fiqih dan ushul fiqih saja, tetapi ia juga berperanan dalam bidang hadits dan ilmu hadits. Salah satu kitab hadits yang masyhur pada abad kedua Hijriyah adalah kitab Musnad al-Syafi’i. Kitab ini tidak disusun oleh al-Syafi’i sendiri, melainkan oleh pengikutnya, yaitu al-A’sam yang menerima riwayat dari Rabi’ bin Sulaiman al-Muradi, dari asy-Syafi’i. Hadits-hadits yang terdapat dalam Musnad al-Syafi’i merupakan kumpulan dari hadits-hadits yang terdapat dalam kitabnya yang lain iaitu al-Umm. Dalam bab jual beli, misalnya terdapat 48 buah hadits.

Dengan kegigihannya dalam membela hadits Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam sebagai hujjah, al-Syafi’i berhasil menegakkan autoriti hadits dan menjelaskan kedudukan dan fungsi hadits Nabi secara jelas dengan alasan-alasan yang mapan. Dengan pembelaannya itu, ia memperoleh pengakuan dari masyarakat sebagai Nasir al-Sunnah. Bahkan ia dipandang sebagai ahli hukum Islam pertama yang berhasil merumuskan konsep ilmu hadits.

Hadits Nabi menurut al-Syafi’i bersifat mengikat dan harus ditaati sebagaimana al-Qur’an, walaupun hadits itu adalah hadits Ahad. Bagi ulama sebelumnya, konsep hadits tidak hanya disandarkan kepada Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam, bahkan juga pendapat sahabat, fatwa tabi’in, serta ijma ahli Madinah dapat dimasukkan sebagai hadits. Bagi al-Syafi’i, pendapat sahabat dan fatwa tabi’in hanya boleh diterima sebagai dasar hukum sekunder, dan bukan sebagai sumber primer. Sedangkan hadits yang boleh diterima sebagai dasar hukum primer hanyalah yang datang dari Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa sallam.