Saturday, 19 May 2012

مكانة العلم لدى سلف الأمة




د. يوسف القرضاوي
قال علي كرم الله وجهه لكميل بن زياد: يا كميل، العلم يحرسك وأنت تحرس المال، والعلم حاكم والمال محكوم عليه، والمال تنقصه النفقة والعلم يزكو بالإنفاق. وقد شرح ابن القيم هذه الكلمات ـ المقتبسة من مشكاة النبوة ـ شرحا مستفيضا في "مفتاح دار السعادة".
وقال أبو الأسود: ليس شيء أعز من العلم، الملوك حكام على الناس، والعلماء حكام على الملوك! وهذا ما عبر عنه الشاعر فقال:
إن الأكابر يحكمون على الورى وعلى الأكابر يحكم العلماء!
وسئل ابن المبارك: من الناس؟ فقال: العلماء، قيل: فمن الملوك؟ قال: الزهاد. قيل: فمن السفلة؟ قال: الذين يأكلون الدنيا بالدين! وإنما لم يجعل غير العالم من الناس، لأن الخاصية التي يتميز بها الإنسان عن البهيمة هي العقل، وهو إنما يظهر بالعلم.
وقال ابن عباس: تذاكر العلم بعض ليلة أحب إلي من إحيائها!
وقال الحسن: يوزن مداد العلماء بدماء الشهداء، فيرجح مداد العلماء.
وقال في تفسير قوله تعالى: (ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة) إن الحسنة في الدنيا هي العلم والعبادة، وفي الآخرة هي الجنة.
وقيل لحكيم: أي الأشياء تقتني؟ قال: الأشياء التي إذا غرقت سفينتك سبحت معك! يعني: العلم.
وقال الإمام أحمد: الناس إلى العلم أحوج منهم إلى الطعام والشراب، لأن المرء يحتاج إلى الطعام والشراب في اليوم مرة أو مرتين، وحاجته إلى العلم بعدد الأنفاس.
وقال بعض السلف: من أراد الدنيا فعليه بالعلم، ومن أراد الآخرة فعليه بالعلم، ومن أرادهما معا فعليه بالعلم
    
عن كتاب "الحياة الربانية والعلم" للشيخ القرضاوي

Friday, 18 May 2012

Khutbah Rasulullah saw Tentang Dajjal


Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: "Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: "Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin".

"Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

"Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

"Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: "Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?" Orang Arab itu akan berkata: "Tentu." Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: "Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu." di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: "Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: "Siapa Tuhanmu?" Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: "Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah." Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga."

Kata Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

"Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

"Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur."

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: "Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.

Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi."

Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: "Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya." Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa."

Ada yang bertanya: "Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu."

Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: "Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?" Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: "Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?" Mereka semua menjawab: "Ya, kami ingin." Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: "Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas'ud dan kemudian membunuh Dajjal itu."

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.

Wallahu A'lam.

"Sesungguhnya hanya Allah lebih Mengetahui RahsiaNya.."


Sumber:http://www.tranungkite.net/teladan/teladan325.htm
 


Wednesday, 16 May 2012

Kisah Muhammad bin Wasi'


Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni yang terkenal dengan bukunya yang bertajuk ‘La Tahzan’ telah menukilkan satu kisah tauladan yang cukup menggugat jiwa iaitu kisah Muhammad bin Wasi’. Muhammad bin Wasi’ terkenal sebagai seorang yang zuhud pada zamannya. Suatu hari dia berada di dalam barisan tentera yang dipimpin oleh Qutaibah bin Muslim untuk meninggikan kalimah Allah di bahagian timur negara Islam pada waktu itu.

Suatu hari Qutaibah ingin menguji Muhammad bin Wasi’ di hadapan para panglima dan menterinya. Maka, Qutaibah berkata kepada menteri dan panglima-panglimanya, ‘Di tanganku ada segenggam emas yang diperolehi hasil ghanimah [rampasan perang] daripada musuh-musuh Islam. Adakah kalian semua percaya bahawa kalau aku menyerahkan emas ini kepada seseorang maka dia akan menolaknya?’ Mereka menjawab: ‘Kami sama sekali tidak percaya kalau ada orang yang akan menolak pemberian emas ini.’ Qutaibah berkata ; ‘Baiklah, aku akan tunjukkan seseorang daripada umat Nabi Muhammad saw yang menyamakan emas ini dengan tanah kepada kalian semua.’

Maka dia pun memerintahkan pengawalnya supaya memanggil Muhammad bin Wasi’ untuk menghadapnya. Maka, tatkala Muhammad menghadap Qutaibah, lalu diberikannya segenggam emas di dalam tangan Qutaibah. Maka Muhammad bin Wasi’ terus mengambil emas tersebut tanpa sepatah kata. Qutaibah tercengang. Sangkaannya Muhammad akan menolak pemberiannya. Wajahnya berubah menahan malu di hadapan menteri dan panglimanya. Qutaibah memerintahkan pengawal-pengawalnya supaya mengekori langkah Muhammad bin Wasi’ selepas beliau keluar dari majlis itu.

Muhammad bin Wasi’ membawa emas tersebut dan dalam perjalanannya beliau berjumpa dengan seorang fakir miskin, dan Muhammad memberikan semua emas tadi kepada fakir miskin tersebut. Berita ini dilaporkan oleh pengawal-pengawal yang mengintip pergerakan Muhammad bin Wasi’ kepada Qutaibah. Lalu Qutaibah tersenyum dan berkata kepada orang-orang di sekelilingnya; ‘Bukankah sudah aku katakan kepada kalian bahawa masih ada lagi hamba Allah daripada umat ini yang menyamakan emas dengan tanah?’

Begitulah contoh seorang insan yang hatinya langsung tidak terpaut kepada dunia. Emas yang tinggi nilainya, tidak langsung memesongkan hatinya daripada mengingati Allah dengan menyalurkan kepada orang-orang yang lebih memerlukan. Hidupnya sederhana dan mulutnya sentiasa basah dengan kalimah dan beristighfar [memohon ampun] dan bertasbih kepada Allah. Ternyata Muhammad bin Wasi’ adalah contoh insan yang meletakkan dunia di atas tangannya. Dunia dan habuan di dalamnya digunakan untuk jalan-jalan kebajikan dan jihad di jalan Allah.

Nabi saw telah bersabda,’Jadilah kamu seolah-olah orang yang asing atau seorang musafir di dunia ini.’[Riwayat Bukhari dan Ahmad] Kita mungkin akan dilihat pelik atau dianggap asing kerana mengamalkan ajaran yang diajar oleh baginda Rasulullah saw. Meninggalkan dunia yang sedikit dan menumpukan perhatian kepada akhirat akan menyebabkan kita kelihatan janggal,pelik dan asing di mata manusia lain yang sibuk mengejar habuan dunia. Kita mungkin dianggap bodoh kerana menolak kemewahan dan keseronokan dunia, sebaliknya ketahuilah, bahawa kita adalah manusia yang paling cerdik di kalangan umat ini.

Sumber:  http://dakwah.org/blog/?p=226

10 AMALAN YANG TERBALIK


Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan di bawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
1.       Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2.      Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3.      Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4.      Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5.      Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6.      Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?


7.      Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8.     Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9.      Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10.  Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sumber:  http://daawah.com/links/islamtazkirah10amalanterbalik.html

Thursday, 22 December 2011

Keutamaan Iffah dan Bersabar


Abu Sa’id al-Khudri  menyampaikan sabda Rasulullah yang mulia:

وَمَنْ يَسْتَعْفِفْ يُعِفَّهُ اللهُ، وَمَنْ يَسْتَغْنِ يُغْنِهِ اللهُ، وَمَنْ يَتَصَبَّرْ يُصَبِّرْهُ اللهُ، وَمَا أُعْطِيَ أَحَدٌ عَطَاءً خَيْرًا وَأَوْسَعَ مِنَ الصَّبْرِ
“Siapa yang menjaga kehormatan dirinya—dengan tidak meminta kepada manusia dan berambisi untuk beroleh apa yang ada di tangan mereka—Allah  akan menganugerahkan kepadanya iffah (kehormatan diri). Siapa yang merasa cukup, Allah  akan mencukupinya (sehingga jiwanya kaya/merasa cukup dan dibukakan untuknya pintu-pintu rezeki). Siapa yang menyabarkan dirinya, Allah  akan menjadikannya sabar. Tidaklah seseorang diberi pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada kesabaran.” (HR. Al-Bukhari no. 1469 dan Muslim no. 2421)

Hadits yang agung ini terdiri dari empat kalimat yang singkat, namun memuatkan banyak faedah lagi manfaat.

Pertama: Ucapan Nabi saw:
وَمَنْ يَسْتَعْفِفْ يُعِفَّهُ اللهُ
“Siapa yang menjaga kehormatan dirinya—dengan tidak meminta kepada manusia dan berambisi untuk beroleh apa yang ada di tangan mereka—Allah l akan menganugerahkan kepadanya iffah.”

Kedua: Ucapan Nabi saw:
وَمَنْ يَسْتَغْنِ يُغْنِهِ اللهُ
“Siapa yang merasa cukup, Allah  akan mencukupinya (sehingga jiwanya kaya/merasa cukup dan dibukakan untuknya pintu-pintu rezeki).”

Dua kalimat di atas saling terkait satu sama lain, karena kesempurnaan seorang hamba ada pada keikhlasannya kepada Allah , dalam keadaan takut dan berharap serta bergantung kepada-Nya saja. Adapun kepada makhluk, tidak sama sekali. Oleh karena itu, seorang hamba sepantasnya berupaya mewujudkan kesempurnaan ini dan mengamalkan segala sebab yang mengantarkannya kepadanya, sehingga ia benar-benar menjadi hamba Allah semata, merdeka dari perbudakan makhluk.

Usaha yang bisa dia tempuh adalah memaksa jiwanya melakukan dua hal berikut.

1. Memalingkan jiwanya dari ketergantungan kepada makhluk dengan menjaga kehormatan diri sehingga tidak berharap mendapatkan apa yang ada di tangan mereka, hingga ia tidak meminta kepada makhluk, baik secara lisan (lisanul maqal) maupun keadaan (lisanul hal).
Oleh karena itu, Rasulullah n bersabda kepada Umar :
مَا أَتَاكَ مِنْ هذَا الْمَالِ وَأَنْتَ غَيْرُ مُشْرِفٍ وَلاَ سَائِلٍ فَخُذْهُ, وَمَا لاَ فَلاَ تُتْبِعْهُ نَفْسَكَ
“Harta yang mendatangimu dalam keadaan engkau tidak berambisi terhadapnya dan tidak pula memintanya, ambillah. Adapun yang tidak datang kepadamu, janganlah engkau/menggantungkan jiwamu kepadanya.” (HR. Al-Bukhari no. 1473 dan Muslim no. 2402)
Memutus ambisi hati dan meminta dengan lisan untuk menjaga kehormatan diri serta menghindar dari berutang budi kepada makhluk serta memutus ketergantungan hati kepada mereka, merupakan sebab yang kuat untuk mencapai ‘iffah.

2. Penyempurna perkara di atas adalah memaksa jiwa untuk melakukan hal kedua, yaitu merasa cukup dengan Allah, percaya dengan pencukupan-Nya. Siapa yang bertawakal kepada Allah, pasti Allah  akan mencukupinya. Inilah yang menjadi tujuan.
Yang pertama merupakan perantara kepada yang kedua ini, karena orang yang ingin menjaga diri untuk tidak berambisi terhadap yang dimiliki orang lain, tentu ia harus  memperkuat ketergantungan dirinya kepada Allah , berharap dan berambisi terhadap keutamaan Allah dan kebaikan-Nya, memperbaiki persangkaannya dan percaya kepada Rabbnya. Allah  itu mengikuti persangkaan baik hamba-Nya. Bila hamba menyangka baik, ia akan beroleh kebaikan. Sebaliknya, bila ia bersangka selain kebaikan, ia pun akan memperoleh apa yang disangkanya.
Setiap hal di atas meneguhkan yang lain sehingga memperkuatnya. Semakin kuat ketergantungan kepada Allah, semakin lemah ketergantungan terhadap makhluk. Demikian pula sebaliknya.
Di antara doa yang pernah dipanjatkan oleh Nabi n:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْهُدَى وَالتُّقَى وَالْعَفَافَ وَالْغِنَى
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, iffah, dan kecukupan.” (HR. Muslim no. 6842 dari Ibnu Mas’ud)
Seluruh kebaikan terkumpul dalam doa ini. Al-huda (petunjuk) adalah ilmu yang bermanfaat, ketakwaan adalah amal saleh dan meninggalkan seluruh yang diharamkan. Hal ini membawa kebaikan agama.
Penyempurnanya adalah baik dan tenangnya hati, dengan tidak berharap kepada makhluk dan merasa cukup dengan Allah l. Orang yang merasa cukup dengan Allah l, dialah orang kaya yang sebenarnya, walaupun sedikit hartanya. Orang kaya bukanlah orang yang banyak hartanya. Akan tetapi, orang kaya yang hakiki adalah orang yang kaya hatinya.
Dengan ‘iffah dan kekayaan hati sempurnalah kehidupan yang baik bagi seorang hamba. Dia akan merasakan kenikmatan duniawi dan qana’ah/merasa cukup dengan apa yang Allah  berikan kepadanya.

Ketiga: Ucapan Nabi saw:
وَمَنْ يَتَصَبَّرْ يُصَبِّرْهُ اللهُ
“Siapa yang menyabarkan dirinya, Allah akan menjadikannya sabar.”

Keempat: Bila Allah  memberikan kesabaran kepada seorang hamba, itu merupakan pemberian yang paling utama, paling luas, dan paling agung, karena kesabaran itu akan bisa membantunya menghadapi berbagai masalah. Allah  berfirman:
“Mintalah pertolongan dengan sabar dan shalat.” (Al-Baqarah: 45)
Maknanya, dalam seluruh masalah kalian.
Sabar itu, sebagaimana seluruh akhlak yang lain, membutuhkan kesungguhan (mujahadah) dan latihan jiwa. Karena itulah, Rasulullah  mengatakan: وَمَنْ يَتَصَبَّرْ  “memaksa jiwanya untuk bersabar”, balasannya: يُصَبِّرهُ اللهُ  “Allah akan menjadikannya sabar.”
Usaha dia akan berbuah bantuan Allah terhadapnya.
Sabar itu disebut pemberian terbesar, karena sifat ini berkaitan dengan seluruh masalah hamba dan kesempurnaannya. Dalam setiap keadaan hamba membutuhkan kesabaran.
Ia membutuhkan kesabaran dalam taat kepada Allah  sehingga bisa menegakkan ketaatan tersebut dan menunaikannya.
Ia membutuhkan kesabaran untuk menjauhi maksiat kepada Allah sehingga ia bisa meninggalkannya karena Allah .
Ia membutuhkan sabar dalam menghadapi takdir Allah  yang menyakitkan sehingga ia tidak menyalahkan/murka terhadap takdir tersebut. Bahkan, ia pun tetap membutuhkan sabar menghadapi nikmat-nikmat Allah l dan hal-hal yang dicintai oleh jiwa sehingga tidak membiarkan jiwanya bangga dan bergembira yang tercela. Ia justru menyibukkan diri dengan bersyukur kepada Allah .
Demikianlah, ia membutuhkan kesabaran dalam setiap keadaan. Dengan sabar, akan diperoleh keuntungan dan kesuksesan. Oleh karena itulah, Allah menyebutkan ahlul jannah (penghuni surga) dengan firman-Nya:
Dan para malaikat masuk kepada tempat-tempat mereka dari semua pintu (sambil mengucapkan), “Keselamatan atas kalian berkat kesabaran kalian.” Maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu. (Ar-Ra’d: 23—24)
Demikian pula firman-Nya:
“Mereka itulah yang dibalasi dengan martabat yang tinggi dalam surga karena kesabaran mereka….” (Al-Furqan: 75)
Dengan kesabaranlah mereka memperoleh surga berikut kenikmatannya dan mencapai tempat-tempat yang tinggi.
Seorang hamba hendaklah meminta keselamatan kepada Allah , agar dihindarkan dari musibah yang ia tidak mengetahui akibatnya. Akan tetapi, bila musibah itu tetap menghampirinya, tugasnya adalah bersabar. Kesabaran merupakan hal yang diperintahkan dan Allah -lah yang menolong hamba-Nya.
Allah  menjanjikan dalam kitab-Nya dan melalui lisan Rasul-Nya bahwa orang-orang yang bersabar akan beroleh ganjaran yang tinggi lagi mulia.
Allah  berjanji akan menolong mereka dalam semua urusan, menyertai mereka dengan penjagaan, taufik dan pelurusan-Nya, mencintai dan mengokohkan hati serta telapak kaki mereka.
Allah  akan memberikan ketenangan dan ketenteraman, memudahkan mereka melakukan banyak ketaatan.
Dia juga akan menjaga mereka dari penyelisihan.
Dia memberikan keutamaan kepada mereka dengan shalawat, rahmat, dan hidayah ketika tertimpa musibah.
Dia mengangkat mereka kepada tempat-tempat yang paling tinggi di dunia dan akhirat.
Dia berjanji menolong mereka, memudahkan menempuh jalan yang mudah, dan menjauhkan mereka dari kesulitan.
Dia menjanjikan mereka memperoleh kebahagiaan, keberuntungan, dan kesuksesan.
Dia juga akan memberi mereka pahala tanpa hitungan.
Dia akan mengganti apa yang luput dari mereka di dunia dengan ganti yang lebih banyak dan lebih baik daripada hal-hal yang mereka cintai yang telah diambil dari mereka.
Allah  pun akan mengganti hal-hal tidak menyenangkan yang menimpa mereka dengan ganti yang segera, banyaknya berlipat-lipat daripada musibah yang menimpa mereka.
Sabar itu pada mulanya sulit dan berat, namun pada akhirnya mudah lagi terpuji akibatnya. Ini sebagaimana dikatakan dalam bait syair berikut.

وَالصَّبْرُ مِثْلُ اسْمِهِ مُرٌّ مَذَاقَتُهُ
لَكِنَّ عَوَاقِبَهُ أَحْلَى مِنَ الْعَسَلِ
Sabar itu seperti namanya, pahit rasanya
Akan tetapi, akibatnya lebih manis daripada madu.
Wallahu ta’ala a’lam bish-shawab.

(Diterjemahkan Ummu Ishaq al-Atsariyyah dari kitab Bahjatu Qulubil Abrar wa Qurratu ‘Uyunil Akhyar fi Syarhi Jawami’il Akhbar, hadits ke-33, hlm. 9l—93, Al-’Allamah Asy-Syaikh Abdurrahman ibnu Nashir as-Sa’di)

Sumber:   http://asysyariah.com/keutamaan-iffah-dan-bersabar.html

Saturday, 22 October 2011

al-Imam Muhammad Bin Idris, al-Syafi‘e dan kitabnya al-Umm

Pendahuluan

Al-Imam as-Syafi‘e merupakan salah seorang tokoh kesarjanaan Islam yang terbilang sepanjang sejarah. Kehebatannya tidak mampu digambarkan dengan hanya beberapa helaian kertas. Ini kerana di dalam batas kehidupan yang ada, beliau telah meninggalkan jasa dan sumbangan yang tidak terhingga kepada Islam dan umat Islam seluruhnya. 

 Beliau telah meninggalkan suatu khazanah ilmu yang tidak ternilai. Khazanah tersebut berbentuk anak-anak murid yang ilmuwan, karya-karya agung yang menjadi rujukan sepanjang zaman, juga budi pekerti dan suri teladan yang telah dicatat oleh para sejarawan sejak zaman berzaman. Untuk itu membicarakan tetang as-Syafi‘e, manhajnya dan sumbangannya terhadap Islam adalah suatu kemuliaan. Tulisan ini hanyalah sebahagian kecil nukilan kegemilangan as-Syafi‘e. Mudah-mudahan ia menjadi salah satu amal soleh di sisi Allah jalla wa ‘ala.  

 Riwayat Hidup as-Syafi‘e

 Nasab keturunan;

Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Muhammad bin Idris Bin al-‘Abbas Bin Uthman Bin Syafi‘ Bin as-Sa’ib al-Qurasyi al-Mutallibi al-Makki. Beliau digelar "as-Syafi’e" sempena nama datuknya, Syafi‘ bin as-Saib. Beliau bertemu nasab dengan Rasulullah s.a.w. pada sebelah datuknya, Abd Manaf.  Ibunya bernama Fatimah, bukan dari kabilah Quraisy, tetapi dari kabilah Azd yang berasal dari Yaman. 

Menurut pendapat yang paling sahih, as-Syafi‘e dilahirkan pada tahun 150 Hijrah bersamaan dengan 767 Masihi di Ghazzah, Palestin (pada tahun tersebut juga al-Imam Abu Hanifah meninggal dunia di Kufah). Bapa as-Syafi‘e meninggal dunia semasa beliau masih kecil. Justeru itu beliau telah dibesarkan sebagai anak yatim yang miskin, tetapi memiliki nasab yang mulia. Ketika usianya 2 tahun, ibunya telah membawa beliau untuk berhijrah ke Makkah. Beliau kemudiannya membesar di sana, sebelum melakukan beberapa rehlah ‘ilmiyyah (pengembaraan ilmu) ke Madinah, Baghdad, Yaman dan Mesir. 

 Pendidikan;

Semasa hidupnya di Mekah as-Syafi‘e amat meminati dan mahir dalam sukan memanah. Seterusnya beliau cenderung mempelajari Bahasa Arab dan syair sehingga menguasai bidang tersebut dan telah menghasilkan himpunan syair-syairnya yang bermutu yang dipanggil Diwan as-Syafi‘e. Kemudian atas nasihat salah seorang gurunya, beliau mula menumpukan perhatian kepada ilmu-ilmu agama khususnya Fiqh. Antara guru-gurunya ketika itu ialah Muslim bin Khalid az-Zinji, mufti kota Makkah, Sufyan Bin ‘Uyaynah, Abd. Rahman Bin Abu Bakar al-Maliki, Fudhayl Bin ‘Iyadh dan ramai lagi. 

Dalam usianya 9 tahun beliau sudah khatam menghafaz al-Quran. Kemudian ketika berusia 10 tahun beliau telah mampu menghafaz sebuah kitab hadith yang terkemuka di zaman itu iaitu Kitab al-Muawatta’ karangan al-Imam Malik Bin Anas, Imam Dar al-Hijrah (Madinah). Atas beberapa kelebihan yang dimilikinya, as-Syafi‘e telah diizinkan oleh gurunya Muslim az-Zinji untuk mengeluarkan fatwa sedangkan ketika itu beliau baru berusia 15 tahun. 

As-Syafie kemudiannya berhijrah ke Madinah untuk berguru pula dengan penulis kitab itu sendiri. Ketika itu beliau sudah berusia 20 tahun. Beliau berguru dengan al-Imam Malik selama 9 tahun, berulang alik sekali sekala ke Makkah menziarahi ibunya. Atas keakraban mereka, as-Syafi’e digelar ‘Tongkat Malik’ kerana sentiasa mendampingi dan mengiringinya. Hal ini berlanjutan sehinggalah kematian al-Imam Malik pada tahun 179H/796M. Semasa di sisi Malik jugalah beliau telah sempat bertemu dan berkenalan dengan salah serang murid utama al-Imam Abu Hanifah yang juga pendiri mazhab Hanafi iaitu al-Imam Muhammad Bin al-Hasan as-Syaibani (Qadi Baghdad semasa pemerintahan Harun ar-Rasyid). 

Ketokohan as-Syafi‘e sebagai murid terpintar al-Imam Malik mulai diiktiraf ramai. Namun ramai juga yang mencemburuinya lantaran kefasihan dan ketegasan beliau menegakkan kebenaran. Beliau telah dituduh dan difitnah sebagai pengikut dan pendokong ajaran Syiah. Di samping itu berbagai konspirasi lain dilakukan agar hukuman dijatuhkan ke atasnya. Akibatnya beliau telah ditangkap, dirantai dan dihantar ke penjara Baghdad, pusat pemerintahan Dinasti Abbasiyyah ketika itu. 

Beliau dibawa menghadap Khalifah Harun al-Rasyid dan berjaya membuktikan kebenaran dirinya. Kehandalan serta kecekapan as-Syafi‘e membela dirinya dengan hujah-hujah yang meyakinkan menyebabkan Khalifah Harun sendiri tertarik kepadanya. As-Syafi‘e dibebaskan dan dibiarkan bermastautin di Baghdad. Di sini As-Syafi‘e telah berkenalan dengan ulama mazhab Hanafi dan duduk berguru dengan mereka terutamanya Muhammad al-Hasan as-Syaibani. Suasana ini memberikan kelebihan kepada beliau, iaitu berkesempatan untuk belajar dan membandingkan antara dua aliran Fiqh Islam, iaitu mazhab Malik bin Anas dan Imam Abu Hanifah. Aliran Malik mewakili pemikiran ulama hadith manakala aliran Abu Hanifah mewakili ulama ar-Ra’yu.  

Demikianlah as-Syafi‘e meneruskan pengembaraan ilmunya ke tempat-tempat lain hinggalah tahun 199H beliau kembali ke Mesir.  Pada usia 54 tahun, as-Syafi‘e meninggal dunia di Arafah, Mesir pada malam Jumaat 29 Rajab 204 Hijrah bersamaan 19 Januari 820 Masehi.  

Peribadi;
 
as-Syafie seorang yang memiliki ketajaman akal fikiran yang luar biasa sejak kanak-kanak lagi. berpandangan jauh, berhati mulia dan bercita-cita tinggi. Beliau berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu pengetahuan. Beliau bersikap sederhana dalam semua segi, sama ada dalam tingkah laku, berpakaian atau cara makan. Beliau juga merupakan seorang yang bijak berbicara hinggakan dirinya terlepas daripada hukuman (semasa difitnah sebagai Syiah dan semasa isu khalq al-Quran). 

Beliau sangat menghormati dan memuliakan para guru yang mengajarnya. Beliau sangat cinta kepada ilmu pengetahuan. Usia remajanya dihabiskan dengan menuntut ilmu pengetahuan yang memberi manafaat. as-Syafie mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam berbagai-bagai bidang. Beliau juga sangat mengutamakan pengetahuan dan disiplin. Beliau membahagikan waktu malamnya kepada tiga bahagian:
i.1/3 malam untuk berehat.
ii.1/3 malam untuk menulis ilmu pengetahuan.
iii.1/3 malam untuk beribadat. 

Sumbangan;
 
as-Syafi‘e tidak meninggalkan dunia sia-sia. Beliau telah meninggalkan suatu warisan ilmu yang tidak ternilai. Antara anak muridnya ialah al-Imam Ahmad bin Hambal (241H/856M), Abu Yakub al-Buwaiti (231H/ 846M), ar-Rabi’ bin Sulaiman al-Marali (270H/884M), Abu Ibrahim bin Yahya al-Muzani (274H/888M), al-Hasan Bin Muhammad az-Za‘farani, Abu ‘Ali al-Husain Bin ‘Ali al-Karabisi dan ramai lagi. 

Di samping itu beliau juga telah meninggalkan karya-karya ilmiah dalam berbagai bidang. Antara kitab-kitab karangannya yang termasyhur ialah:
i.     Ahkam al-Quran   - Ayat Ahkam
ii.    Al-Musnad    - Hadith
iii.   Al-Sunan     - Hadith
iv.   Ikhtilaf al-Hadith   - Hadith
v.    Kitab al-Umm (Kitab Induk) - Fiqh
vi.   Kitab al-Hujjah   - Fiqh
vii.  Al-Mawarith (Harta warisan) - Fiqh
viii. Adab al-Qadhi   - Fiqh
ix.   Al-Mabsut   - Fiqh
x.    Ar-Risalah   - Usul Fiqh
xi.   Ithbat an-Nubuwwah wa ar-Radd ‘ala al-Barahimah  - Aqidah
xii.  Fadha’il Quraisy   - Sejarah
xiii. Diwan as-Syi’r   - Syair Arab 

Menurut kebanyakan ulama, as-Syafi‘e adalah orang pertama yang menyusun ilmu Usul Fiqh secara sistematik melalui kitabnya ar-Risalah. Beliaulah pelopor ilmu Usul Fiqh. 

Mazhab as-Syafi‘i;
 
Mazhab as-Syafi‘e berkembang dengan pesat di Afrika Utara, Mesir, Indo China, Sri Lanka, Armenia, Kurdistan, sebahagian kecil Iraq dan Arab Saudi serta di Nusantara. 

Di awal kehidupan ilmiahnya, as-Syafi‘e berpegang dengan mazhab gurunya Malik Bin Anas. Namun selepas melalui ‘kembara ilmu’ yang panjang beliau memilih untuk berpegang kepada pendiriannya sendiri. Untuk itu beliau telah mengajar dan menulis kitab yang menjelaskan pendiriannya. Lebih dari itu beliau telah berhujah dan berdiskusi dengan ramai ulama bagi memepertahankan mazhabnya (seperti yang dilakukan di Baghdad). Malah ketika di Mesir, beliau telah menggegarkan pendirian orang awam yang terlalu taksub kepada mazhab Malik. 

Semasa di Iraq, beliau telah mengarang sebuah kitab bertajuk: al-Hujjah di mana pendiriannya dalam kitab ini dikenali sebagai  qaul qadim (pendapat lama). Ia ditulis ketika as-Syafi‘e berada di Baghdad antara tahun 195-197H. Method penulisan kitab ini tidak dapat dipastikan secara jelas kerana naskhah asalnya tidak ditemui. Dipercayai ia ditulis berdasarkan cara soal jawab dan berkisar sekitar pertentangan antara mazhab dalam beberapa masalah fiqh. Pendirian beliau didalam kitab ini dipanggil qaul qadim kerana semasa di Mesir beliau telah menarik balik beberapa pendapatnya itu. Qaul qadim ini diriwayatkan oleh 4 orang ulama’ Iraq (yang masyhur) iaitu al-Imam Ahmad Bin Hanbal (meninggal 241H), Abu Thaur, Ibrahim Bin Khalid (meninggal 240H), al-Za‘farani (meninggal 260H) dan al-Karabisi (meninggal 245H). Riwayat yang paling baik ialah riwayat al-Za‘farani. 

Fatwa-fatwa as-Syafi‘e yang dikeluarkan semasa di Mesir dikenali sebagai qaul jadid (pendapat baru). Ini dapat disaksikan di dalam beberapa kitabnya yang unggul seperti al-Umm (akan dibicarakan selepas ini). Perawi-perawi terkenal mazhab baru ini ialah, Ismail Bin Yahya al-Muzani (meninggal 264H), Yusuf Bin Yahya al-Buwaiti (meninggal 231H), Al-Rabi‘ Bin Sulaiman al-Muradi (meninggal 270H), Al-Rabi’ Bin Sulaiman al-Jizi (meninggal 256H). Melalui ulama’ inilah kitab-kitab al-Syafi‘e seperti al-Umm, al-Risalah dan lain-lain sampai ke tangan kita. 

Di kalangan anak murid al-Syafi‘e yang paling banyak meriwayatkan qaul jadid ini ialah al-Rabi’ al Muradi. as-Syafi’e sendiri pernah berkata: “al-Rabi` riwayati” (al-Rabi‘ adalah riwayatku). Para murid as-Syafi‘e ini bukan sekadar meriwayatkan mazhab atau pendirian beliau malah turut meringkaskan tulisan dan pandangannya. Justeru itu, dari al-Buwaiti lahirnya `Muhtasar al-Buwaiti` dan dari al-Muzani lahir `Muhtasar al-Muzani`. Ini juga membuktikan bahawa tulisan-tulisan yang disandarkan kepada as-Syafi’e adalah dalam dua kategori, iaitu hasil karyanya sendiri dan hasil riwayat serta tulisan anak-anak muridnya berdasarkan pengajaran beliau. 

Qaul yang muktamad dikira sebagai pendirian as-Syafi’e ialah qaul jadid, kerana as-Syafi’e telah menarik balik qaul qadimnya dengan berkata: “aku tidak membenarkan orang meriwayatkannya daripadaku.” Ini dimaksudkan dalam perkara yang terdapat pertentangan antara kedua-dua qaul tadi. Jika tidak maka qaul qadim dan jadid adalah sama. Namun as-Syafi’e sendiri pernah menegaskan dengan perkataannya yang masyhur: “Jika sah sesuatu hadis maka itulah mazhabku, maka buangkan pendapatku.” Inilah yang ditegaskan oleh salah seorang ulama hadith terkemuka dalam mazhab as-Syafi’e iaitu al-imam al-Baihaqi berhubung isu memakan daging unta membatalkan wuduk.  

Usul Mazhab;
 
As-Syafi‘e menyatakan bahawa sumber ilmu atau usul mazhabnya terdiri daripada beberapa peringkat, iaitu:
1. Al-Quran dan as-Sunnah apabila ia thabit.
- Beliau menyatakan bahawa tidak boleh berpaling daripada nas al-Quran dan as-Sunnah selama mana ia masih ada.
- Baginya as-Sunnah berfungsi sebagai pengtakhsis (yang mengkhususkan), penjelas dan penghurai serta pentaqyid (yang mengikat keterbukaan) bagi al-Quran. Untuk itu kedua-dua al-Quran dan as-Sunnah adalah sumber rujukan yang pertama.
- Beliau juga berhujah dengan khabar ahad (perawinya seorang) selagi perawinya itu thiqah dan adil. Ia tidak semestinya masyhur seperti yang dipegang oleh mazhab Hanafi. Ia juga tidak semestinya menyepakati amalan penduduk Madinah seperti yang dipegang oleh mazhab Malik. Apa yang disyaratkan cuma sanad riwayat itu sahih.
- Beliau akan mengambil pengajaran daripada zahir nas melainkan adanya petunjuk yang membuktikan selain daripada yang tersurat.
2. Ijma’ dalam perkara yang tiada padanya dalil al-Kitab mahupun as-Sunnah.
- Apa yang beliau maksudkan dengan ijma’ ialah dalam perkara-perkara fardhu yang tidak boleh untuk tidak diketahui seperti wajibnya solat dan zakat serta pengharaman perkara haram.
- Tidak boleh dikatakan ijma’ jika seorang mujtahid itu tidak mengeluarkan pendapatnya seperti yang dinamakan ijma‘ sukuti (ijma’ secara diam).
3. Qaul sahabat selama mana tiada tentangan daripada sahabat yang lain.
- Beliau mengutamakan perkataan sahabat lebih-lebih lagi yang tiada penentangan padanya.
- Ini didahulukan daripada al-qiyas.
- Menurutnya, bid‘ah ialah apa yang menyalahi al-Quran atau as-Sunnah atau athar sebahagian sahabah.
4. Qaul sahabat yang ada perselisihan.
- Jika terdapat perbezaan pendapat antara sahabat nabi SAW, beliau akan memilih salah satu daripadanya. Keutamaan diberikan kepada pendapat al-khulafa’ ar-Rasyidin dan pendapat yang disokong oleh qiyas.
5. al-Qiyas.
- Qiyas yang diterima ada pelbagai peringkat dan hanya dilakukan apabila terpaksa. Ia tidak digunakan meluas seperti dalam mazhab Hanafi dan tidak juga sempit seperti dalam mazhab Hanbali.
- Namun beliau sangat menentang proses al-Istihsan sehingga di dalam al-Umm beliau peruntukan satu bab membicara dan membahaskan isu ini. Perkataannya yang keras ialah: “…barangsiapa yang beristihsan, sesungguhnya dia telah membuat syariat, barangsiapa yang membuat syariat (tanpa keizinan Allah), sesungguhnya dia telah kafir”.
- Tidak boleh qiyas dalam urusan yang sudah ada nas padanya. 

Istilah-istilah dalam Mazhab as-Syafi’e;

1. al-Qaul : Khususnya digunakan pada pendapat as-Syafi’e sendiri.
2. al-Wajh : Merujuk kepada fuqaha’ mazhab as-Syafi’e
3. al-Azhar : Pandangan yang lebih kuat daripada dua pandangan atau lebih dari as-Syafi’e, iaitu apabila berlaku perselisihan antara pandangan tersebut yang sama berdiri atas dalil yang kuat. Bagi mentarjih antara dua pandangan seumpama ini disebut al-azhar (lebih mudah disebut). Oleh itu al-azhar ialah pendapat as-Syafi’e yang lebih kuat dibandingkan dengan pendapatnya yang lain yang juga kuat. Lawannya disebut al-zahir.
4. al-Masyhur : Tarjihan dari dua pandangan as-Syafi’e yang kuat dinisbahkan pada pandangannya yang lain yang lemah. Lawannya al-gharib.
5. al-Asah : Pendapat fuqaha’ mazhab as-Syafi’e yang dikeluarkan mengikut kaedah as-Syafi’e dibandingkan dengan pendapat mereka yang lain yang juga kuat. Lawannya as-sahih.
6.  as-Sahih : Iaitu pandangan yang benar dari pelbagai pandangan ulama’ mazhab as-Syafi’e. Lawannya ialah ad-dho‘if.
7. an-Nas : Pendapat as-Syafi’e yang disebut dalam kitab as-Syafi’e. Ia  dinamakan an-nas kerana ianya dimarfu’kan kepada as-Syafi’e, yakni dari kalamnya).
8. al-Mazhab : Pandangan yang rajih ketika wujud poerselisihan di kalangan ulama’ -ashab al-wujuh- mazhab as-Syafi’e.
9. al-Tahkrij: Iaitu as-Syafi’e menjawab dengan dua hukum yang berbeza dalam dua bentuk soalan yang hampir serupa. Tidak jelas perbezaan antara keduanya.
10. Qaul Jadid: fatwa as-Syafi’e semasa di Mesir.
11. Qaul Qadim: fatwa as-Syafi’e semasa di Baghdad.
12. Istilah-istilah untuk pandangan yang dho‘if (lemah).
a. Qila Kaza (dikatakan demikian)
b. Fi qauli kaza (dalam suatu pendapat dikatakan demikian)
c. Ruwiya (diriwayatkan) 

Istilah istilah lain:
 
1. as-Syaikhan: al-Imam an-Nawawi dan al-Imam ar-Rafi‘e.
2. al-Qadhi: al-Qadhi Husain.
3. al-Qadhiyan: al-Mawardi dan ar-Ruyani.
4. al-Imam: Imam al-Haramain
5. al-syuyukh: an-Nawawi, ar-Rafi‘e, as-Subki.
6. Syeikh al-Islam: al-Imam Zakariyya al-Ansori.
8. Hujjah al-Islam: al-Imam al-Ghazali.
9. Ashab al-Wujuh: Ulama’ mujtahid kepada mazhab as-Syafi’e. Terdapat beberapa perbezaan tentang siapakah ashab al-wujuh ini, namun antara contoh  nama yang disenaraikan ialah: al-Buwaiti, al-Rabi` al-Muradi, al-Anmati, Ibn Abi Hurairah, as-Sairafi, Ibn Suraij, Abu Ishaq al-Marwazi, as-Syasyi, al-Istakhri dan beberapa nama lagi. 

Secara umumnya ashab al-wujuh ialah mereka yang berkemampuan untuk melakukan qias dalam perkara-perkara yang tidak dibincangkan oleh as-Syafi’e, dengan merujuk kepada apa yang telah dinyatakan oleh as-Syafi’e (an-nas) atau memasukan kes-kes baru di bawah kaedah-kaedah umum as-Syafi’e. Sebahagian ulama’ seperti as-Syirazi, Ibn Solah dan an-Nawawi tidak bersetuju fatwa ashab al-wujuh dinisbahkan pada al-Imam as-Syafi’e. Walabagaimanapun ia diterima sebagai sebahagian dari mazhab as-Syafi’e (bukan pandangan mazhab) selama mana ianya diambil dan dipetik berdasarkan nas dan usul al-Imam as-Syafi’e. 

Kitab al-Umm
 
As-Syafi’e telah menulis banyak kitab sebahagiannya dari tulisan tangannya sendiri, dan sebahagian lagi ialah yang  dibacakan kepada anak-anak muridnya atau mereka membacakannya di hadapan beliau. Ada yang beliau tulis di Makkah, ada yang di Baghdad dan ada juga semasa beliau di Mesir. 

Kitab beliau yang paling utama dan menjadi teras dalam mazhab as-Syafi’e ialah Kitab al-Umm (Kitab Induk). Ia dinamakan sedemikian kerana boleh dikatakan semua penulisan dalam mazhab as-Syafi’e berasal daripada kitab ini. 

Kitab ini ditulis semasa as-Syafi’e di Mesir. Ia telah dihimpunkan oleh salah seorang anak muridnya bernama ar-Rabi‘ al-Muradi berdasarkan beberapa tulisan as-Syafi’e.  Terdapat riwayat yang tidak sahih yang mendakwa bahawa kitab ini sebenarnya ditulis oleh seorang lagi anak murid as-Syafi’e iaitu al-Buwaiti kemudian selepas kematiannya, ar-Rabi‘ mendakwa ini adalah hasil tulisan beliau. 

Kitab al-Umm ini telah diringkaskan oleh al-Imam al-Muzani dalam kitabnya bertajuk Mukhtasar al-Muzani. Dua abad kemudian kitab Mukhtasar al-Muzani ini disyarahkan Imam al-Haramain al-Juwaini dalam kitabnya berjudul Nihayatul Matlab fi Dirayah al-Mazhab. Salah seorang murid al-Juwaini iaitu al-Imam al-Ghazali pula meringkaskan kitab gurunya itu lalu diberi tajuk al-Basit. Seterusnya al-Ghazali meringkasnya menjadi kitab al-Wasith, kemudian al-Wasith diringkas pula menjadi kitab al-Wajiz. Kitab al-Wajiz ini diringkas lagi menjadi kitab al-Khulasah. 

Kitab al-Wajiz juga turut diringkaskan semula oleh seorang lagi ulama’ mazhab as-Syafi’e bernama ar-Rafie dalam kitabnya al-Muharrar. Selanjutnya, an-Nawawi pula meringkas al-Muharrar menjadi kitab Minhaj at-Talibin yang mana ia menjadi pegangan utama ulama Syafi‘iyyah dalam berijtihad dan berfatwa. Kitab ini seterusnya diringkaskan oleh Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansari dalam kitab al-Minhaj dan kitab al-Manhaj pula diringkaskan oleh al-Imam al-Jauhari menjadi al-Nahj. 

Bab yang disusun dalam kitab al-Umm hampir sama penempatannya dengan Minhaj at-Talibin atau syarahnya. Kitab ini dikira sebagai hulu bagi rujukan ulama’ as-Syafi’e yang muta’akhkhirin (terkemudian). Kitab ini mempunyai syarah (huraian) dan hawasyi (nota tepi) yang sangat banyak. Antaranya ialah Mughni al-Muhtaj oleh al-Khatib as-Syarbini, al-Minhaj wa Syarhuhu oleh Zakaria al-Anshari, Tuhfah al-Muhtaj oleh Ibnu Hajar al-Haitami, Nihayah al-Muhtaj oleh ar-Ramli dan Zad al-Muhtaj fi Syarh al-Minhaj oleh Abdullah bin Hasan Ali Hasan al-Kuhaji. 

Penutup;
 
Demikianlah serba sedikit pengenalan tentang as-Syafi’e, mazhabnya dan kitabnya al-Umm. Mudah-mudahan ia menjadi perintis jalan bagi lebih mengenali ulama Islam dan sumbangannya.
Wallahu alam. 

Artikel ini dinukilkan dari;
http://al-qayyim.net/index.php?option=com_content&task=view&id=894&Itemid=69